Sudah lima tahun Akmal dan Hasbah menjalani kehidupan berumah tangga, dalam kesederhanaan dan harmoni. Akmal, seorang Analyst Manager di Petronas, telah membangun kariernya dengan penuh dedikasi.
Hasbah, yang dulu hanya membantu kawannya, kini merupakan pemilik butik terkenal yang namanya semakin melonjak. Kejayaan perniagaannya melimpah ruah, tetapi begitu pula dengan kesibukannya. Seiring waktu, hubungan suami isteri mereka perlahan-lahan berubah. Jadual yang padat membuat mereka hanya mampu meluangkan waktu bersama seminggu sekali.
Akmal mencintai Hasbah dengan segenap hatinya, tetapi dia tidak dapat menafikan kekosongan yang mulai menghantui. Rumah yang dulunya penuh dengan tawa kini seringkali terasa sepi. Saban hari, Akmal pulang dari kerja ke rumah yang sunyi, sementara Hasbah sibuk mengurus butik hingga larut malam.
Mereka berdua tahu bahawa sesuatu perlu dilakukan, dan pembantu rumah adalah salah satu solusi yang mereka harapkan dapat meringankan beban Hasbah sekaligus mengembalikan keharmonian rumah tangga.
Permohonan mereka akhirnya diluluskan, dan seminggu kemudian, mereka menerima panggilan dari agensi pembantu rumah. Mbak Susi, wanita berusia 45 tahun, akan segera menjadi bagian dari kehidupan mereka. Hidup Mbak Susi penuh liku. Ditinggalkan suami dan terpaksa bekerja demi melunasi hutang bekas suaminya, ia juga harus membesarkan anak yang masih berusia 10 tahun.
Akmal dan Hasbah menjemput Mbak Susi dari agensi dan membawanya pulang ke rumah. Di sinilah, tanpa disedari, babak baru dalam kehidupan mereka mulai bermula. Apa yang akan terjadi selanjutnya, hanyalah soal waktu sebelum perasaan, keinginan, dan takdir memutar arah kehidupan mereka.
YOU ARE READING
Orang Gaji Itu, Kekasih Gelap Ku
عاطفيةPasangan suami isteri bekerjaya, Akmal dan Hasbah, yang sibuk dengan tugas masing-masing sehingga memberi kesan kepada hubungan mereka. Suatu hari permohonan mereka untuk mendapatkan orang gaji berjaya.