Part 3 : Terpesona

3.1K 39 1
                                    


Sudah seminggu sejak Mbak Susi mula bekerja di rumah mereka. Kehadirannya memberikan kelegaan yang besar bagi Hasbah, yang kini semakin sibuk dengan pelancaran koleksi baju baru untuk butiknya. Hasbah semakin jarang berada di rumah, sering keluar seawal subuh dan pulang lewat malam. Kadangkala, dia tidak sempat pun untuk makan bersama Akmal.

Hasbah sibuk dengan persiapan besar-besaran. Setiap perincian harus sempurna. Dari undangan kepada para tetamu VIP hingga set latar yang harus menggambarkan jenama eksklusif butiknya, semua memerlukan perhatian Hasbah. 

Telefon bimbitnya berdering tanpa henti, dengan panggilan dan mesej dari staf, media, dan pereka yang terlibat. Dalam keghairahan mengejar kejayaan, Hasbah tenggelam dalam dunia fesyennya.

Akmal, di rumah, mula merasa semakin kesepian. Dia faham tanggungjawab Hasbah terhadap perniagaan, tetapi seiring berlalunya waktu, Akmal mula merasa kehilangan, kesunyian. Setiap hari pulang dari pejabat, dia akan melihat rumah yang kemas dan teratur – hasil kerja Mbak Susi – tetapi tiada kelibat isterinya di situ. Makan malam sering dilalui seorang diri di meja makan, hanya bertemankan bunyi jam dinding yang berdetik.

Pada awalnya, Akmal jarang berbual dengan Mbak Susi. Dia sekadar mengucapkan terima kasih apabila melihat tugas-tugas di rumah dilaksanakan dengan baik. Namun, lama-kelamaan, kesunyian yang melingkari dirinya membuatkan dia mula berbicara lebih dengan Mbak Susi.

 Walaupun Mbak Susi agak pendiam pada mulanya, dia ternyata seorang pendengar yang baik. Setiap kali Akmal mula berbicara, Mbak Susi akan mendengar dengan penuh perhatian, sesekali mengangguk dan memberikan senyuman tenang.

"Apa kabar, Pak Akmal?" tanya Mbak Susi pada suatu petang ketika Akmal pulang dari kerja. Pembantu rumahnya yang selalu menunggu setia, menyambut kepulangannya dari hari ke hari.

Akmal tersenyum kecil, melepaskan penatnya di sofa. "Seperti biasa, Mbak. Kerja banyak, tapi... ya, begitulah kehidupan."

Sambil menghidangkan teh, Mbak Susi bertanya, "Bu Hasbah masih sibuk dengan butik, ya? Saya lihat dia keluar pagi-pagi sekali tadi."

Akmal mengangguk. "Iya, Mbak. Ada event besaran minggu depan. Saya harap semuanya berjalan lancar untuk dia." Suaranya perlahan, seakan mengeluh.

Sejak hari itu, perbualan kecil mereka mula menjadi lebih kerap. Setiap petang, apabila Akmal pulang, Mbak Susi akan menyambutnya dengan secawan teh atau kopi, dan mereka akan berbual mengenai hal-hal ringan—tentang hari di pejabat, berita di televisyen, atau sekadar cerita-cerita tentang kehidupan.

Akmal mendapati dirinya semakin selesa berbual dengan Mbak Susi. Walaupun perbualan mereka hanya ringkas, kehadiran Mbak Susi memberi sedikit penghibur di kala Hasbah tiada.

 Mbak Susi, dengan latar belakangnya yang sederhana, mempunyai pandangan hidup yang tenang dan penuh hikmah. Dia tidak banyak bercakap tentang dirinya, tetapi setiap kali dia membuka mulut,  Akmal dapat merasakan ketenangan, suaranya yang lembut dan ayu, meruntun jiwa raganya.

Hujung minggu itu, ketika Akmal duduk di ruang tamu, Mbak Susi datang membawa cucur udang dan kopi.

"Pak Akmal, jemput makan ya... " pelawa Mbak Susi lembut.

Akmal terdiam seketika, memandang ke arah jendela sebelum menjawab, "Sekejap lagi lah ya Mbah, saya mau nonton tv dahulu." riak mukanya sungul dan kurang ceria, tidak seperti biasa.

Mbak Susi hanya tersenyum simpati, seolah memahami apa yang dirasakan oleh Akmal. Jauh di sudut hatinya, dia tahu bahawa jarak antara Akmal dan Hasbah semakin jauh dan dia sangat simpati dengan nasib majikannya itu.

Usai meletakkan makanan, Mbahk Susi mulai mengambil penyapu dan menyapu bersih lantai-lantai di sekitar ruang tamu. Dia yang hanya memakai blouse longgar berwarna putih dengan rambut ikal mayang, perlahan-lahan menunduk untuk menyapu di ruangan celahan almari.

Akmal yang ketika itu termenung, tiba-tiba terpandang dan terlihat aksi Mbak Susi itu, dia terpesona sekali lagi. Ingatannya mulai terbayang semula apabila dia secara tidak sengaja terlihat Mbah Susi mengeringkan baju selepas dia selesai mandi.

 Ingatannya mulai terbayang semula apabila dia secara tidak sengaja terlihat Mbah Susi mengeringkan baju selepas dia selesai mandi

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

"Ah sudah.." Akmal berbicara didalam hatinya, batang zakarnya mulai naik perlahan-lahan. Tonggekkan Mbah Susi membuatkan dia tidak keruan lagi. Punggungnya membulat, sangat mempersona kan, menyebabkan dia semakin tidak keruan. 

Hatinya masih lagi teringatkan isterinya tetapi hawa nafsunya yang sudah lama tidak dilepaskan, mulai meronta-ronta.

Hubungan mereka mungkin hanya sekadar majikan dan pembantu rumah, tetapi Akmal mulai menyedari bahawa dia menanti-nantikan saat-saat di mana dia dan Mbak Susi boleh berbual ringan. 

Dia tahu ini bukan sesuatu yang wajar, tetapi dalam kesunyian yang melingkari hidupnya kini, Akmal mulai merasa terhibur dengan kehadiran Mbak Susi di rumah. Sosok tubuhnya yang menghairahkan itu jelas terlihat walaupun dia mencuba menutupinya dengan memakai pakaian yang longgar dan kurang menjolok mata.

Dia bangun perlahan-lahan, hawa nafsunya sudah tidak dapat dibendung lagi, semakin dia menghampiri ke Mbah Susi, secara tiba-tiba..

"Krikkkkk..." bunyi pintu rumah dibuka. Isterinya baru sahaja pulang. Masuk kedalam rumah dan melihat suaminya berdiri terpacak dia ruang tamu.

"Ehh abang tunggu sayang balik ke.." Hasbah bertanya sambil membuka stokin dan kasutnya. "Sayang lapar, jom makan, abang dah makan ke?"

Akmal yang masih berdiri kaku disitu, dengan nafas yang berdegup kencang, tersenyum, "ehh memang tengah tunggu sayang la ni, jom makan sama" sambil menuju ke meja makan.

"Dah habis ke event tu.." tanya Akmal membuka bicara sebaik sahaja makanan disua ke mulut.

"Hari ni selesai dah, pekerja-pekerja dekat butik tu tengah close down, esok main event kena pergi awal laa pula." ngomel isterinya, sedikit kepenatan.

Mbahk Susi menyelesaikan kerjanya dan berlalu masuk kedalam bilik nya. Memberi ruang untuk majikannya itu meluangkan masa bersama. Akmal memandang sambil tersenyum ke arahnya. 

- bersambung -

Orang Gaji Itu, Kekasih Gelap KuWhere stories live. Discover now