Change 17 - Samseng

183 8 0
                                    

Dengan tiba-tiba dia ketawa terbahak-bahak sambil memandang dua lagi kawannya yang sedang berdiri di hadapan kedai. Mendengar kata-kata lelaki tadi, beberapa orang mak cik di tempat duduk belakang bingkas bangun dan seterusnya berjalan keluar meninggalkan pakaiannya biarpun telah hampir siap.

Sedang aku menoleh memerhatikan mak cik-mak cik tadi, buah dadaku tiba-tiba sahaja diraba lelaki tadi sambil berkata, "oh, ada tetek lagi geng...aku ingat dah rata tadi. Hahaha."

Sementara dia dan kawan-kawannya seronok tergelak besar, kakiku terus sahaja menendang kangkang lelaki yang merabaku tadi. Lantas membuatkan dia tunduk kesakitan serta meminta tolong kepada dua lagi kawannya.

"Kau dah melebihlah ni, pengkid...memang merasa kena rogol kat tepi jalan nanti," salah seorang daripada dua kawan lelaki tadi memberi amaran kepadaku. Manakala seorang lagi mengeluarkan senjata berupa pisau kecil.

"Comelnya...mesti kat dalam seluar tu lagi kecik dari pisau tu, kan?" aku dengan sengaja mahu menimbulkan kemarahannya.

Dia terus meluru menghunuskan pisau biarpun kawannya cuba menghalang. Serentak aku menangkap pergelangan tangannya dan seterusnya melambungkan badannya menggunakan teknik judo. Tidak semena-mena kepala lelaki tersebut berlaga dengan kepala kawannya yang masih lagi menahan senak.

Belum sempat mengambil nafas, tiba-tiba lelaki seorang lagi menghampiri belakangku dan seterusnya mengunci bawah ketiak dengan kedua-dua lengannya. Apa yang tidak diketahuinya, baju kemeja ini dibeli berdasarkan saiz badanku versi lelaki. Serentak aku meluruskan tangan lalu melurutkan ke bawah. Lelaki itu kemudiannya terkejut melihat hanya baju kemeja sahaja yang dipeluknya. Tanpa belas kasihan, aku segera menghadiahkan satu tumbukan padu pada kangkangnya. Melihat reaksinya lambat mengepitkan kaki, aku segera menghadiahkan tumbukan kedua.

Namun kali ini leherku pula dicekik dari belakang. Di dalam detik cemas itu, aku sempat mengambil pisau yang dilepaskan di lantai tadi. Segera aku menghadiahkan beberapa tikaman pada pahanya sehinggalah leherku dilepaskan lelaki tersebut. Melihat pisau yang berlumuran darah di tanganku, dua lagi kawannya mengangkat tangan menandakan mereka mengaku kalah.

Aku tidak percaya mereka akan mengaku kalah begitu sahaja. Segera aku memakai semula baju kemeja dan mengumpulkan pakaian-pakaian yang telah siap dicuci. Lalu berjalan ke arah kedai dobi layan diri yang lain untuk mengeringkan pakaian setelah bertukar kepada lelaki.

Seperti yang dijangka, mereka kembali ke kedai tadi dengan membawa bilangan yang lebih ramai serta lengkap bersenjata. Aku berlagak bersahaja melangkahkan kaki ke kedai runcit yang terletak tidak begitu jauh dengan kedai dobi tadi. Lalu berbual dengan tuan punya kedai setelah membeli rokok sebatang.

"Memang biasa macam ni ke?" tanyaku sambil menyalakan rokok. Boleh dikatakan sudah agak lama aku tidak merokok. Walau bagaimanapun aku harus berlakon sebegini supaya tidak menimbulkan syak.

"Boleh tahanlah...dah berapa kali. Pernah dulu cikgu tadika. Ada seorang lelaki tua tu pinjam pisau pemotong daging kedai ni untuk tolong perempuan tu..." cerita tuan punya kedai.

Tidak lama kemudian baju kemejaku digenggam dan ditarik sehinggakan beberapa butang tertanggal. Mujur aku sempat membuang sports bra. Sekiranya tidak, tidak tahulah apa reaksi mereka melihat lelaki memakai sports bra. Takkanlah aku nak berlakon 'nyah' pula?

"Siapa bagi kau baju kemeja ni? Kau dapat dari mana?" tanya lelaki yang sedang memegang bajuku.

"Baju ni? Aku beli dekat mall besar sana tulah...ada offer 50%. Ramai angkat satu masa aku beli tu," aku menjawab dengan tenang sambil menghembuskan asap rokok.

"Habis kenapa kau ambil baju warna biru sama macam perempuan tu?" soal lelaki itu lagi.

"Hah? Perempuan mana? Ni baju lelaki. Kau tengok kat tengah-tengah belakang baju ni. Kalau perempuan, dia ada dua garis kat bawah belakang. Dekat-dekat dengan pinggang," aku menerangkan kepadanya.

Sementara kawannya mengintai belakang baju kemejaku, aku menyambung lagi, "pasal warna biru pula...biasalah, hari ni kan hari Isnin? Monday blues...faham?"

"Ni memang baju kemeja lelaki. Kau perasan tak perempuan tadi pakai baju lelaki ke perempuan?" tanya kawannya.

Di dalam diam, aku sempat menyeluk saku salah seorang lelaki bagi mengambil telefonnya. Jadi aku boleh melihat dan memantau apa-apa maklumat berkaitan dengan kumpulan mereka.

"Mana aku tahu! Aku tak sempat nak tengok! Ah, shibal!" marah lelaki tersebut melepaskan baju kemejaku.

"Eh, kenapa kau mencarut bahasa Tamil?"

"Bukan Tamil lah...Amerika Latin."

Sementara lelaki tadi pula hanya menggelengkan kepala mendengar kawan-kawannya bercakap merepek. Sambil berjalan keluar dari kedai runcit, salah seorang bertanya, "Monday blues tu apa?"

Lelaki itu membalas, "manalah aku tahu! Budaya tengok blue hari Isninlah, kot? Aku tengah serabut, korang pulak tanya macam-macam soalan!"

Perlahan je salah seorang lelaki berkata, "apa kena-mengena dengan baju biru, siot..."

Secara tiba-tiba seorang lelaki mencengkam bajunya, "kau jangan nak berlagak dengan member-member. Tadi kau sendiri yang panggil kitorang cakap ada peluang nak kekah budak pengkid muka cun...sekarang ni, adik aku masuk hospital. Paha dia kena tikam bertubi-tubi. Aku tak kira, aku tak kisah kalau kau tak tidur sekalipun. Aku nak kau bawak pengkid tu jumpa aku. Ingat janji kau, aku dulu henjut pengkid tu dulu. Lepas tu baru korang...dah puas, aku sendiri yang tanam dia dalam tanah."

'Shit, psiko sial! Nasib baik aku tak tinggal dekat kawasan ni,' kataku di dalam hati.

Hatiku tidak tenang berbaring di rumah memikirkan mereka pasti akan meneruskan usaha untuk memburu Faz, iaitu diriku versi perempuan. Menyesal pula aku melebih-lebih dalam mempertahankan diri tadi. Tapi takkanlah aku nak biar diorang rogol aku? Eh, geli sial...

Aku belajar mempertahankan diri sejak di rumah anak-anak yatim lagi. Boleh dikatakan anak-anak di dalamnya mempunyai pelbagai latar belakang. Ada yang mempunyai sejarah keganasan domestik dipukul ibu bapa dan penjaga, ada yang dirogol atau diliwat, terdapat juga yang telah diperkenalkan dengan najis dadah dan tidak kurang yang telah diajar mencuri.

Masalahnya apabila mereka sudah masuk remaja, mereka akan mengulangi apa yang pernah dilakukan ke atas mereka dahulu kepada anak-anak yang lebih kecil. Aku juga pernah beberapa kali nyaris diliwat dan begitu kerap sekali dibelasah. Sehinggalah aku belajar cara mempertahankan diri dengan sendiri dan di dalam masa yang sama menjadi kreatif dengannya.

"Hmmm...mengantuk. Kalaulah boleh ambil cuti..." aku mengomel sendirian sebelum bertukar menjadi perempuan dan melangkah malas menuju ke arah bilik mandi.

"Amoi, mengantuk ke?" tegur gadis berbangsa Cina. Dia memperkenalkan dirinya sebagai Janet Chew.

Aku menjawab dengan menganggukkan kepala, mataku juga masih belum buka sepenuhnya.

Dengan tiba-tiba sahaja Janet menarik bahagian bawah tualaku lalu membuatkan ianya terlucut. Tidak pasal-pasal sahaja kini aku berada di dalam keadaan telanjang bulat di hadapan beberapa orang penyewa lain yang juga sedang menunggu giliran untuk mandi. Bukan aku seorang sahaja yang hilang mengantuk, malah Najua dan Aina juga turut sama segar.

Change!Where stories live. Discover now