BAB 1

147 5 6
                                    

"Kau... aku?"

Haura semakin panik apabila suara di mindanya itu bergumam. Dirinya bertambah panik apabila sedari suara si 'dia' benar-benar sama dengan dirinya.

"Apa... apa yang sedang berlaku sebenarnya? Kenapa aku dekat sini? Kenapa bilik aku lain? Kenapa banyak suara dekat otak aku sekarang ni? Kenapa..." Lidah Haura kelu. Dia tidak mampu untuk menanyakan apa-apa lagi soalan. Dia buntu.

"Diam. Aku rasa kau dah tahu semua jawapannya."

Dahi Haura berkerut sedikit. Semakin bingung gadis malang itu dibuatnya. Bagaimana dia mahu tahu jawapan ke atas setiap persoalan yang dia lontarkan sedangkan dia betul-betul tidak mengetahui apa-apa?

"Kau dah mati. Hannie Mall, isn't it?"

Sekali lagi Haura terdiam. Darahnya seakan menghilang daripada tubuh sebaik sahaja kata-kata si 'dia' memasuki ruang logik akalnya.

Pandangan matanya perlahan-lahan tertacap pada satu cermin panjang di hujung bilik. "Itu... bukan mimpi?"

Si 'dia' ketawa lagi.

"Mimpi? If that was a dream, how could the death feel so real?"

Haura pegun. If that was a dream, how could death feel so real...? Tidak dapat dia nafikan, sakit di perutnya selepas ditembak itu terasa begitu nyata. Kepalanya pula... hancur.

"Dah ingat?"

Haura perlahan-lahan mengangguk. "Tapi... kenapa aku dekat sini? Aku hidup lagi?"

"Who knows. Maybe you're alive because someone wants you to."

Haura menggeleng. Tidak mungkin dia hidup lagi kerana ada seseorang mahukan dia hidup. Lagikan pula, konsep reincarnation itu sangatlah mustahil.

"Kau tipu aku?" Jeda. "Tak mungkin perkara semustahil itu boleh berlaku. Ini bukan cerita novel."

"Kau yakin ini bukan cerita novel?"

Jeda.

"Apa kau mengarut ni?" Haura mula geram. Air matanya dikesat kasar. "Kalau kau fikir kau boleh perdaya aku, kau silap. Hentikan semua ni. Aku tak suka!"

Seusai Haura melepaskan rengusannya, angin kencang tiba-tiba melewati Haura seolah-olah 'dia' sedang marah. Rambut panjangnya berterbangan dek angin pantas itu.

"Kau fikir kau seorang je yang terseksa? Kau fikir kau seorang je yang tak suka situasi ni?"

Tubuh Haura menjadi sejuk saat suara di kepalanya berubah dingin, penuh dengan amarah. Pada ketika itu, Haura yakin bahawa dia sudah tersilap melontar kata. Kini dia diam mendengar amarah'nya'.

"Aku! Aku kena paksa keluar daripada badan aku sebab kau! Kau fikir kau seorang je yang menderita?!"

Haura mencengkam ubun-ubun kepalanya saat suara itu kian mengamuk. Jeritannya yang nyaring membuatkan kepala Haura menjadi sangat sakit bagaikan dicucuk beribu jarum pada satu masa.

"Sakit...!" rintih Haura dengan mata yang terpejam rapat.

Mendengar suara sayu gadis malang itu, 'dia' terdiam. Suasana di dalam minda Haura sunyi bagaikan rumah tidak berpenghuni. Sepi.

Perlahan-lahan tangannya jatuh daripada telinganya.  Pandangan matanya melihat sekeliling bilik penuh dengan ketakutan. Dia benar-benar tidak mengenali ruangan beradu ini. Ianya kelihatan begitu kelam dan... menyedihkan.

"Urgh!" Sekali lagi kepala Haura terasa dicucuk saat satu persatu memori menerjah masuk ke dalam mindanya.

"Haura, lari, sayang!"

"Mama!!"

BANG!

BANG!

BANG!

"Cantik, tapi sayang. Dead."

Haura terus mengucap saat sekali lagi bayangan senjata hitam dihalakan ke dahinya sebelum sedas peluru dilepaskan. Air mata Haura mengalir lagi mengenangkan kedua ibu bapanya yang maut dalam dakapan bersama.

"Allahuakbar..."

≪•◦ ❈ ◦•≫

"Hoi. Sampai bila kau nak menangis? Bangun. Bangun sebelum lagi satu bala datang."

Haura tidak menghiraukan suara itu. Dia hanya mampu tersenyum pahit. Bala apa lagi yang lebih dahsyat daripada ini?

Dia masih duduk di sebalik katil, membenamkan wajahnya di antara dua lutut. Matanya sudah sembab akibat menangis sepanjang malam dan dia tidak rasa yang dia akan berhenti.

Suasana menjadi hening sebelum si 'dia' tiba-tiba menjerit diikuti dengan ketukan pintu yang bertalu-talu.

"Haura, bangun!!"

BAM! BAM! BAM!

Akibat terkejut dengan gabungan dua bunyi tersebut, tubuh Haura pantas bangun dan menuju ke pintu sebelum ianya dibuka pantas.

Dia meneguk salivanya kelat saat tubuh seorang wanita sudah berdiri tegak menunggunya. Dia tidak mampu berkata apa-apa apabila melihat ibunya, Puan Nadhirah sudah menjeling tajam.

"Engkau pekak ke apa? Aku dah ketuk daripada tadi! Kau buat apa dalam bilik, kunci sorang-sorang?!" Terhinjut bahu Haura mendengar tengkingan ibunya.

"Mama, Haura..." Suara Haura bergetar. Dia tidak tahu kenapa tetapi dia begitu takut dengan wanita di hadapannya ini. Wanita ini langsung tidak sama dengan mamanya yang begitu lembut dan penyayang.

Kening Puan Nadhirah berkerut mendengar bahasa anaknya. "Yang kau ni dah kenapa? Daripada semalam dok mama mama-kan aku?" soalnya, jelas sekali berang.

Haura terdiam. Dia keliru dengan soalan daripada wanita itu. Kenapa apa?

"Apa maksud mama?" soal Haura kembali, cuba untuk tidak kelihatan begitu goyah.  Di dalam hatinya, hanya Tuhan sahaja yang tahu.

Melihat si anak gadis bingung, Puan Nadhirah melepas rengusan kasar sebelum tangannya laju naik dan menampar wajah anaknya. Haura terteleng laju, pipinya pijar seperti dibakar. Tubir matanya mulai dipenuhi air mata sekali lagi.

"Aku paling pantang ulang soalan yang sama banyak kali. Kenapa? Sel-sel otak kau hilang sekali masa kau demam?" sinisnya melihat si gadis.

Haura masih membatu. Kenapa wanita di hadapannya ini begitu kasar terhadapnya? Di manakah salahnya?

Tidak tahu hendak menjawab apa, Haura hanya mampu tunduk merenung lantai.

Seolah-olah menuang minyak ke dalam api, Puan Nadhirah semakin berang melihat persoalannya dibiarkan berlalu bagaikan angin. Pantas jejari runcing wanita itu bertindak untuk mencengkam ubun-ubun rambut anaknya. Namun, belum sempat dia meneruskan niatnya. Haura terlebih dahulu menepis tangan wanita itu.

"Kalau kau biarkan dia sentuh kau sekali lagi, hilang maruah aku."

Mata Haura terus membulat. Wajah terkejut Puan Nadhirah dipandang tidak percaya. Wanita itu terus menarik tangannya daripada terus dicengkam Haura dengan rengusan perlahan, cuba untuk mengawal riak wajahnya.

Haura bingung. Apa yang sedang berlaku?

‘Kau kawal badan aku...?’

"Badan aku."

30102024
exam dah dekat tapi aku malas nak baca buku HAHAHAH sebab tu aku update

HAURA : THE LOST ONE Where stories live. Discover now