Haura terbangun dengan bunyi ketukan bertalu-talu. Dengan perlahan, dia membuka pintu sambil menyorokkan sebahagian badannya. Memang benar sangkaannya. Puan Nadhirah sudah bengang menunggu dirinya di muka pintu.
“Ibu…” bisik Haura senyap-senyap.
“Engkau ni buat apa lagi, hah?! Aku dah kata kau masuk sekolah balik, kan! Kau jangan cakap yang kau baru bangun tidur, eh. Aku sebat kau satgi!” bagaikan peluru bibirnya berbicara.
Haura bingung. “Sekolah…?”
Kening Puan Nadhirah semakin berkerut. Mahu sahaja tangan dia naik untuk menampar wajah anaknya itu. Bagi sedar sikit otak yang lagging.
“Kau mesti tak baca kan kertas tebal-tebal yang aku bagi tu?” soalnya namun lebih kepada pernyataan.
Haura menggigit pipi apabila teringatkan kertas itu masih di dapur.
“Ibu, Haura-”
PANG!
Haura terus memegang pipinya pedih.
“Kau pergi mandi sekarang! 10 minit kau tak turun aku tinggal kau!” Rengus wanita itu sebelum menghempas kaki menuruni anak tangga.
“Shit. Sorry aku tak ingat nak bagitahu kau.”
Haura tidak membalas. Pipinya terasa begitu pijar menyebabkan dia terus melangkah masuk ke dalam bilik air seolah-olah dia langsung tidak mendengar suara Haura di dalam mindanya.
Tidak lama kemudian dia keluar dengan pakaian biasa. Baju sekolah? Nanti sahajalah dia fikirkan. Itu bukan masalah yang besar sekarang ini.
Haura mengerling jam analok di atas meja belajarnya. Enam minit telah berlalu membuatkan dirinya semakin tergesa-gesa untuk turun. Hampir sahaja dia terjatuh tangga buat kesekian kalinya.
Haura terus memasuki kereta di bahagian penumpang. Tercungap-cungap dia mengambil nafas yang tanpa sedari dia tahan.
Tiba-tiba badan Haura kaku seketika. Pandangan matanya menangkap satu lagi sosok seseorang di bahagian tempat duduk penumpang belakang. Perlahan-lahan dia memalingkan tubuh menghadap sosok gadis itu.
…siapa?
Haura bingung. Dapat dia lihat remaja di sebelahnya itu turut memandangnya. Pandangan mata gadis itu tajam seolah-olah begitu benci melihat tatapan Haura.
Haura terus menekup mulut.
“Siapa dia, Haura?”
“Apa? Tu Zara lah.”
“Hah? Siapa pulak Zara?”
“Apa pulak kau merepek ni, gila. Zara lah. Adik aku.”
Adik? Sejak bila pulak dia ada adik?
Haura curi-curi memandang gadis di sebelahnya itu sekali lagi. Tak pernah nampak pun dia? Aku mana ada adik dulu?
“Apa pandang-pandang!” Haura terus memandang semula kehadapan apabila ‘adiknya’ itu menjelingnya tajam.
Garangnya.
Sepanjang perjalanan Haura hanya memandang ke luar tingkap. 15 minit telah berlalu dan dia akhirnya nampak bangunan sekolah baharunya. Jujur, Haura kagum melihat warna bangunan itu. Langsung tiada lumut seolah-olah masih baru dibina.
“Kau tunggu apa lagi? Keluarlah.” Suara tegas Puan Nadhirah pantas menyedarkan Haura. Dia lihat ke arah Zara namun gadis itu telah lama dahulu meninggalkannya.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAURA : THE LOST ONE
Fantasy[ Congratulations. You have been reincarnated again. ] Sejak sistem itu mula menghantui Haura, hidupnya kini menjadi neraka yang terdalam yang pernah dia lalui. Dia dibunuh, ya. Dan dia juga dihidupkan kembali. Oleh siapa? Dia juga menginginkan j...
