BAB 4

81 5 0
                                        

Haura termenung dengan tangan yang bersabun. Pinggan yang sepatutnya dibasuh digenggam erat. Dirinya berdiri kaku di hadapan sinki seolah-olah waktu sedang berhenti berputar.

Haura terasa begitu kosong. Fikirannya terlalu bercelaru sehinggakan dia langsung tidak tahu hendak memikirkan apa lagi. Terlalu bercelaru sehinggakan semuanya blank.

PRANG!

Mangkuk di tangan Haura hancur berkecai saat tangannya tiba-tiba direntap kasar oleh seseorang.

“Ikut aku.” Dingin suara Puan Nadhirah dengan kuku yang mencengkam kuat lengan Haura.

“Mama, apa ni? Sakitlah!” Ringisnya apabila cengkawan wanita itu semakin kuat. Ke manakah wanita ini ingin membawa dirinya?

”Mama nak bawa Haura pergi mana ni, mama!” soalnya lebih kuat saat wanita itu langsung tidak menghiraukan dirinya.

“Kau diamlah!” Jerit Puan Nadhirah seoktaf. Cengkamannya di lengan Haura dilepas kasar apabila mereka tiba di destinasi yang dia inginkan. Wajah anak gadisnya itu dijeling tajam.

“Kau suka lah, kan? Tengok laki kau tu beria back up kau.” Puan Nadhirah memandang anaknya sinis. Semakin berkerut kening Haura mendengar lontaran ibunya itu.

“Ya Allah, bila masa pulak Haura cakap Haura suka ni, mama? Haura tak cakap apa-apa pun!” Si anak cuba menafikan tuduhan ibunya itu. Sumpah, dia tidak faham di mana salahnya lagi.

PANG!

Entah buat keberapa kalinya pada hari itu, dia ditampar. Sekali lagi kepala Haura terteleng pantas, meninggalkan kesan merah yang panas di pipinya.

“Kau jangan berani ingkar arahan aku.” Bengis sekali Puan Nadhirah memberi amaran.

Haura memegang pipinya yang terasa begitu sakit.  Air mata yang ingin mengalir cuba untuk ditahan. Ya Allah, apa salahku lagi…

Kening Puan Nadhirah berkerut lagi seolah-olah masih ada banyak perkara yang membara di dalam jiwanya. Dengan kasar, dia mencengkam bahu Haura sebelum menolak anaknya itu pantas.

Mata Haura membulat saat menyedari bahawa tubuhnya terumbang di udara apabila ibunya sendiri menolaknya untuk jatuh ke atas tangga yang bertingkat itu. 

Dapat dia lihat wajah berkerut wanita itu, langsung tiada rasa bersalah terselindung di sebalik kerutannya itu. Hanyalah kepuasan.

Haura memejam matanya ketat, menanti tubuhnya untuk menghempas lantai. Dia meringis kesakitan saat tulang belakangnya terbanting anak tangga. Bukan satu, bukan dua. Namun, lebih daripada itu sehinggalah dia betul-betul berada di ruangan bawah tanah.

Tubuhnya terasa seperti dipukul kayu baseball berkali-kali. Dapat dia rasakan beberapa tempat yang berair, menandakan dirinya telah berdarah. Kepalanya berdenyut bagaikan hendak pecah.

Pandangan mata Haura mulai mengabur, namun masih dapat dia lihat ibunya sedang perlahan-lahan menuruni anak tangga bagi mendekati dirinya. Wanita itu berdiri dekat, namun tidak cukup dekat untuk menyentuhnya.

Kaki Puan Nadhirah perlahan memijak betis Haura, cuba untuk memastikan bahawa gadis itu masih hidup.

Haura tidak mampu untuk berkata apa-apa. Kelopak mata dan nafasnya terasa begitu berat dan panas. Dia rasa seperti ingin tidur sekarang juga.

“Now, it’s not a lie anymore.”

Haura memandang sengihan sinis ibunya buat kali terakhir sebelum semuanya kabur.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Haura perlahan-lahan membuka kelopak matanya. Keningnya sedikit berkerut saat sinaran matahari dari luar tingkap terus menembusi kornea matanya.

HAURA : THE LOST ONE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang