"Badan aku."
Jeda. Haura tidak tahu hendak berkata apa kerana tubuhnya sekarang benar-benar bergerak di luar kawalannya.
Dia langsung tiada niat untuk menepis mahupun mencengkam pergelangan tangan ibunya. Jelas sekali bahawa si 'dia' sedang mengambil alih semula hak miliknya.
Puan Nadhirah melangkah setapak ke belakang. Dia menjeling anak gadisnya, menyampah. "Kau ingat, eh. Lepas ni jangan sesekali panggil aku mama. Ibu. Panggil aku ibu."
Kening Haura berkerut. Ibu? Kenapa pun kalau dia panggil mamanya 'mama'?
Persoalannya dibiarkan bersarang di dalam minda apabila wanita itu seolah-olah tergesa-gesa untuk beredar. Haura berdiri kaku di situ, masih cuba untuk memproses apa yang sedang berlaku.
≪•◦ ❈ ◦•≫
Haura duduk di atas buaian sambil kakinya perlahan-lahan menolak lantai. Hujan renyai yang membasahi halaman rumahnya itu ditatap sepi. Mindanya kosong dan bercelaru.
Benarkah dia sudah mati? Adakah 'kematian' itu mimpi atau realiti? Jika benar, dia sepatutnya berada di alam barzakh dan bukannya 'parallel universe' ini.
Tetapi segalanya tidak mungkin.
Dia tahu itu. Dia tahu akan kewujudan alam kubur dan selepasnya. Dia sudah pernah mempelajari perkara-perkara asas ini sejak di bangku sekolah lagi. Mana mungkin dia mahu percaya bahawa dia kini berada di alam yang tidak kurang sama dengan alam yang dia duduki selama ini.
Atau mungkinkah dia sebenarnya sudah gila?
Mungkinkah dia selamat daripada tembakan itu dan dia sedang berada di alam koma? Haura tidak tahu
Mungkin juga dia sedang berada di atas garisan antara kehidupan dan kematian dan dia sedang berada di bawah pengaruh alam mimpi? Segala persoalannya tiada jawapan.
Haura kembali menampar wajahnya. Sudah menjadi habit gadis itu sejak remaja untuk memukul diri sendiri tatkala minda kusut memikirkan sesuatu.
Satu kali.
Pap!
Dua kali.
Pap!
Tiga kali.
Pap!
Baru sahaja gadis itu hendak menampar wajahnya buat kali keempat, satu tangan cepat merentap pergelangan tangannya kasar.
"Haura!" jerit suara itu kuat. Anak matanya bergetar panik melihat wajah si gadis pijar dengan bekas pukulan. Pantas dia meletakkan sebungkus makanan yang digenggam erat sedari tadi ke tepi lalu wajah memerah gadis itu ditelek lalu diusap perlahan.
"Kenapa ni? Kenapa pukul diri macam tu?" soalnya penuh kerisauan. Lelaki itu mengusap lembut pipi Haura dengan ibu jarinya, cuba untuk meredakan kesakitan. Sentuhannya terhenti saat dia menyedari bahawa pipi si gadis mulai basah denagn air mata.
"Sayang...?"
Haura masih tergamam melihat lelaki di hadapannya itu. Air matanya terus mengalir sebaik sahaja mindanya menangkap wajah dan suara insan di hadapannya itu. Segala memori kini kembali lagi.
"Kau... kau hidup..." gumam Haura dalam tangisan. Dia tidak tahu kenapa dia mengucapkan begitu namun dia berasa bersyukur.
Begitu bersyukur.
Lelaki di hadapannya kelihatan begitu bingung sebelum mengambil keputusan untuk duduk di sebelah gadis itu.
"Ya, sayang... Mestilah aku hidup lagi. Kenapa ni? Mimpi buruk lagi ke?" Lembut sahaja dia bertanya. Kelopak mata Haura yang basah itu dilap penuh kasih sayang.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAURA : THE LOST ONE
Fantasy[ Congratulations. You have been reincarnated again. ] Sejak sistem itu mula menghantui Haura, hidupnya kini menjadi neraka yang terdalam yang pernah dia lalui. Dia dibunuh, ya. Dan dia juga dihidupkan kembali. Oleh siapa? Dia juga menginginkan j...
