Haura memegang dadanya yang sedari tadi berdegup kencang. Betul ke apa yang dia buat sekarang ni? Dia itu sudah 22 tahun, bukannya 17 lagi. Belum dikira lagi dengan umurnya di kehidupan pertama. Mungkin umurnya sudah mencecah 50-an.
Dan sekarang dia sedang berdiri kaku di hadapan semua pelajar di kelas 5 Atlas. Mereka semua merenungnya seakan-akan dialah yang telah membunuh kucing mereka.
Haura mengetap pipinya. Dia bencikan perhatian.
"Kelas, ingat tak masatu saya cakap there'll be a new student for our class? She's here now." Guru wanita itu tersenyum. "This is Haura. She just got discharged, jadi kawan elok-elok, ye?"
Haura memandang seisi kelas. Jelas sekali hampir sebahagian besar daripada pelajar di situ merupakan anak orang berada. Dia meneguk salivanya kelat. Boleh ke dia adapt dengan kelas ni?
"Haura, boleh duduk." Dia terus tersedar daripada lamunannya, lalu terus melangkah ke belakang kelas.
Terdapat tiga buah meja kosong. Dua kosong di belakang, manakala satu lagi kerusi yang kosong sudah ada penumpang di sebelahnya.
Belum sempat Haura hendak duduk di meja belakang sekali, satu tangan sudah laju menariknya untuk duduk di sebuah kerusi kosong di hadapan.
"Hi!" Senyumnya teruja. "Daniella. You?" Soalnya, tangan dihulurkan.
Haura tersenyum paksa. "Haura Izzati." Belum sempat Haura menyambut huluran Daniella, lebih dahulu gadis itu menariknya kembali.
"So, Haura. Why were you hospitalised?" soalnya, ingin tahu. Dua orang gadis di hadapannya turut memusing ke belakang untuk mendengar ceritanya.
Haura memandang mata gadis itu, perasan yang dia sedang memakai contact lense. Begitu juga dengan yang lain.
"Oh, aku accident..." balas Haura kekok. Accident tipulah tapi.
Ketiga-tiga gadis itu menunjukkan riaksi terkejut. Mereka memandang sesama sendiri. "But you don't look ugly?"
Hah?
Aku memandang gadis di hadapan Daniella yang baru sahaja mengutarakan soalannya itu. Itu soalan ke apa?
"Uhh, thanks?" Haura tersenyum janggal. "Actually, I do have one-" Belum sempat Haura memegang belakang telinganya, Daniella menyampuk.
"So, that's it? You're actually think you're pretty?"
Kata-kata Daniella membuatkan Haura diam seketika, merenung gadis itu. Ah, aku dah salah masuk circle.
Mereka hanya mengukirkan senyuman palsu.
"Well, I wouldn't say I'm prettier than you because you're actually so pretty!" balas Haura dengan nada yang begitu ceria. Langsung tidak seperti dirinya yang kelam.
Mendengar pujian si gadis baru, Daniella mula tersengih girang. "Really? You think so?"
"Yup. I would say out of everyone, you're the first one caught my eyes, Daniella." Haura mengangguk laju dengan senyuman manis.
Semoga muka kau hancur sehancur-hancurnya.
Daniella tersengih. "I like you. Welcome to the club!" Senyumnya ramah, tangan sekali lagi dihulurkan. Kali ini, dia tidak menarik menandakan dia betul-betul menerima Haura sebagai kawannya.
Haura pula tersenyum lega. Dengan ini, sekurang-kurangnya sekolah ni tak jadi neraka kedua dia, kan?
Kelas bermula setelah sesi berkenalan tamat. Haura membuka buku teks perniagaan tingkatan 5 nya. Oh, fish. Dulu dia ambil addmath, bukan business. Macam mana dia nak faham ni?
Melihat wajah bingung Haura, Daniella memandangnya. "Dulu you ambik apa? Dekat sekolah lama you."
Haura menoleh. "Addmath," balasnya ringkas lalu mendapat anggukan daripada Daniella.
"Wow, you're actually smarter than you look." Senyumnya lagi sambil bermain dengan hujung rambut. Dia memandang Haura sebelum kembali memandang ke papan putih.
Pipi Haura terjongket sedikit, tidak percaya dengan apa yang gadis sebelahnya ini baru katakan. Smarter than I look? Dia nak kata aku bodoh ke?
Haura meraup wajahnya, cuba untuk menghilangkan aura kedutan di wajahnya. Dia perlu kekal tenang.
Everything's fine, you're an adult.
Baru setengah jam kelas berjalan, Daniella terus bangun sebaik sahaja bunyi loceng kedengaran.
"Yeay, rehat!" jeritnya riang sebelum melangkah keluar daripada kelas.
Haura hanya memandang tiga sahabat itu meninggalkan kelas, membiarkan dia terpinga-pinga seorang diri.
Melihat kelas sudah kosong, Haura mengemas buku-bukunya lalu tanpa sengaja terjatuhkan barang Daniella. Matanya terarah ke bucu meja, kelihatannya salah satu alat solekan Daniella sudah pecah akibat jatuh daripada meja.
Namun Haura hanya memandangnya, langsung tiada rasa bersalah ataupun perlu mengangkat semula. Dia membetulkan rambutnya sebelum melangkah keluar untuk ke kantin sekolah.
≪•◦ ❈ ◦•≫
Haura melihat menu yang terpapar di dinding kafe sekolah itu. Yes, cafe. Dia baru terbaca tadi semasa mencari jalan ke syurga makanan ini.
Haura hanya mampu menutup mulutnya kagum. Terlalu banyak pilihan makanan sehinggakan dia tidak mampu berkata apa-apa. Di kehidupan pertamanya langsung tidak semewah ini.
Di sini ada steak, spaghetti dan chicken chop sebagai menu utama. Haura melihat pelajar perempuan yang baru sahaja lalu di sebelahnya dengan sepinggan spaghetti carbonara.
Well, ddaeng. Yang boleh dia katakan, ianya bukan spaghetti cikai-cikai yang ada dekat sekolah biasa. Udang gemuk-gemuk empat ekor? Is this heaven?
Tanpa membuang masa, Haura terus membeli satu disertakan dengan air latte ice. Dia berjalan melalui keramaian, matanya melilau mencari ruang kosong sebelum akhirnya tertumpu kepada Daniella dan dua orang rakannya yang sedang bergelak tawa.
"...Hey." Haura cuba mengukirkan senyuman manis. "Can I sit here?"
Haura tahu dia sedang tersenyum, tapi dia juga tahu yang senyumannya kelihatan begitu awkward membuatkan keadaan terasa seperti hening. Ataupun hanya perasaan dia sahaja?
Daniella dan rakan-rakannya berhenti ketawa seketika sebelum memandang Haura dengan senyuman. "Ah, sorry, Haura. Meja dah penuh lah. You boleh duduk tempat lain?
Tipu. Haura tak bodoh. Dia jelas sekali nampak kerusi di sebelah Daniella cukup untuk memuatkan dua orang. Keningnya yang ingin berkerut cuba ditahan dan digantikan dengan senyuman.
"Really? Sokaylah macam tu." Haura mengukirkan senyuman paling manis sebelum bergegas meninggalkan kumpulan itu. Belum jauh dia pergi, mereka ketawa.
"Oh, God. She's so naive, it's embarrassing."
Haura menggenggam cawan di tangannya kuat, cuba menahan amarah di dada.
"She's pissing me off. Should I kill her?"
Kening Haura berkerut. Tidak dapat dinafikan bahawa dia sedang marah. Namum seberapa marah pun dia, violence is not the answer.
"Jangan. She's just a kid."
Haura mengangguk sendiri. Ya, Haura. Bawak bertenang. You're an adult.
"Boring!"
Mengabaikan rengusan Haura, Haura terus melangkah mengikuti ke mana kakinya mahu melangkah dan dia tiba di belakang sekolah, tempat di mana latihan bola sepak sedang berlangsung.
Tanpa mengatakan apa-apa, Haura duduk di bangku. Makanan di atas meja itu dipandang lama. Selera makannya sudah hilang.
Sampai bila dia perlu hadap semua benda ni? Seminggu dan dia lebih rela mati.
09052025
tak tahulah, jangan tanya
kenapa baru update
ANDA SEDANG MEMBACA
HAURA : THE LOST ONE
Fantasy[ Congratulations. You have been reincarnated again. ] Sejak sistem itu mula menghantui Haura, hidupnya kini menjadi neraka yang terdalam yang pernah dia lalui. Dia dibunuh, ya. Dan dia juga dihidupkan kembali. Oleh siapa? Dia juga menginginkan j...
