BAB 5

73 4 0
                                        

“Haura, sayang mama…”

Kening Haura berkerut kecil. Matanya yang masih tertutup itu menandakan bahawa
dia sedang berada di alam mimpi.

“Sayang…”

Air mata Haura perlahan-lahan menuruni pipinya. Dapat dia dengar suara lembut mamanya, namun di manakah wanita itu? Dia rindu akan mamanya itu.

“Mama…”

Haura kini memandang sekeliling. Di dalam mimpinya itu, dia sedang berada di teangah-tengah kawasan putih. Keseorangan.

“Sayang ayah…”

Haura terus menoleh, tercari-cari akan empunya suara itu. “Ayah! Mama! Ayah dekat mana? Haura dekat sini, ayah! Mama!”

Air  mata gadis itu ingin mengalir lagi saat dia masih tidak melihat kedua syurganya itu. Haura terduduk meraup wajah.

Jangan tinggalkan Haura…”

Lama dia menangis di situ sebelum dirinya perlahan-lahan mendongak ke atas saat ada bayang-bayang menggelapinya. Mata Haura kini bersinar.

“Mama!”

Pantas gadis kecil itu bangun dan ingin memeluk ibu tercintanya itu. Pelukan paling ketat dia berikan menunjukkan betapa rindunya dia kepada syurganya itu. Namun tiada sambutan.

Haura memandang mamanya bingung. Pelukannya pantas terlerai saat mata merah ibunya merenungnya dalam seolah-olah dia sedang mencari darah. Haura pantas menggeleng sebelum perlahan-lahan menapak ke belakang, menjauhi wanita itu.

“Tak…” Dia menggeleng, tidak percaya dengan apa yang baru sahaja dilihatnya. Kenapa dia rasakan yang di hadapannya sekarang ini bukanlah mamanya, tetapi Puan Nadhirah?

Haura cuba memandang mata wanita itu sekali lagi. Bulu romanya terus mencanak naik apabila melihat mata merah syaitan yang bertopengkan manusia itu merenungnya seolah-olah sedang mencari rahsianya yang paling dalam.

Haura ingin lari.

Dia ingin bersembunyi.

Tetapi kenapa kakinya tidak mahu bergerak!

Haura rasa seperti nafasnya diambil apabila wanita itu kini mengorak langkah memdekatinya. Jantungnya berdegup bagaikan nak pecah apabila wanita tiba-tiba mencekiknya lalu mengangkatnya ke udara.

“Cough! Mama—”

Haura cuba untuk melepaskan cengkaman ibunya namun gagal. Kerongkongnya terasa begitu sempit. Dapat dia rasakan darahnya terberhenti di antara cengkaman ketat wanita itu.

Wajah Haura mula membiru. “Mama…”

“AKU DAH KATA JANGAN PANGGIL AKU MAMA LAH, SIAL!”

Bengang, satu lagi tangan Puan Nadhirah naik mencekik leher anaknya, ingin mempercepatkan kematian gadis itu. Haura tidak mampu berbuat apa-apa. Dia tatap wajah ibunya itu buat kali terakhir sebelum tangannya perlahan-lahan jatuh.

Melihat anaknya sudah terkulai lemah, Puan Nadhirah terus melepaskan cekikan di leher anaknya itu. Dia membatu. Melihat Haura terbaring tidak memberi respon, dia terus terduduk dengan tangan yang menggeletar hebat.

HAURA : THE LOST ONE Tempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang