Suasana kelas mulai riuh apabila waktu rehat telah tamat. Haura yang baru sahaja hendak duduk di tempatnya, terus tersentak saat suara teriakan Daniella bergema memenuhi segenap kelas.
“No!!! My Dior Backstage Eye Palette!!!” jeritnya kuat dengan tangan yang menggeletar. Gadis itu cuba mengutip semula serbuk make up nya yang sudah bertaburan.
Haura terdiam. Wow, spesifik betul nama dia.
Daniella terus menjeling seisi kelas, target utamanya ialah Haura yang sedang meng-google jenama yang baru sahaja gadis itu jeritkan.
“Kau buat ni, kan! Kau pecahkan Dior aku!” Bagaikan dirasuk syaitan, Daniella terus mencengkam rambut Haura, memaksanya untuk terus berdiri.
Haura meringis kesakitan, cengkaman Daniella cuba untuk dilepaskan. “Apa ni, Daniella. Sakitlah!”
“Diam!” Tidak cukup dengan mencengkam, kini kepala Haura digoncang dengan kasar.
“Kau memang tak guna, Haura! Aku baru belilah, tak guna!”
PANG!
Suasana kelas terus menjadi hening. Haura hanya mampu menahan pedih dan malu. Mereka semua hanya memerhati. Tiada sesiapa mahu membela budak baru yang langsung tidak mereka kenali.
Namun, tidak dengan Haura.
Ditampar dengan orang yang baru sahaja dia kenali, Haura Izzati tidak akan berdiam diri.
Di saat Haura kini mengambil alih kawalan tubuh, dengan mudah dia melepaskan cengkaman Daniella. Tangannya laju naik untuk menampar semula wajah si gadis.
Kening Haura semakin berkerut dengan amarah saat tangannya digenggam oleh seseorang daripada belakang. Dengan kasar dia menarik semula tangannya, menjeling tajam lelaki yang bertindak seolah hero keadaan itu.
“Sape pulak mamat ni? Semaklah!”
“Apa korang buat ni?” soal lelaki itu sambil melepaskan genggaman di tangan Haura. Wajahnya kelihatan tenang. Namun, suaranya jelas sekali menyimpan bisa.
“Daniella?” Dia memandang Daniella, meminta agar gadis itu menjelaskan kepadanya.
“Adam!” Mendapat perhatian si jejaka, Daniella terus menepis tangan Haura menjauhinya, terus lengan lelaki itu dipeluk. “Adam, she smashed my limited edition make up! It was more than RM200, you know!”
Daniella mula menangis di bahu lelaki bernama Adam itu. Haura hanya memandang lelaki itu, langsung tidak ada rasa bersalah. Lelaki itu pula cuba untuk melepaskan pelukan Daniella daripada dirinya. Terpinga-pinga gadis itu apabila ditolak atlet idaman sekolah itu.
“Betul ke?” soalnya kepada Haura pula. Dia ingin mendengar daripada kedua belah pihak dan bukannya salah satu sahaja. Gadis bermuka poker yang lebih rendah daripadanya itu dipandang inginkan jawapan.
“No.” Sepatah sahaja Haura membalas. Matanya tajam menjeling Daniella yang kembali naik angin mendengar jawapan selambanya.
Daniella merengus sendiri tatkala dia sedar bahawa jelingan Haura sedikit sebanyak menaikkan bulu romanya. Dia terus kembali merangkul lengan Adam namun lelaki itu lebih pantas menarik diri.
“Daniella, you tak boleh tuduh orang sesuka hati you. More of that, you actually slapped her.”
Haura tidak mampu menahan dirinya daripada menggulingkan bebola matanya penuh menyampah.
“Who does he think he is? Lecturing her like he’s her dad or something.”
Yang membuatkan Haura lebih ingin menunjukkan seberapa menyampahnya dia apabila Daniella hanya menunduk comel bagaikan seekor anak kucing. Mana kucing jantan yang berani-berani tampar Haura dengan tangannya tadi tu?
ANDA SEDANG MEMBACA
HAURA : THE LOST ONE
Fantasía[ Congratulations. You have been reincarnated again. ] Sejak sistem itu mula menghantui Haura, hidupnya kini menjadi neraka yang terdalam yang pernah dia lalui. Dia dibunuh, ya. Dan dia juga dihidupkan kembali. Oleh siapa? Dia juga menginginkan j...
