Bungkusan dumpling diletakkan di atas meja makan sebelum beberapa buah mangkuk kaca di susun. Puan Nadhirah yang baru sahaja turun daripada tingkat atas di sapa manis.
”Ibu…” Senyum Fawwaz sebelum tangan wanita itu dikucup. Melihat sopan santun menantunya itu, sebuah senyuman terus terukir di wajah Puan Nadhirah.
”Jemput makan, bu. Fawwaz ada beli makanan tadi masa on the way sini,” pelawa sang menantu lagi sambil menarikkan kerusi untuk wanita itu. Sejurus sahaja ibu mertuanya melabuhkan punggung, Fawwaz kembali duduk di sebelah isterinya.
“Macam mana kerja? Lama tak datang sini.” Senyum Puan Nadhirah ramah. Tangannya ingin mengambil mangkuk berisi dumpling sup milik Haura tiba-tiba dipegang perlahan oleh Fawwaz.
”Itu untuk Haura, ibu,” tegur Fawwaz dengan nada yang sedikit tegas namun masih ada kelembutan yang terselindung. Puan Nadhirah terus terdiam sebelum perlahan-lahan menganggukkan kepalanya faham.
”Baik, ibu minta maaf,” pinta wanita itu dengan senyuman. Wajah menantunya itu ditatap lembut, tidak mahu menaikkan amarah sesiapa.
Kini Haura pula yang terdiam seribu bahasa. Semudah itu sahaja ibunya meminta maaf kepada lelaki di sebelahnya ini?
Lalu bagaimana dengan dia? Adakah dia tidak layak menerima permohonan maaf daripada ibunya sendiri walaupun wanita itu menampar dirinya tanpa alasan yang munasabah?
How unfair.
”Sayang?” Panggilan Fawwaz terus menyedarkan dia. Wajah lelaki itu terus dipandang.
“Kenapa tak makan lagi? Tak ada selera ke?” soal lelaki itu lagi, risau kerana melihat si isteri tidak mahu menjamah makanan kegemarannya itu.
Haura tidak membalas. Dia meneguk salivanya kelat sambil mencedok seisi dumpling ke dalam sudu. Dia memandang makanan itu lama. Tekaknya tiba-tiba terasa loya. Sambil memejamkan mata, dia terus menyumbat dumpling tersebut ke dalam mulutnya.
Mata Haura terus terbuka luas saat dia menikmati hidangan tersebut. Aneh. Tekaknya tidak terasa seperti ingin muntah. Lebih lagi, dumpling ini rasanya sedap!
Melihat wajah kagum isterinya, Fawwaz tersengih sambil menggelengkan kepalanya. Aduhai, Haura. Makan pun comel!
Puan Nadhirah hanya menjamu makanan tersebut dengan senyap. Dia memandang pasangan sejoli di hadapannya itu bosan. Itulah rutin mereka sekiranya mereka bersama.
Perangai Fawwaz yang peramah itu jelas sekali kontra dengan Haura yang dingin. Namun, apakan daya. Magnet berbeza kutub menarik satu sama lain, bukan?
”Waz tahu tak? Masa Waz takde, si Haura ni jatuh tangga.” Puan Nadhirah tiba-tiba membuka mulut. Haura terus memandang ibunya dengan kening yang berkerut seribu. Sejak bila pula dia jatuh tangga?
“Apa yang mama-” Belum sempat Haura menghabiskan soalannya, kaki Puan Nadhirah pantas menyepak tulang kering Haura dengan kuat membuatkan gadis malang itu mengaduh kesakitan. Mata wanita itu tajam menjeling anaknya, memberi amaran untuk mengunci mulut.
Haura terdiam. Jantungnya mulai berubah rentak. Apa pula nasibnya kali ini…
Mendengar akan berita buruk yang baru sahaja terjadi kepada isterinya, Fawwaz terus meletakkan sudunya ke tepi.
“Jatuh? Macam mana boleh jatuh?” Soal lelaki itu dengan kening yang berkerut. Belakang kepala Haura pantas dipegang, cuba untuk mencari sebarang luka.
“Kepala okey, tak? Ada terhentak kuat ke?” soalnya lagi, risau.
Haura tidak membalas. Ekoran anak matanya curi-curi memandang Puan Nadhirah, menanti satu lagi penipuan yang bakal meniti keluar daripada mulutnya itu. Wanita itu pula memandang muka cemas Fawwaz lama, seolah-olah sedang memikirkan susunan ayat seterusnya.
“Kuat. Kepala dia sampai berdarah. Doktor kata—”
“Berdarah! Habistu kenapa tak call aku?” Marahnya penuh kerisauan. Kedua telapak tangannya kemas memegang kepala Haura, melihat tempat yang ‘dikatakan’ berdarah itu.
Haura hanya mampu memejamkan matanya ketat saat Fawwaz menyentuh setiap penjuru kepalanya. Habislah mereka. Belum apa-apa lagi sudah kantoi menipu.
“Astaga, sampai berjahit bagai, sayang!”
Hah?!
Haura terus menolak tangan Fawwaz menjauhi kepalanya untuk memeriksa sendiri kepalanya yang berjahit itu. Memang benar, terdapat segaris jahitan di belakang kepalanya.
Lidah Haura kelu. Dia tidak tahu hendak mengatakan apa kerana sedari tadi dia tidak merasakan apa-apa kecacatan pada dirinya. Namun apa yang dia rasakan sekarang hanyalah sebaliknya.
“Sumpah, aku memang dah gila…” bisik Haura dengan cemas.
Melihat Haura yang masih bingung, Puan Nadhirah menggulingkan bebola matanya sebelum menyambung ayatnya yang disangkal Fawwaz sebentar tadi.
“Anyway, doktor kata Haura amnesia.” Pandangan matanya dan Haura bertentangan sebentar sebelum Puan Nadhirah mengangguk kepalanya, “yes, amnesia.”
Fawwaz terdiam. Dia memandang Haura dengan riak wajah tidak percaya. “..Sayang?”
Haura rasa seperti mahu menghantukkan kepalanya ke meja makan sekarang juga. Otaknya masih tidak mampu untuk memproses apa yang sedang berlaku. Kenapa lelaki ini terlalu mudah mempercayai ibunya itu? Seberapa lamakah sudah lelaki ini menghilang atas alasan kerja sehingga tidak tahu langsung tentang rakan baiknya itu? Haura tidak tahu!
“Sayang, kau ingat aku tak?”
Sekali lagi Puan Nadhirah menendang tulang kering Haura, menyedarkan gadis itu daripada lamunannya. Gerun dengan jelingan ibunya, Haura mengetap bibir. Perlahan-lahan dia menggelengkan kepalanya, akhirnya turut bersubahat dalam penipuan ini.
Fawwaz melepaskan keluhan resah. “Astaghfirullah…”
Baru sahaja Fawwaz ingin mengingatkan Haura, Puan Nadhirah tiba-tiba menyampuk. “Alah, Waz. Doktor kata sekejap je tu. Nanti mesti dia ingat balik Waz siapa. Bagi dia masa dulu…” kata si ibu mertua dengan senyuman manis, cuba untuk menenangkan menantunya itu.
Haura hanya diam mendengar perbualan mereka. Buat seketika, wajah Fawwaz ditatap lama. Dia tiba-tiba terfikir. Adakah hubungan Fawwaz dan Haura ini sama sepertinya dulu di kehidupan pertama? Daripada strangers kepada kawan, kepada kawan baik dan pada akhirnya berakhir di jinjang pelamin. Atau mereka hanyalah kawan?
Dia membisu lagi.
…Sebenarnya parallel universe itu apa?
Adakah ia betul-betul mengikuti makna literalnya? Jika ya, bagaimana? Ataupun ia sebenarnya satu dunia di mana ‘kita’ membuat pilihan yang tidak kita pilih di dunia asal kita?
Bagaimana jika parallel universe itu wujud untuk memperbaiki kesilapan diri kita yang lain?
Segala persoalan di benak fikiran Haura tidak mampu dia ungkapkan. Yang dia tahu, dia sudah gila. Itu merupakan satu fakta yang tidak dapat disangkal lagi.
Apabila dia melihat orang-orang di sekelilingnya sekarang, Haura menyedari betapa seramnya parallel universe ini. Dia melihat wajah yang sama, suara yang sama, namun memori yang berbeza.
Memori yang dia ada langsung tidak sama dengan mereka yang ada di dunia parallel ini. Dia terasa seperti jiwa yang tersesat. Namun, jika dengan berada di parallel universe ini boleh membuatkan Haura melihat semula orang-orang yang dia sayangi tersayang yang sudah mati, apakah salahnya?.
Dia boleh melihat Fawwaz dan mamanya semula.
Walaupun keduanya mati dengan tragis, Haura bersyukur yang Haura di dunia ini masih mempunyai mereka. Walaupun perangai ‘ibu’ sangat berbeza, syukurlah Fawwaz masih Fawwaz yang dia kenal.
Fawwaz yang mencintainya.
20022025
so, yeah. aku tak berapa
suka chapter ni
tapi halal lah.
ANDA SEDANG MEMBACA
HAURA : THE LOST ONE
Fantasi[ Congratulations. You have been reincarnated again. ] Sejak sistem itu mula menghantui Haura, hidupnya kini menjadi neraka yang terdalam yang pernah dia lalui. Dia dibunuh, ya. Dan dia juga dihidupkan kembali. Oleh siapa? Dia juga menginginkan j...
