PROLOG

237 13 7
                                    

"Sakit..." rintih satu suara sayu. Sinar di anak matanya perlahan-lahan menghilang saat menyedari bahawa inilah akhirnya.

Kematian.

Air mata sedari tadi mengalir melihat dua insan yang paling disayangi saling berpelukan. Jika bukan kerana darah yang membasahi mereka, sudah tentu ia menjadi momen yang paling membahagiakan.

"Mama..." sekali lagi suara sayunya cuba bersuara. Namun, sepi. Tubuh sang bapa yang sedang melindungi sang isteri kini kaku dengan darah yang perlahan mengalir keluar daripada perutnya. Begitu juga dengan jasad si ibu.

"Allahuakbar..." Dia hanya mampu mengucap di saat pandangan matanya terpaut dengan satu pasang mata berwarna kuning keemasan si pembunuh.

Cantik. Itu sahaja yang dia mampu fikirkan sebelum satu das tembakan dilepaskan, menghancurkan kepala si gadis.

≪•◦ ❈ ◦•≫

Haura kini berada di suatu padang, menikmati angin sepoi-sepoi bahasa yang menyapanya. Dirinya keliru kerana sedari tadi, dia masih berada di dalam sebuah pusat membeli-belah.

Jeda.

Gadis lingkungan awal 20-an itu terus menekup kedua telinganya saat bunyi tembakan kedengaran di segenap ruang mindanya. Pada saat itu, barulah Haura menyedari apa yang sudah berlaku kepada dia dan keluarganya.

Pembunuhan beramai-ramai!

Dia dan lebih ramai lagi orang awam telah menjadi mangsa pembunuhan lelaki itu. 

Lelaki bermata emas.

Haura menjadi buntu. Siapa lelaki itu dan mengapa dia melakukan jenayah yang begitu kejam? Namun, kekusutan di kepalanya serta merta hilang saat dua suara yang paling dikenalinya memanggil.

"Mama! Ayah!"sahut gadis itu lega. Kakinya pantas berlari mendapatkan syurganya yang sudah sedia menanti dengan tangan yang terbuka luas. Satu dakapan hangat melengkapi semula keluarga kecil itu.

"Kita dekat mana ni, mama? Ayah?" soal Haura keliru, pelukan mereka sedikit dilonggarkan. Wajah sayu kedua ibu bapanya itu diamati.

Sang bapa hanya mampu tersenyum nipis.Rambut lembut anaknya dielus perlahan. "Ayah minta maaf ya, sayang? Ayah gagal lindungi keluarga kita."

Haura hanya mampu menggeleng. "Ayah tak salah apa-apa pun. Ini semua takdir, ayah." Dia turut tersenyum nipis. "Tapi kenapa kita di sini? Kita betul-betul dah mati ke?" soalnya lagi namun nadanya mulai perlahan.

Kini giliran sang ibu pula mengelus kepala anaknya. Ubun-ubun kepala si gadis kecil itu dikucup lama seolah-olah itulah hari pertama permata hatinya itu dilahirkan. Buat seketika, air mata keibuannya jatuh. Cukup untuk membuktikan betapa sedihnya dia akan nasib anaknya.Melihat ibunya menangis, Haura pantas memeluk ibu tercinta.

"Janganlah nangis,ma... Kita kan masih bersama..." pujuk Haura dengan air mata yang turut mengalir. Pelukan ibunya semakin dieratkan.

Si ibu hanya mampu ketawa kecil. Air mata anaknya itu disapu perlahan dengan ibu jarinya. "Haura, sayang... Kami minta maaf, ya?"

Haura pantas melihat kedua ibu bapanya. Pakaian putih yang tersarung indah hampir membuatkan mereka baru sahaja pulang daripada tanah suci.

"Mama, kan Haura dah cakap mama dengan ayah tak ada salah apa-apa..." Sempat si gadis kecil itu pura-pura kecewa. Namun, dia terdiam saat melihat wajah serius mereka.

"Apa-apapun yang terjadi, kami akan sentiasa berada di sini, Haura," sambung sang ibu lagi sambil jari telunjuknya perlahan menyentuh dada anaknya, menunjukkan bahawa mereka ada di dalam diri si anak tercinta.

HAURA : THE LOST ONE Where stories live. Discover now