1

30 4 2
                                    

Erin menarik nafas panjang, fikirannya bercelaru

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Erin menarik nafas panjang, fikirannya bercelaru. Sejak tadi dia berusaha menahan rasa agar amarahnya tak terluah.

"Erin! Dengar tak apa mama cakap ni?" Kasar suara Datin Elna menyoal. Dagu anak tunggalnya itu dicengkam, memaksa Erin memandangnya.

"Erin dengar ma.." Perlahan Erin menjawab, suaranya terbelah. Tangannya menggenggam cadar katil. Pandangan tajamnya berbalas dengan pandangan tajam Datin Elna.

"Susah sangat ke Erin nak faham apa yang mama cakap?" Suara Datin Elna kedengaran sayu. Erin mula dihurung rasa serba salah walaupun hatinya tersimpan amarah.

"Erin faham ma tapi Erin perlukan masa. Af-" Erin cuba memberi penjelasan, namun Datin Elna merengus. Dagu Erin ditolak kasar menghalang gadis itu untuk terus berkata-kata.

"Masa! Masa! Masa! Itu saja lah alasan Rin. Tiga bulan dah mama sabar. Rin nak mama tunggu sampai bila lagi? Sampai papa muflis? Sampai papa ceraikan mama? Waktu tu ke masa Rin baru cukup!?" Datin Elna menekan.

"Rin fikir dengan Rin macam ni akan bantu apa-apa ke? Rin fikir Afham tu akan bangun balik dari dalam tanah tu ke?" Jari telunjuknya menolak kepala Erin dengan kasar.

"Ma..." Perlahan nada Erin bersuara.

"Apa? Salah ke apa mama cakap? Afham tu dah mati Rin! Tolong lah, sedar! Mama dah kata dari awal yang dia tu tak akan dapat bantu apa pun tapi Rin degil! Sekarang tengok lah apa jadi? Ada ke dia sumbang apa-apa sebelum dia mampus? Tak ada!" Datin Elna menjerit, penuh geram.

Sejak awal lagi, memang dia tidak restu hubungan antara Erin dan Afham. Namun hasil pujuk rayu Erin, dengan berat hati dia terpaksa terima demi melihat satu-satunya anak tunggalnya itu bahagia.

Sayangnya jodoh mereka tak panjang.

Datin Elna menarik nafas panjang tatkala perasan riak wajah Erin yang jelas berubah. Wajahnya bertukar redup dan lembut. Tersedar bahawa dia sudah melangkaui batas.

"Fikir lah, Rin. Rin nak ke mama dengan papa berpisah? Rin bahagia ke hidup macam ni? Mama cuma minta tolong kali ni je, Rin." Tangan anak gadisnya dicapai. Diusap lembut jari-jemari runcing itu.

"Kahwin dengan Naeem dan mama janji tak kan masuk campur dalam urusan hidup Rin lagi." Suaranya mula berubah.

Kepala Erin yang ditonjolnya tadi diusap lembut sebelum dia melangkah keluar dari bilik anak tunggalnya itu.

Sebaik saja pintu ditutup, air mata yang sejak tadi ditahan luruh membasahi pipi. Cadar yang digenggam tadi dipukul dengan geram.

Hatinya pedih, kata-kata mamanya tadi seakan menoreh luka yang masih basah. Sampai hati mama buat Erin macam ni.


Sebaik saja tiba di tanah perkuburan itu, hujan mula membasahi dedaun dan tanah, seakan turut merasakan duka yang membelenggu Erin.

Dia biarkan bajunya basah. Sekuntum mawar putih diletakkan di atas pusara itu. Dunia Erin seakan turut terhenti saat jejaka itu berhenti bernafas.

ERIN DANIELLA [OG]Where stories live. Discover now