"Hey, Rin." Bahunya yang disentuh lembut menyedarkan dia kembali ke realiti. Dia mengangkat pandang.
"Are you okay? Kenapa tiba-tiba menangis ni?" Soal Naeem dengan risau. Aiskrim masih setia dipegang.
Erin menyentuh pipinya yang basah, dia sendiri tak sedar bahawa dia sedang menangis. Lantas, wajah diusap dengan belakang tangan.
"Mana ada I nangis, ini tadi I menguap. Tunggu you lama sangat, sampai berair mata." Erin beralasan. Naeem masih tunjuk riak tak percaya. Kening sebelah diangkat.
"Betul ke, you ni?" Nadanya jelas menunjukkan bahawa dia curiga dengan tingkah Erin yang seakan menyorokkkan sesuatu.
"Iya... ish dia ni! Bagi sini aiskrim tu, nak pegang sampai bila? Cair sekejap lagi." Aiskrim coklat yang berada di tangan Naeem dirampas.
Jejaka itu tersenyum malu, lupa pula pasal aiskrim.
"You betul ke ni okay? Ada siapa-siapa kacau you ke?" Naeem mengambil tempat di sisi Erin, tempat di mana Adeyn duduk seketika tadi.
"Ya... I okay lah, jangan risau. Lagipun, you fikir ada ke berani nak kacau I?" Naeem tergelak kecil menatap Erin yang menggedikkan keningnya.
"Betul juga kan? I pun takut nak kacau you, ini pula orang lain. Tak cukup tanah dia orang lari nanti." ujarnya sedikit lega, walau jauh di sudut hati masih tersimpan kerisauan.
Erin tersenyum bangga, aiskrim coklat yang mula mencair dinikmati.
"See, you pun tahu. So, don't worry. I cuma menguap sampai tak sedar air mata mengalir. You lah lama sangat, kata sekejap. Nasib I tak tertidur tadi." Naeem dijeling sekilas.
"Sorry,I ingat service dia ok, I beratur je lah. Rupanya... hmmm malas nak cakap. Lambat betul." Bahu dijatuhkan menunjukkan bertapa hampanya dia dengan service kedai aiskrim itu tadi.
"Adeyn? Maksud kau, Qayeez Adeyn? Ex kau yang paling kacak tu?" Mata Hayra membulat, dia mendekatkan tubuh dengan meja. Erin mengangguk perlahan.
Matanya menunduk memandang cawan yang masih penuh berisi kopi. Nafas panjang dihela.
"How? I mean, macam mana dia tiba-tiba muncul lepas dah lenyap macam ditelan bumi?" Hayra masih tak percaya. Tangan disilang rapat ke dada.
Erin mengangkat bahu, "Tak tahu lah, Ra. Dia tiba-tiba duduk sebelah aku dan bila aku bagitahu nama aku, dia kata dia langsung tak kenal orang yang nama Erin. Lepas itu, dia terus pergi." terangnya.
"Kenapa kau tak tahan? Kau dari dulu macam tu." keluh Hayra, tak puas hati dengan Erin yang tak mengambil tindakan pantas.
"Aku tak tahu..." gumam Erin, fikirannya jelas bercelaru sebaik dia sedar bahawa di sisinya itu ialah Adeyn.
YOU ARE READING
ERIN DANIELLA [OG]
Romance"Rin, bagi I peluang untuk bahagia kan you." -UNGKU NAEEM ZAFRAN Tapi sayang, hatinya masih tertutup rapat. "Curiosity kills the cat, darling."-CARMINE Siapa dia? Kenapa rasa ingin tahunya tentang sosok itu sangat tinggi? "Kau tahu kan tawaran kau...