"Rin nak ke mana?" Erin berpaling memandang wajah Datin Elna yang baru keluar dari kamar tidurnya.
"Teman Hayra," ringkasnya. Malas mahu berbasa-basi. Hatinya masih terluka dengan kata-kata wanita itu tempoh hari.
"Rin mengelat dari mama?" Soalan Datin Elna membuatkan Erin genggam sisi pakaiannya.
Seminggu dia mengelat bertembung mata dengan wanita itu, nyatanya hari ini lah hari yang dia tak mahu perlu menghadapi.
Erin gelak canggung, "Apa mama mengarut ni? Mana ada."
"Susah sangat ke permintaan mama, Rin?" Nada sayu Datin Elna menyoal. Erin tahan rasa, nafas ditarik panjang.
Tak. Dia tak boleh berkasar. Itu mamanya.
"Ma, can we talk about this later? Hayra dah tunggu Rin. Rin pergi dulu eh? Sorry ma." Tanpa sempat Datin Elna membalas, kaki Erin laju melangkah ke luar rumah.
Datin Elna genggam tangan. Belakang tubuh anak tunggalnya yang semakin menghilang dari pandangan direnung.
Jauh di sudut hati dia menyimpan rasa. Bukan dia tidak sedar anak tunggalnya itu berusaha mengelak dari bertembung dengannya.
Salah ke apa yang dia cuba lakukan?
Dia hanya mahu pulihkan hubungan keluarga mereka dan demi kebaikan Erin di masa akan datang.
"Sorry lambat." Ujar Erin sebaik saja Hayra menutup pintu di bahagian penumpang. Hayra gelak kecil.
"Mana ada lambat, aku pun baru keluar." Tali pinggang keselamatan dipakai.
"Kau ok tak ni? Macam tak ada mood je. Kata nak have fun?" Wajah mendatar Erin ditatap. Ada lah tu yang tak kena.
"Aku ok je tapi kalau kau pergi seorang tak apa ke?" Hayra berkerut kening.
"Kenapa pula aku nak kena pergi seorang? Kau nak pergi mana?" soalnya.
"Aku nak tunggu dalam kereta saja. Tak nak turun." Hayra lantas silang tangan ke dada.
"Mana boleh! Kau dah janji nak teman aku kan? Tak kan aku nak masuk seorang-seorang? Dah lah mama dengan papa aku datang asing." Wajah ditarik, tidak puas hati.
"Kau gaduh dengan mama kau lagi ke?" Soalan itu membuatkan Erin menarik nafas panjang. Dia jeling Hayra sekilas yang fokus merenung dirinya sejak tadi.
Matanya kembali pada jalan, "Tak ada lah gaduh, cuma macam biasa lah. Balik-balik topik itu juga yang diungkit."
Hayra diam sejenak sebelum dia tiba-tiba saja menepuk peha Erin, "Ha! Aku tahu!"
Erin yang terkejut mula hilang fokus. Pemanduannya sedikit terganggu membuatkan dia berdecit geram.
"Kau ni! Nak mampus ke? Buatnya aku terbelok sana tadi macam mana?" Hayra senyum tunjuk gigi.
YOU ARE READING
ERIN DANIELLA [OG]
Romance"Rin, bagi I peluang untuk bahagia kan you." -UNGKU NAEEM ZAFRAN Tapi sayang, hatinya masih tertutup rapat. "Curiosity kills the cat, darling."-CARMINE Siapa dia? Kenapa rasa ingin tahunya tentang sosok itu sangat tinggi? "Kau tahu kan tawaran kau...