BAB 35

1K 122 8
                                    

"We've got to go now." Tanganku ditarik Jebat yang tiba-tiba saja menerpa ke arahku bagai baru nampak hantu tak berkepala.

"Go, where?" Dalam kaki yang melangkah laju mengikut arah tarikannya, aku menyoal hairan.

Kenapa Jebat tergesa-gesa sangat ini?

"Mama sakit."

Mungkin kerana tak berpuas hati dengan kelajuan aku, Jebat terus menunduk sebelum tubuhku disauknya. Kakinya terus diatur laju menuruni tangga seperti mahu terus terbang ke bawah.

Terjerit aku dibuatnya bila tubuh terus terawang di atas daya tahan tangannya yang mencempung kemas.

Setibanya di kereta, aku terus diturunkan. Sebaik saja pintu dibuka, aku ditolak lembut ke dalam.

"Mama sakit apa, abang?" soalku.

"Tak tahu. Tak sempat tanya."

Hampir terlopong aku mendengar jawapan itu. Tak tahu?

"Jadi macam mana abang tahu yang mama sakit?"

"Arjuna called. Mama di J.A.R."

"Oh, dah masuk hospital?" Teruk sangat ke sampai masuk ke hospital?

Aku tahulah keluarga mereka memiliki hospital itu sendiri, tapi kalau dah Jebat kelam-kabut sampai dia tekan pedal minyak berdiri, rasanya bukan biasa-biasa punya sakit.

Jebat hanya mengangguk sebagai jawapan sambil sesekali dia menyeluk poket dan memandang skrin telefon.

Melihat itu, tanganku segera mengambil telefon itu daripada tangannya.

Jebat mengerling. Tegang.

"Tengok jalan, bukan telefon. Kalau ada apa-apa mesej baru, Adara akan beritahu abang." Aku bernada tegas.

Bila Jebat menerima nasihat itu, aku terus mengeluh lega. Takut nanti mama tak dapat tengok, sudahnya, kami pula yang terlantar di katil hospital.

Setengah jam perjalanan, kami tiba di kawasan letak kereta. Tahap kelam-kabut Jebat saat kereta masuk ke dalam kotak parkir, sudah seperti tayar pun tak sempat berhenti berpusing, dia sudah melompat keluar daripada kereta dulu. Ya, itu hanya perumpamaan untuk menunjukkan betapa susah hatinya lelaki dingin itu.

Kiranya dia benar-benar peduli tentang mama. Macam mana pula dengan papa?

Tanganku digenggamnya. Seperti mahu terbang saja Jebat melangkah sekali gus menarik aku terus ke arah lif. Lif membawa kami terus ke tingkat tujuh dan aku kembali ditariknya sambil matanya melilau melihat nombor setiap bilik.

Tiba di sebuah pintu tidak bernombor, Jebat terus memulas tombolnya lalu aku ditarik masuk ke dalam. Mata mendarat pada seraut wajah mama yang sedang duduk di atas sofa.

Sofa?

Aku terus menoleh ke arah katil pula. Kosong. Seperti tak berpenghuni atau mungkin sudah dikemas.

Di sisi mama, ada papa yang sedang membaca surat khabar. Menyedari kehadiran kami, papa melipat surat khabar, lalu aku dan Jebat dipandangnya bergilir.

Aku memandang Jebat saat satu dengusan keras kedengaran dari arahnya. Wajah Jebat sudah berang. Rahangnya seperti sedang diketap garang. Matanya tajam merenung ke arah kedua orang tuanya.

"Jebat, mama tak terlibat..." Mama menggeleng dengan wajah serba salahnya.

Kejap, serba salah? Tak akanlah...

Tak sempat aku mahu mencari jawapan di sebalik suara serba salah mama, tiba-tiba tanganku ditarik sekali lagi. Kali ini Jebat menarik aku keluar untuk meninggalkan bilik itu.

NOTORIOUS : JEBAT ARRAYANWhere stories live. Discover now