7 - fried rice

18 5 34
                                    

7 - fried rice

sumber :: Pinterest

PAGI menyinari hariku, entah kenapa aku bersemangat hari ini

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

PAGI menyinari hariku, entah kenapa aku bersemangat hari ini. Aku nak buat sarapan untuk Jun.

Aku tahu aku pelik. Jun pernah buang aku, apa aku tak sakit hati? Aku akui aku sakit hati. Tetapi Jun ialah suamiku, seburuk mana pun Jun, dia tetap suamiku. Suami yang akan aku layani dengan baik, akanku menjadi tempat keluh kesah suamiku, penghibur setiap hari-harinya agar menjadi lebih indah.

Kerana aku masih isteri Jun.

Sedang aku memasak nasi goreng, tiba-tiba ada tangan yang melingkar pada pinggangku dari belakang. Aku tersentak lalu tidak sengaja memukul dahinya dengan sudip. Pak!

Jun meringis perlahan.

"July..."

"Jun, maaf!" Ah... aku kan nak jadi isteri yang baik. Aku pukul dahi berharga Jun.

Jun tidak membalas, hanya menatapku buat aku tertelan liur. Aku cuba tahan gelak melihat dahinya memerah kerana sudip. Gila, aku tak boleh ketawa.

"July, apa yang lawak?" soal Jun seraya memeluk dari belakang buat aku membahang. Apa Jun tahu bahawa aku tahan gelak?

Mampus.

"Ahaha... Jun, awak nak rasa nasi goreng yang saya buat?" Cepat-cepat aku tukar topik sambil menutup api dapur. Sungguh, posisiku sekarang tidak nyaman.

Kenapa Jun memelukku? Aku nak gerak sana sini, dia terus mengikut sambil memelukku. Jun angkat kening dengan pertanyaanku lalu membuka mulutnya tiba-tiba. Aku terkebil-kebil.

Lantas aku menyuap nasi goreng ke dalam mulut Jun.

"Sedap," puji Jun sepatah.

"Ya?" Aku cuba makan nasi gorengku.

"Uhuk! Uhuk!" Ni yang Jun kata sedap? Masin bukan main! Jun bergegas ambil segelas air seraya dihulurkan kepadaku.

Aku minum perlahan-lahan.

"Kau okey?" Aku ketap bibir.

"Kenapa awak tak jujur? Awak tahu nasi saya masin," marahku geram. Jun tatap wajahku.

"Aku makan apa saja," balas Jun bersahaja buat rasa geramku meningkat. Kenapa Jun menyebalkan pada pagi yang indah ini?

Bodoh kan aku? Nak buat sarapan untuk Jun tapi aku langsung tak pandai masak. Aku tak pandai buat apa-apa untuk Jun. Aku memandang lantai dengan perasaan kesal, rasanya aku mahu menangis sekarang. Tetapi Jun ada di sini.

Kenapa aku selalu kelihatan lemah apabila itu Jun?

"July, apa kau marah?" Jun menyoalku buat aku mengangkat kepala memandangnya.

Ya, aku marah. Aku rasa aku tak berguna langsung. Patutlah Jun membuangku.

"Nasi goreng kau paling sedap pernah aku makan," pujinya sambil menatap aku buat aku berdebar.

"Awak tipu."

"Terpulang."

Ah, Jun benar-benar menyebalkan.

Sehingga aku melihat Jun tertawa kecil melihat reaksiku buat aku terangkat kening.

Tak sia-sia aku masak nasi goreng.

____________________________________

Sy patut bykkan gula supaya diabetes ><

[ 181124 ]

HE DUMPED MEWhere stories live. Discover now