4 - after a month
Sebulan kemudian,
HARI pertama bergelar isteri orang, aku dibuang di tengah jalan. Apa ada kisah yang 'menarik' seperti ini? Aku dibuang, tanpa alasan yang keketahui. Jun tidak memberitahuku dan berhenti menghubungiku setelah mengirim pesan itu.
Aku... menunggu. Mana tahu terdetik di hati Jun untuk mencariku.
Namun, apa penantianku sia-sia?
Aku mendongak kepala, menatap langit yang menurunkan hujan deras. Tuhan, aku ingin menyampaikan soal kepadanya.
Apa dia akan mendengarkanku?
Dia jauh... terasa begitu jauh.
"Jun... apa awak benar-benar cintakan saya?" Dengan nada tersekat-sekat, bersama nafasku yang tidak teratur. Kolam mataku memanas.
Berapa banyak harus air mataku mengalir untuk Jun?
Keningku terangkat saat tidak sengaja memandang susuk tubuh yang kebasahan kerana hujan melalui tingkap. Lelaki itu tidak memakai payung, seakan menunggu seseorang untuk memayunginya. Tersentak aku saat lelaki itu angkat kepala.
Mata kami berdua bertembung.
Itu Jun!
Aku bergegas keluar dari apartment, tidak lupa payung.
Kenapa? Hatiku terus bertanya, tetapi aku tidak mendapat jawapannya. Mengapa baru sekarang?
"July..." Mengapa raut wajahnya terlihat menderita begitu?
Mataku berkaca-kaca menatapnya, sambil memayungi Jun agar tidak kebasahan hujan. Sebulan... aku tidak menemuinya. Aku tidak melihat wajahnya. Aku ingin menanyakan banyak benda, namun aku tidak tahu mengapa aku tidak dapat menyoal apa-apa.
Kerana Jun terlihat tidak berdaya.
____________________________________
Stay tunedd ! 🦋
[ 141124 ]
YOU ARE READING
HE DUMPED ME
RomanceSuamiku, Jun. Dia satu-satunya cintaku, aku sangat bahagia bahawa aku merupakan isterinya. Jun yang kucintai. "Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku." Namun, Jun membuangku. "Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak...