5 - his gaze
sumber :: Pinterest
"MENGAPA baru sekarang, Jun?"
Aku menyoal, dengan suara yang bergetar sedih. Di bawah payung bersama Jun. Jun hanya menatapku, tanpa membalas soalanku. Aku mengetap bibir.
"Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak dah buang saya!" jeritku geram. Aku... tidak pernah menyangka Jun membuangku.
Pertemuan kami diatur oleh keluarga sejak kami berdua kecil lagi. Aku sudah tahu suamiku pada masa akan datang ialah Jun, kerana keluarga kami memang mahu menjodohkan kami berdua.
Tetapi, aku tidak pernah tahu perasaan Jun. Jun hanya mengahwiniku.
Lalu membuangku.
"Kau masih isteri aku, July." Setelah lama berdiam diri, Jun membalasnya.
Tanganku yang sejuk kerana hujan, diraih Jun buat aku berasa hangat tiba-tiba. Aku tahu... Jun menyakitiku. Namun mengapa aku tetap sahaja luluh apabila Jun melakukan ini? Apa di mata Jun, aku terlihat senang dipermainkan?
Aku sedikit kesal.
"Mari pergi ke rumah kita, July."
Rumah kita.
Kukira Jun melupakanku. Kukira Jun benar-benar membuangku. Tetapi Jun kembali datang mencariku, mengajakku kembali. Aku tidak tahu apa ini tulus atau tidak. Aku tidak tahu seperti mana perasaan Jun terhadapku.
Hanya sahaja, aku masih isteri Jun.
Aku menggangguk kecil dengan ajakan Jun. Tiada guna aku merajuk lama-lama kalau aku pada akhirnya tetap luluh dengan Jun.
Semua salah Jun sebab tampan sangat.
____________________________________
Keesokan harinya,
USAI memberitahu Feby bahawa Jun datang mengambilku, aku terus meninggalkan apartment Feby. Feby kata aku boleh datang apartment bila-bila masa buat aku terharu mendengarnya.
Aku tatap Jun yang sedang memandu di sebelah. Kini aku duduk dalam kereta mahal yang pernah berhenti untuk membuangku, dan malah kembali untuk mengambilku semula. Jun pasti tahu aku tinggal dengan Feby sebab Jun banyak duit. Kerana duit, semua benda jadi mudah.
"Jun... rumah kita kat mana?" soalku.
"Masih jauh, July. Kau tidur dulu." Jun tidak mahu memberitahuku.
Bagaimana aku mahu tidur? Rasanya benar-benar canggung. Sebulan tidak bertemu, Jun seakan-akan tidak gugup. Sedangkan aku cuba ingin berbual dengannya.
Apa aku terlalu berlebihan?
Jun melirik ke arah aku yang fokus memandang pemandangan melalui tingkap kereta. Kemudian dengan sendiri mataku terpejam, kantuk menjemputku.
Kenderaan berhenti, kerana lampu isyarat bertukar merah. Jun menatapku yang tertidur, tatapan Jun bertukar lembut. Lantas Jun mengambil coat hitamnya di belakang tempat duduk lalu menyelimutiku.
"Maafkan aku, July," bisiknya lembut.
____________________________________
Jun ajak balik, July pun ikut je hahahah apa yg sy tulis 😭
[ 151124 ]
YOU ARE READING
HE DUMPED ME
Storie d'amoreSuamiku, Jun. Dia satu-satunya cintaku, aku sangat bahagia bahawa aku merupakan isterinya. Jun yang kucintai. "Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku." Namun, Jun membuangku. "Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak...