8 - a bouquet of roses
JUN seolah-olah merencanakan sesuatu. Bagaimana seseorang boleh berubah setelah sebulan tidak bertemu? Aku sedang membaca buku di ruang tamu, sambil menatap ke luar tingkap.
Sedangkan sejak kecil, Jun tidak pernah mempedulikanku. Sehingga masuk dewasa, tiba-tiba Jun melamar dengan membawa sekotak cincin. Aku ketika itu berdebar-debar kerana tidak menyangka Jun mempunyai perasaan yang sama denganku. Biasanya lelaki itu acuh tidak acuh.
Tetapi, apa Jun benar-benar mencintaiku? Aku mulai ragu-ragu dengan pernikahan ini. Aku ragu-ragu apa Jun mencintaiku.
Atau Jun hanya menjalankan tanggungjawabnya sebagai suami sahaja.
"Jun..." Perlahan aku menyebut nama suamiku.
Ding! Dong!
Terangkat keningku saat mendengar bunyi loceng rumah berbunyi. Lantas aku berhenti membaca lalu bergegas pergi ke arah pintu. Sempat aku melihat siapa yang datang melalui video, Jun?
"Assalamualaikum, July."
Memerah wajahku. Aku membuka pintu untuk Jun, saat Jun memanggil namaku, entah kenapa hatiku bergetar hebat. Bibirku bergerak-gerak mahu menjawab salam Jun.
"Waalaikumussalam, Jun."
Mataku turun menatap kedua-dua tangan Jun yang sedang memegang sejambak bunga ros merah, buat aku membahang hangat. Jun tatap tepat mataku, tidak melirik ke arah lain. Apa ros itu untukku? Kenapa? Kenapa Jun menghadiahkan ros tiba-tiba?
Ros merah. Bunga itu mengandungi maksud yang indah. Maksud yang membuat si penerima berdebar-debar.
Apa... Jun juga?
"July, apa kau suka bunga?" soal Jun berhati-hati. Aku mengangguk kecil.
"Suka. Kenapa, Jun?"
Jun tersenyum mendengarnya buat aku tergamam. Jun senyum... kenapa dengan Jun sebenarnya?
"Ada orang yang beritahu aku yang aku kena pilih bunga ni."
Dan aku pun bertanya.
"Sebab?"
"July, kau nak tahu sesuatu tak?" Jun sedang bermain-main denganku, dengan wajahnya yang mahu menggodaku. Sungguh, kenapa Jun selalu membuatku lemah begini?
"I just realized that I need you."
Aku terkelu lidah. Mata Jun menatapku, sehingga kami berdua bertentang mata. Tiba-tiba sebelah tangan Jun menggenggam tangan kananku buat aku tersentak kecil.
Apakah aku boleh menanyakannya?
"Bi... bila Jun? Sejak bila?" Ah, aku gagap.
Tanganku dibawa ke bibir Jun, mengucup lembut.
"Since I fell in love with you, July."
____________________________________
Tak lama lagi nak tamat citer ni hehe 🙈🌹
[ 201124 ]
YOU ARE READING
HE DUMPED ME
RomanceSuamiku, Jun. Dia satu-satunya cintaku, aku sangat bahagia bahawa aku merupakan isterinya. Jun yang kucintai. "Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku." Namun, Jun membuangku. "Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak...