2 - wedding pictures
"JADI kau dah tak ada tempat kembali?" Aku hanya mengangguk lemah. Sudah aku ceritakan kepada Feby yang lahir pada bulan Februari.
Feby satu-satunya kawan lamaku, dia secara kebetulan bertemu denganku yang mengenakan gaun pengantin. Aku menceritakan segalanya kepada Feby, Feby hanya mendengar dengan baik dan tidak bertanya lebih. Mungkin Feby tidak mahu aku terus memikirkan perbuatan Jun terhadapku.
Buat hatiku sakit saja memikirkan Jun.
"Aku tak nak keluarga aku tahu yang Jun buat aku macam ni. Aku tak nak mereka risaukan aku... tapi aku tak tahu bagaimana lagi, Feby. Boleh aku tinggal sini buat sementara?" pintaku penuh berharap. Keluargaku menginginkan diriku bahagia.
Jika mereka tahu Jun membuatku begini, mereka pasti akan menyerang lelaki itu. Namun aku tidak mahu itu berlaku. Mungkin kerana masih ada rasa cinta terhadap Jun, aku tidak tega melihat Jun diperlakukan buruk.
Rupanya aku masih mencintai lelaki itu setelah dia membuangku.
Apa aku bodoh?
"Kau nak tinggal sini lama-lama pun boleh, July. Aku doakan hubungan kau dan suami kau segera pulih. Kau kena kuat, okey?" Mataku berkaca-kaca mendengar itu daripada Feby. Lantas aku memeluk erat tubuh Feby, menghamburkan tangisanku.
Feby hanya membiarkan aku menangis. Menenangkanku dengan membalas pelukanku.
Kukira setelah menikah, aku akan bahagia seperti orang lain.
____________________________________
USAI aku membersihkan diri, lantas aku menggapai telefon yang telah dicas. Bawah bibir kuketap lembut.
Aku bertanya kepada hatiku, mengapa Jun membuatku sengsara begini?
Nombor lelaki itu aku tekan. Jun kata jangan menghubunginya, tetapi apa peduliku?
Beberapa minit kemudian, tiada balasan daripada Jun. Jun tidak membalas panggilanku buat aku menggigil kegeraman. Tiada pilihan lain, aku menghantar mesej kepada Jun. Menyoalnya mengapa tidak menghubungiku.
Aku tolak tepi telefonku seraya menyembamkan wajah pada bantal, menunggu jika ada bunyi notifikasi yang keluar. Apa Jun belum membacanya?
Ting!
Dengan pantas aku meraih telefonku semula dengan harapan itu Jun, namun hampa. Ternyata mesej lain yang masuk. Namun, aku tetap tekan mesej itu. Berisi beberapa gambar yang dihantar oleh sepupuku.
Kak, ni gambar tadi. Selamat pengantin baru
Mutiara jernihku jatuh tanpa sedar melihat gambar aku dan Jun sedang mengenakan pakaian pengantin. Mengambil gambar untuk mengingati momen pernikahan kami. Dalam gambar itu, aku terlihat sangat bahagia beberapa jam yang lepas.
Mengapa, Jun?
Kerana menangis, mataku ingin pejam kerana kantuk. Aku tidak mahu memikirkan Jun, hanya membuat hatiku semakin sakit. Sedang aku terlelap bersama telefon di sebelahku, ada mesej yang masuk.
Kan aku kata jangan call aku. Mulai sekarang kita ikut haluan masing-masing
____________________________________
Chap kali ni agak pjg hehe, stay tuned utk chap seterusnya ♡
[ 121124 ]
YOU ARE READING
HE DUMPED ME
عاطفيةSuamiku, Jun. Dia satu-satunya cintaku, aku sangat bahagia bahawa aku merupakan isterinya. Jun yang kucintai. "Kau boleh hidup sendiri, kan? Aku tinggalkan kau sini, jangan call aku." Namun, Jun membuangku. "Kenapa baru sekarang awak cari saya? Awak...