Bekas tentera Zakaria, dulu Sarjan Zakaria yang lebih dikenali sebagai Pak Ya, berusia 58 tahun, adalah seorang yang baik hati. Dia telah lama menduda, isterinya Kamariah meninggal dunia akibat breast cancer 4 tahun yang lalu. Anaknya seorang saja, lelaki 23 tahun, kini bekerja di KL sebagai pegawai rendah di sebuah firma kewangan. Kini Pak Ya tinggal seorang diri di kampungnya, tak jauh dari sebuah pekan yang agak besar di Negeri Sembilan.
Setiap projek yang dijalankan oleh Pak Ya, selalunya tak menguntungkan. Dia pernah membuka ladang buah naga, sekali berbuah, sekali peraih datang membeli hasilnya, semua pokok buah naganya mati kena penyakit. Sebelum tu dia membela kambing, begitu juga, kemudian lembu, kini hanya tinggal beberapa ekor saja di kandang berdekatan rumah kampungnya, rumah separuh kekal. Tanahnya dan tanah peninggalan isterinya lebar, luas dan subur, kini hanya banyak pokok buah-buahan seperti durian, rambutan dan langsat, dokong. Hasil jualan adalah sikit tapi bermusim, kini yang konsisten adalah hasil bunga kantan dan sayur-sayurannya dan juga pencennya sebagai pesara tentera.
Pak Ya memang nak beristeri lagi, tapi, dia jarang keluar dari kampung, dan tak pernah pulak bertemu dan berkenalan dengan mana mana wanita atau perempuan yang inginkan dia sebagai suami. Kalau di kampung kecil ni, tak ada yang nak. Ada rahsia di sebalik mengapa orang kampungnya itu taknak bersuamikan Pak Ya. Rahsia ni telah pun diketahui umum dan ia mengerikan para penduduk, bapa enggan menikahkan anak dara mereka dengan Pak Ya, dan Pak Ya hanya inginkan anak dara, sebab dia ingin anak zuriat lagi dia rasa dia boleh lagi untuk memberikan benih bagi melahirkan zuriat ke dunia ini
Rahsia ni dah lama diketahui orang, anunya besar! Amat besar sekali, orang kampung mengelarkan rahsia ni sebagai "anu Pak Ya nan godang/gadang" Pak Ya tidak mengetahui sebenarnya bagaimana saiz anunya diketahui orang lain. Yang merasainya adalah arwah isterinya. Dia tak pernah menduakan isterinya, dan dia paling cekap mengawal agar saiz anunya tu tidak diketahui orang, jadi dia kadang-kadang hairan bagaimana orang lain, bukan semua, mengetahui batangnya panjang dan besar lagi tebal. Mungkin masa dia dalam tentera dulu, kadang-kadang mandi di luar pakai kain basahan. Bila mandi, Pak Ya menjaga supaya tidak kelihatan oleh yang lain, tapi manalah dia tahu, susah nak sorok kemaluannya itu.
Mungkin jururawat desa di klinik desa tu yang menjaja cerita saiz batangnya tu. Ketika isterinya mengadu sakit di celah kelangkang, alat kelamin isterinya dulu sakit, tapi itu, dah sepuluh lima belas tahun yang lalu. Jururawat tu, Yam, Mariam, diberitahu oleh isterinya Kamariah tentang saiz anu gadangnya yang amat teramatlah tak masuk akal, lebih kurang sebesar lengan budak panjangnya bila keras memacak dan lebar juga ukur kelilingnya, dan kepala takok yang sebesar itu pastinya memberikan kelaian pada alat kelelakiannya itu.
Jadi Pak Ya, pasrah, berserah saja tentang nasibnya itu, adakah saiznya ini membawa kerugian kepadanya selalu, Dia merasa seolah olah 'cacat' dengan keadaan saiz anunya itu, anu nan gadang! Tapi dia redha, dah bahagian dia, mesti ada baiknya tu, kini bila dah duda, anu gadangnya itu selalu saja sendirian. Pak Ya rindu juga belaian seorang wanita.
Ini cerita Pak Ya, cerita yang simple bukan karya agung, bagaimana dia Berjaya dan bertuah kerana kecacatannya itu. Suatu hari, Pak Ya seperti biasa ke kedai kopi Hassan, rakan pencennya tapi Hasaan ni, bekas Polis.
"Eden ni nak buek rumah sewo lah. Ado duit peninggalan insuran Kamariah dulu." kata Pak Ya.
"Apo? hahahahaha!" tanya Hasan terperanjat dan diikuti tawa kuat darinya. dan yang lain sama sama ketawa.
"E...eh? kau ingat den tak buleh ko? Kali ni eden nak buktikan projek den ni akan berjayo! Kau orang tengok lah nanti, melopong kau orang nanti, bilo rumah sewo den ado ramai penyewo, dan bilo den dah berjayo !" tegas Pak Ya, sedikit kecewa dengan sindiran dan tawa sinis kawan-kawannya itu. Hanya Dollah yang tak berkata apa apa.
Walaupun Pak Ya berpendidikan rendah, tapi dia sedar kawasan keliling kampung tu dah membangun, ada sebuah akademi kosmetik dan kecantikan yang dah setahun terbina, ada ramai pelajar yang belajar di situ dan akademi itu tidak pula menyediakan tempat kediaman, hostel yang mencukupi jika pelajarnya bertambah, sudah pasti ramai pelajar yang akan mencari tempat tinggal, begitu juga dengan blok rumah kedai yang dah siap berdekatan akademi itu. Semuanya akan membangun dan bilangan penduduk akan bertambah, pasti memerlukan tempat tinggal.
Setengah tahun kemudian, maka siaplah rumah sewa Pak Wa. Dengan perbelanjaan RM200 ribu ringgit, Pak Ya telah membina dua blok 3 tingkat kondo murahnya. Pak Ya dah buat kiraan mudahnya, setiap blok mengandungi dua premis, dan tiga tingkat yang boleh menempat enam penyewa. Kalau dua blok, 12 penyewa. Setiap premis ada dua dan tiga bilik dan di tingkat bawah untuk kereta, dan ada satu premis sebilik di kedua dua blok tersebut, kesemuanya ada 14 buah premis yang menyediakan satu, dua dan tiga bilik. Kalau satu RM150-200 sebulan, Pak Ya akan goyang kaki sahaja menerima hasil setiap bulan.
.... BERSAMBUNG
YOU ARE READING
Pak Ya
General FictionNOTA : Cerita asal ada 10 bab sahaja, dan aku pernah sambung sampai ke Bab 12. Kini, aku dah berjaya sambung hingga bab 25 setakat ini, dan on going kalau aku ada masa nak menulis. .