"She's getting a bunch of friends."
Aku mendekat kepada mereka berempat. Sibuk dengan tugasan yang diberi oleh Miss Yukino. Satu-satunya guru daripada jepun di dalam kolej ini. Jazz, Irah, Imran, Noh dan Qay asyik dengan kerja mereka sehingga mereka tidak sedar dengan kehadiran aku.
"Imran, aww handsomenya kau hari ini. Bukan hari ini aje. Setiap hari kau handsome, Im. Oh, I'm in love with this monkey!".
Terhenti gerak aku. Sedar akan Irah yang asyik memandang kepada Imran. Ditongkat dagu dengan kedua tangannya. Asyik mengelamun. Nasib kanak-kanak yang lain sibuk bekerja kalau tidak, mahu kantoi. Aku baru nak syok dekat Imran tapi tak apalah. Maybe Irah dah lama crush dekat Imran.
"Kenapa kau tak pernah sedar kewujudan aku? Irah? Kenapa? Mata kau hanya pada Imran. Tolonglah, pandanglah aku."
Terus aku memandang Noh yang mencuri-curi lihat wajah Irah. Riak wajahnya masam. Menggambarkan ketidakpuasan hatinya melihat gadis pujaannya meminati lelaki lain. Aku hanya mampu tersenyum.
"Sha."
Suara Qay memanggil aku. Tersedar aku daripada lamunan. Pertama kali aku melihat Qay tersenyum melihat aku. Serentak, lima mata memanah kepadaku.
"Girl! Lamanya kau tanya Miss Yukino. Any clue macam mana nak settle kan benda alah ni?" Jazz menyelak beberapa kertas yang berada di hadapannya. Aku melabuhkan punggung bersebelahan dengannya. Dan berhadapan dengan Qay. Qay tersenyum herot melihat aku disini.
"Miss Yukino tak kata apa. Well, you know right? She's devil."
Ketawa mereka mendengar kata-kata aku.
"Tak baiklah Sha cakap prof Yukino macam tu," Irah berkata serentak menjeling Imran yang fokus kepada aku.
"Sha, senyuman kau-"
Aku menggelengkan kepala. "Guys, please jangan berfikiran kotor ye? Aku dengar setiap patah apa yang korang cakapkan." Aku berbohong. Aku tak nak jadi bergaduh disebabkan lelaki. Imran, tolong jangan pandang aku.
Jazz dan Irah terkebil. Memandang lelaki-lelaki. Mereka berpandangan dan-
"You're perverted!!!".
Kuat bergema di kafeteria kolej.
Memerah wajah lelaki-lelaki itu kecuali Qay. "Woi, apesal kau jerit macam tu? Nak satu kolej tahu ke?".
Irah memeluk tubuh. "Yang kau tengah berfikiran tak senonoh?" tajam Irah memandang Noh.
Jazz menggeleng. "Grow up, kids."
"Siapa kids kau?" Imran menjegil mata.
Aku serba-salah. Disebabkan aku mereka sebegini. Aduh Raisha! Kau buat apa lagi ni! Aku cuba mengawal riak wajahku.
"Kau bohong pun untuk apa?".
Aku memandang Qay. Kami bertentangan mata. Apa maksud kau?
"Aku tahu kau sengaja tipu diorang. Tell me, kau dengar apa daripada Imran?".
Aku menggeleng. Who are you? Kenapa kau boleh read mind aku? Bukan power kau speed ke? Apesal?
"Chill girl. I tak bermaksud nak takutkan you, Sha. Well, pernah dengar tentang double paranormal?".
Aku menggeleng lagi.
YOU ARE READING
Magik Cinta
FantasySiti Raisha sering dikeji hina oleh masyarakat kerana sifat semula jadinya. Satu kelebihan baginya yang dikurniaan oleh Tuhan. Namun, kuasanya itu membuatkan Siti Raisha tidak selesa. Dia lebih rela menjadi manusia biasa. Kehadiran Qayyim Hamzah men...