Aku hanya memandang wajah sayu Noh yang menemani aku malam ini. Kelima-lima mereka agak melindungi aku dengan drastik. Aku ketawa kecil. Mereka sungguh menyeronokkan. Syukur aku bertemu dengan mereka.
"Sha, kenapa kau ketawa?" soal Noh. Mungkin seram mendengar aku ketawa seorang diri. Aku masih lagi tersenyum. Dalam pada yang masa, aku mencuba diri sendiri agar tidak terjebak dengan pengalaman pahit Noh. Jika tidak, pasti aku akan menangis lagi.
Aku menggeleng. "Macam mana kau boleh jadi sekuat ini, Noh?".
Noh menunduk. Namun isi hatinya masih kudengari. "Kau tak tahu, dialah sumber kekuatan aku. Walaupun Irah tak nampak aku di matanya, aku tetap akan kuat demi dia. Aku akan melindunginya."
Aku menghela nafas perlahan. "Simpan rasa itu. Ingat sampai bila-bila."
Noh membiarkan dirinya tersenyum. Dan aku menjadi aman demi melihat senyuman itu. Bayangan Noh yang sedang menangis teresak terimbas di dalam kotak kepala aku. Itulah Noh saban malam. Noh-
"By the way, thanks sebab jaga aku malam ni," ucapku ikhlas. Memang benar. Aku rasa lebih selamat dengan kehadiran Noh disini. Kata-kata Kak Dhia benar-benar membuatkan Qay, Jazz, Imran, Irah dan juga Noh yang berada disini bimbang dengan aku yang masih belum discharge tadi hospital.
Noh mengawangkan tangan kanannya. "No biggie, Sha." Kemudian Noh diam. Aku pula yang hairan. Kenapa-
"Aku yang nak jaga Sha, korang semua boleh balik," kata Qay. Ketika ini mereka berada di luar wad yang meletakkan aku.
Imran menggeleng laju. Kolar baju Qay digenggam ditarik. "Kau tak ada hak. Siapa kau? Boyfriend dia?".
Irah dan Jazz saling berpandangan. Pandangan yang berat. Aku tahu kenapa.
Noh pula tersidai di tepi dinding. Wajahnya masih mencuka kerana memikirkan kata-kata aku kepadanya. Dia masih keliru. Apa yang harus dilakukan? Matanya dipanah kepada Irah yang sedang memerhatikan Imran yang bertekak dengan Qay.
"Aku? Kawan dia. Kau tak faham Im. Bagi aku jaga Sha malam ini. Aku bimbang Sha yang akan diserang malam ini," tenang Qay menjawab. Padahal dadanya sudah berombak. Aku nampak itu.
Imran berdecit sinis. "Kau? Nak jaga Sha? Kau sendiri pun Jazz kena lindung. Kau tu, lemah. Duduk tepi ajelah. Biar aku je yang jaga Sha."
Irah menarik lengan baju Imran. Mesti hati Irah pedih melihat Imran mempertahankan niatnya untuk menjaga aku. "Sudahlah tu, Im. Semua orang pandang ni. Malulah."
Qay dan Imran. Kedua mata mereka saling berpaut.
"Huh, guys? Biar aku jaga Sha malam ini. Ada benda aku nak cakap dengan dia."
"So, that's how you end up to be my guard tonight," tamat sudah babak yang bermain di layar minda Noh. Noh hanya senyum mendengar. Pasti dia sudah tahu yang aku 'menceroboh' ingatannya. Aku menunduk. Qay? Imran? Kenapa korang buat benda menjadi semakin sukar?
"Oi, Sha."
Hanya mata aku membalas tegurannya.
"Perlu ke aku ceritakan perkara yang sebenar pada Irah?" tamat sahaja kata-kata Noh, pasu bunga yang berhampiran dengan tingkap yang terbuka, jatuh ke lantai. Aku memandang sepi.
Berdiri. Noh berjalan dan mengangkat pasu bunga itu kembali ke atas meja. Malangnya bunga yang Jazz belikan khas untuk kesembuhan aku sudah berterabur di atas lantai. Tingkap ditutup dan Noh membersihkan bunga-bunga yang jatuh. "Kenapa kau tak tutup tingkap? Habis jatuh pasu bunga ni. Nasib tak pecah."
YOU ARE READING
Magik Cinta
FantasySiti Raisha sering dikeji hina oleh masyarakat kerana sifat semula jadinya. Satu kelebihan baginya yang dikurniaan oleh Tuhan. Namun, kuasanya itu membuatkan Siti Raisha tidak selesa. Dia lebih rela menjadi manusia biasa. Kehadiran Qayyim Hamzah men...