"Okay, Sha. Fokus!" aku menarik nafas dalam supaya dapat mengumpul kekuatan yang lebih untuk memenuhi misi aku pada hari ini. Walaupun tangan aku masih dicucuk jarum hospital kerana kekurangan air, ini tidak akan menghalang aku untuk mencapai aku yang aku hajati. Alang-alang Imran berlalu ke kafe untuk membelikan makanan, aku harus melakukannya tanpa diketahui oleh mereka!
Aku memejam mata. Cubaan untuk menumpukan perhatian. Selepas beberapa saat, aku dapat rasakan aura yang lain daripada lain berada di persekitaran aku. Aku dapat rasakan sekitar aku kehilangan gravitinya. Segalanya berterbangan di udara.
Aku harus fokus! Perkara ini tidak akan menghilangkan fokusku! Satu aje aku hajati.
Qay!
Mata aku tercelik semula. Aku dapat melihat daripada kaca tingkap hospital yang mata aku berwarna biru terang kesemuanya. Hilang sudah bebola mata hitam dan putih seperti manusia biasa.
Jadi, aku bukan manusia?
Itu bukan halnya sekarang, Sha! Aku kembali menumpukan tumpuan aku. Untuk menyelak lembaran masa silam Qay. Apa yang berlaku sehingga satu-persatu daripada kami menjadi serangan mangsa oleh pihak yang kami tidak ketahui.
Mata aku mencari kelibat Qay daripada segala pelusuk dunia. Dapat. Qay sedang sibuk menaip sesuatu di komputernya di rumah Jazz dan Irah. Kening aku berkerut. Apa yang dia buat disitu? Sekejap aku dapat melihat Irah dan Noh yang sudah berborak rancak. Jazz pula menghidangkan cawan kepada mereka. Kemudian kepada Qay yang masih khusyuk menaip. Aku dapat melihat sesuatu. Jazz sangat gembira dengan keadaan itu.
Siti Raisha! Fokus!
Okay, aku terbawa-bawa. Aku memfokuskan fikiran aku kembali dan masuk ke dalam minda Qay. Aku tak pernah melakukan perkara ini jadi Qay adalah orang pertama yang aku gunakan kuasaku ini ke atasnya. Bersyukurlah kau, Qay. Perkara ini bukan sikit tenaga yang dibazirkannya. Aku mula dapat merasakan peluh sudah merecik di sekitar dahi aku. Aku menggeleng perlahan.
Memori berapa tahun harus aku lihat? Mungkin lima tahun lepas? Aku meneroka dengan pantas. Tiada apa yang berlaku. Dua tahun ke hadapan? Sebelum aku masuk ke sini? Aku sedar yang aku adalah yang masih muda antara mereka. Paling muda. Walaupun begitu, mereka dikehendaki untuk mengulang satu semester. Dan aku tidak pernah berpeluang untuk bertanya kenapa.
Tiada. Kosong. Aku sudah rasa lemah. Tidak! Raisha, ini aje peluang kau! Aku menarik nafas paling dalam dan berkeputusan untuk menceroboh minda Qay setahun lepas.
"Qay, awak ni kelakarlah. Saya suka berkawan dengan awak. Awak- awak suka saya tak?".
Dapat! Terkebil aku melihat wajah ayu gadis bertudung ini. Kenapa aku rasa macam- mungkin tak. Pelanduk dua serupa mungkin. Aku melihat keadaan sekeliling. Ini rumah Jazz dan Irah. Setahun yang lepas. Tiada apa yang berubah. Aku melihat sekeliling lagi. Irah mengganggu Imran yang sedang bermain Angry Bird di telefon pintarnya sehinggakan lelaki itu menaikkan nada suaranya. Jazz pula sedang membaca sebuah novel di satu sudut. Noh sesekali menjeling perilaku Irah pada Imran sambil menaip di komputer ribanya. Manakala Qay, ditemani dengan gadis ayu tadi.
"Qay, saya suka awak. Awak dengar tak ni?".
Qay ku lihat sedang mendengus lembut namun gadis ayu itu langsung tidak menyedarinya. "Mia, aku tengah sibuk ni. Jangan kacau boleh?".
Gadis yang dinamakan Mia itu menundukkan wajahnya. Rasa sedih menyelubungi jiwa Mia. Aku dapat rasakannya. Gila! Walau sudah setahun lepas, aku masih dapat merasakannya perasaan seseorang itu walau aku tidak mengenalinya. Sama seperti kes hari itu.
"Tapi saya suka awak. Kenapa awak dingin dengan saya?".
Qay menghentikan ligat tangannya yang sedang menulis. Assignment mungkin? "Let's be honest to you, Mia. I have no feeling towards you. Beside, you are not who are meant to be beside me."
"Macam mana Qay tahu yang saya bukan the one?" menitik air matanya ke pipi. Aku berasa kasihan.
"I just know it, Mia. Stop clingy on me. Rimas."
"Awak jahat! Kejam! Saya benci awak! Benci! Benci!" gadis itu berlari ke pintu. Dihempaskan pintu rumah Jazz dan Irah sehingga mengejutkan semua orang.
Kejam! Tapi kenapa Qay yang sekarang tidak sama dengan Qay yang aku lihat sekarang? Sekejap, aku sangat keliru sekarang ini.
"Qay, you don't have to be so rude at her, you could tell her in the easier way," terang Jazz. Dia menunjukkan riak tidak puasnya pada lelaki itu.
"Let her be. Aku pun duk rimas dengan suka-suka ni," Imran kembali menatap skrin telefonnya.
"Janganlah kejam sangat. Girl, they are sensitive, you know?" Irah membela gadis itu.
Dan Noh? Dia bertindak mendiamkan dirinya. Malas mahu masuk campur memandangkan dia ada kerja yang perlu di selesaikan.
Qay mendiamkan diri. Rasa tenang tadi difikirkan selesai apabila gadis itu pergi, rupanya dia bertambah stres dengan pihak sekeliling. Dia bangun dan mengemaskan barang-barangnya. Dia bergerak ke pintu tanpa sebarang kata-kata. Ditutup perlahan pintu tidak seperti Mia menghempaskan kuat.
Mereka semua mengeluh.
Tamat. Okay, aku masih lagi keliru. Siapa gadis itu? Dimana dia sekarang? Kenapa aku tak pernah nampak dirinya berada dekat dengan mereka semua? Banyak persoalan yang menerpa fikiran aku tetapi aku masih tidak dapat memproses apa-apa.
Apa jadi pada keesokannya ya? Aku mendapat idea.
Esoknya, kelima-lima mereka berada di padang bermain futsal hanya berlima. Aku sabar menunggu. Mengambil masa dalam tiga jam disitu dan berakhir apabila mereka mahu pulang dan lepak di rumah Jazz dan Irah lagi. Kali ini tanpa Mia. Mereka membawa dua kenderaan. Satu dipandu Noh dan satu lagi Imran.
Mereka bergelak ketawa bersama. Aku tersenyum sendiri. Itu, mereka tidak berubah satu pun. Sentiasa ceria bersama. Mereka menunggu Jazz membuka pintu apabila Jazz terkial-kial mencari kunci yang sesuai dengan pintu rumahnya.
Aku berdebar. Kenapa rasa semacam ni? Aku mula rasa seram sejuk.
Jazz memulas tombol dan menolak pintu pagar. Dia meluru masuk dan menekan suis lampu dan kipas memandangkan sudah gelap diluarnya.
"ARGHHHHH!".
Aku menggigil. Jeritan Irah memeranjatkan aku ditambah lagi melihat sekujur tubuh yang bergantung di dalam rumah Jazz. Tubuh itu kaku apabila tali yang menjerut lehernya sudah menyebabkan tubuh itu tidak bernyawa lagi. Menitik darah yang turun kerana terdapat beberapa kesan torehan di tangan tubuh itu.
Aku menekup mulutku menahan loya dan terkejut aku.
Mia-
Adakah ini kesilapan yang tidak sengaja Qay lakukan?
"Sha!!!" aku melihat pintu sebelum segalanya gelap. Aku sudah kehabisan tenaga. Sudah cukup banyak aku gunakan untuk mengetahui apa yang berlaku antara mereka. Dan kini, segalanya terbongkar.
YOU ARE READING
Magik Cinta
FantasySiti Raisha sering dikeji hina oleh masyarakat kerana sifat semula jadinya. Satu kelebihan baginya yang dikurniaan oleh Tuhan. Namun, kuasanya itu membuatkan Siti Raisha tidak selesa. Dia lebih rela menjadi manusia biasa. Kehadiran Qayyim Hamzah men...