Konflik.

221 14 0
                                    

"Macam mana dengan Sha?" soalan pertama yang diajukan setelah mereka berempat tiba di ruangan menunggu. Noh berwajah kesal dan sangat berat. Menambahkan lagi kegelisahan mereka untuk mengetahui perihal Raisha.

Irah bersembunyi di belakang Jazz. Dia berasa amat malu untuk bertembung mata dengan Noh. Jazz yang mengerti keadaan sahabat baiknya itu mengusap lengan Irah, memberikan sokongan dalam bahasa isyarat supaya gadis itu boleh menempuh dengan baik.

Noh menggeleng. "Aku tak tahu. Doktor tengah check dia. Tapi-".

Imran semakin hilang sabar. Rasa risau yang amat kepada Raisha. Bimbang. "Tapi apa? Boleh tak kau terus-terang aje? Aku bukan jenis penyabar okay?!" Imran menghentak dinding hospital sehingga membeku. Penghawa dingin di hospital menambahkan lagi sejuk keadaan sekeliling apabila Imran tidak dapat mengawal haba sejuk daripada badannya.

"Man, chill out," Qay menegur. Memang, dirinya juga sudah tidak sabar untuk mengetahui apa yang berlaku kepada Raisha. Qay membuat bahasa isyarat kepadaa Irah.

Irah mengangguk. Sememangnya tugas dirinya sejak dahulu. Irah meletakkan tangannya di dinding hospital dan serta-merta keadaan menjadi normal. Mereka harus menyembunyikan kuasa yang dianugerahkan daripada umum.

Noh tidak takut dengan kemarahan Imran. "Doktor belum keluar sejak sejam yang lalu. Doktor tu, mencurigakan-".

Berkerut dahi mereka. "Mencurigakan?".

Noh menekup wajahnya dengan kedua belah tapak tangannya yang sejuk. Berada di sini sememangnya membekukan Noh, tambahan lagi Imran yang masih mengeluarkan haba sejuk daripada badannya. "Aku tak tahu macam mana nak mulakan cerita. Tetapi-".

Jazz menghidu. "Bau ni- familiar."

Irah hilang sabar. Walau apa pun, mereka bimbang dengan keselamatan Raisha. "Biar aku check," dan Irah hilang daripada situ.

"Tidak perlu, Irah. Saya sudah selesai memeriksa kawan awak."

Suara itu membuatkan Irah muncul semula. Empat pasang mata yang baru tiba memandang dengan bengis dan terkejut kerana lelaki berpakaian serba putih itu mengetahui kuasa yang ada pada Irah. Mungkin dia juga mengetahui kuasa semua orang.

"Noh, Sha nak jumpa awak," katanya kepada Noh. Noh tidak mengangkat muka, terus berlalu masuk ke dalam. Dia benar-benar bimbang doktor itu mengapa-apakan Raisha. Raisha sangat lemah untuk membela dirinya seandai ada apa-apa yang berlaku.

"Qay, Imran, Jazz dan Irah, am I right?".

Sepi. Mereka saling bertatapan untuk beberapa detik. Sehinggalah-

"Abang, kenapa ni?".

Dhia!



Kak Dhia menyuakan aku sesudu sup panas yang dibawa daripada rumah. Disisi aku kini, Jazz dan Irah sibuk memerhatikan lagakku. Tidak berkelip mata mereka memandang aku sehingga aku menjadi rimas. Kak Dhia hanya mampu ketawa.

Qay, Imran dan Noh pula memerhatikan Doktor Hakim, atau Abang Hakim, suami kepada Kak Dhia. Doktor ini sudah menjaga dan melindungi aku sejak aku dimasukkan ke sini. "Akak, sup akak ni sedap sangat! Sha rasa semakin pulih."

Gembira. Aku tahu rasa hati Kak Dhia apabila aku memuji masakannya. "Sebenarnya, ada bahan yang akak letak dalam ni. Baik untuk paranormal macam kita."

"Bahan?" Jazz mula menarik mangkuk yang dipegang Kak Dhia dan menghidu. Malu memeriksa jika ada bahan yang pelik seperti racun diletakkan di dalam.

Magik CintaWhere stories live. Discover now