Silam.

275 11 1
                                    

"Kau sepatutnya mati, Qayyim! Kau tak selayaknya hidup di atas muka bumi ini!" lelaki itu berambut kelabu putih kesemuanya menunjukkan bahawa lelaki itu seorang yang tua. Tetapi mengapa si tua ini memarahi Qay? Apa yang telah Qay lakukan?

Aku nampak Qay berwajah kesal di satu sudut. Qay? Apa yang berlaku sebenarnya ni? "Apa salah saya pakcik? Bukan saya yang bunuh anak pakcik! Anak pakcik yang-".

Belum sempat Qay hendak menghabiskan kata-katanya, pakcik tua ini sudah menyampuk dan membidas setiap perkataan yang diutarakan oleh Qay. "Sekarang kau nak salahkan anak aku pulak? Dasar pembawa malang! Kau sepatutnya mati Qayyim! Kau dan kawan-kawan kau sepatutnya mati sejak lahir lagi!".

"Kami tak buat silap apa-apa. Kenapa pakcik nak judge kami melulu tanpa mendengar perkara yang sebenar?" muncul Jazz bersebelahan dengan Qay. Pelik tetapi aku tidak endahkan. Yang utama sekarang, apa yang sedang mereka bicarakan? Mungkin sensitif kerana linangan air mata Jazz laju dipipinya.

Pakcik tua itu berdecit geran dan sinis. "Anak aku mati sebab korang! Sebab kau Qayyim!".

"Pakcik, jangan buat kesimpulan awal. Sudah suratan yang anak pakcik mati dulu," tanpa bertapis aku mendengar suara Imran menjawab. Imran masih berlagak tenang padahal dadanya sudah berombak ganas. Imran yang panas baran, tidak kena langsung dengan kuasanya yang sejuk.

Kelibat Irah menarik lengan baju Imran terlihat secara tiba-tiba. "Tak baik cakap macam tu dengan orang tua, Imran."

"Kurang ajar! Kau memang dan kena dengan aku!" lelaki separuh abad itu mengangkat sabit di tangannya. Sejak bila ada sabit pun aku tidak tahu. Yang pasti dia sudah meluru ke arah sahabat-sahabatku.

Aku cuba untuk menahan tetapi, baru aku sedar. Kehadiran aku langsung tidak disedari mereka. Tiba-tiba pakcik tadi berhenti berlari dan sabit tajamnya jatuh ke tanah. Aku terus berpaling melihat sekumpulan paranormal itu. Noh sedang menfokuskan kepada pakcik itu. Kuasa Noh sememangnya mengagumkan!

"Ta- tak guna! A- aku bersumpah aku akan bunuh korang! Ka- kau tunggu!".

"Ahhhh!" aku bangun daripada pembaringan. Suara nyaring pakcik tua itu mengejutkan aku dari mimpi yang tidak dikenal pasti. Dan ini bukan sebarang mimpi, ini adalah salah satu memori sahabat-sahabat aku. Aku mengusap wajahku yang berpeluh.

"Sha-".

Aku terjerit kecil. Terkejut dengan sapaan tiba-tiba itu. Dadaku turun naik berombak kuat. Aku menghela nafas lega. Cuma ada Qay berada di sisi aku. Wajahnya tampak bimbang. "Kau okay? Muka kau pucat."

Aku menggeleng. "Aku tak tahu aku okay ke tak."

Qay menghulurkan segelas air. Memang daripada malam tadi tugas Qay hanya memberikan aku segelas air ke apa? Aku hanya menyambut dan dengan rakus menyedut segala cecair yang ada. Haus dan penat. Walau hanya khayalan, ia memang mengambil banyak tenaga aku. Aku harus belajar cara untuk mengawal kuasa ini.

"Cuba beritahu aku? Apa yang kau nampak?".

Berkerut. "Kenapa kau guna nampak instead of mimpi?" dia tahu ke apa yang aku alami?

Qay mengangkat bahunya. Dia kembali bersandar di kerusi. "Entah."

Aku menunduk, tangan aku perlahan menggerakkan gelas yang berisi kosong kini. Mimpi atau memori tadi benar-benar mengganggu fikiran aku kini. Aku masih merenung kosong pada gelas itu. Apa yang sebenarnya berlaku? Adakah ini berkaitan dengan apa yang kami sedang lalui sekarang?

Magik CintaWhere stories live. Discover now