"Raisha,".
Aku mencuba sedaya upaya membuka mataku seluas mungkin. Kerap kali lenaku diganggu dengan suara yang sama. Sakit mata aku apabila cahaya menusuk ke kornea mataku. Aku menggosok perlahan. Melihat keadaan sekeliling yang putih sahaja, serta-merta aku terduduk daripada baringan.
Kini, aku bukan berada di hospital lagi. Jadi, dimana aku berada?
"Dalam hati saya."
Aku mendongak. Okay, aku berasa seram sejuk. Masakan orang yang sudah mati boleh menerpa dan bercakap dengan aku? Aku memandang sekeliling. Tiada apa yang boleh dijadikan perlindungan atau tempat untuk aku lari.
Gadis itu ketawa kecil. Mungkin gelagat aku yang ketakutan membuatkan dirinya terhibur. Padahal badan aku sudah berpeluh menahan cuak dan panik. Boleh pulak hantu gelakkan aku? Aku mengesot ke belakang.
"Raisha, janganlah takut dengan saya. Walau saya dah mati-".
Aku menelan liur. Benar, gadis ini sudah mati setahun yang lepas! Sekejap.
"Puteri Miasara Ahmad Muzammil?".
Senyum terukir di wajahnya. "Awak kenal saya, jadi kenapa awak kena larikan diri daripada saya?".
Aku terkedu. Langsung aku berdiri dan memeluk dirinya kuat. "Ke mana adik pergi? Kenapa tak bagitahu akak apa-apa tentang adik? Kalau adik tahu akak ada superpower macam ni, adik kena contact akak lebih awal!".
Mia mengelus belakang tubuhku lembut. "Kak, Mia sudah mati kak. Macam mana Mia nak bagitahu akak hal yang sebenar? Sedangkan akak dah buang masa silam akak jauh-jauh. Jadi Mia tidak mahu mengganggu kehidupan akak yang datang."
Tiba-tiba aku teringat sesuatu. Aku melepaskan pelukan dan memegang kedua lengan Mia, kuat. "Qay yang buat adik mati bunuh dirikan? I swear, I'll kill him next time," aku berdecit geram. Baru aku sedar, vision yang aku lihat semalam, sememangnya Mia.
Mia menggeleng. "Jangan kak, Qay dan mereka semua tak bersalah. Mereka diperangkap."
Kerut di dahi bertambah demi mendengar pengakuan Mia. Jika benar begitu, takkan Mia dibunuh oleh orang lain? "Siapa yang bunuh adik. Bagitahu akak, dik."
Mia diam tidak mahu membuka mulut. Aku sekali lagi memaksanya untuk membuka cerita tetapi dia masih berdegil tidak mahu mengulas apa-apa. Aku bertambah bengang demi melihat perlakuan Mia yang seolah-olah tidak mahu membela nasibnya. "Mia!".
"Akak akan tahu juga satu hari nanti. Mia nak pesan, bagitahu mereka yang bukan salah mereka. Ada orang yang bunuh Mia dan cuba menabur fitnah pada mereka. Mia akan datang, tapi dalam mimpi kakak seorang sahaja, memandang kuasa kita hampir sama." Mia ketawa. Ya, Mia juga berparanormal sepertiku. Jika aku dapat membaca minda orang, melihat masa lepas mereka, Mia juga mampu mendengar isi hati orang lain juga melihat masa hadapan. Untuk itu, aku menyedari sesuatu.
"Mia tahu yang Mia akan mati setahun lepas?".
Muram. Mia menggeleng. "Seseorang cuba menarik kuasa adik daripada adik. Dia dapat tapi bukan sepenuhnya sebelum membunuh Mia."
Aku angguk. Kerana itu Mia masih boleh menggunakan kuasanya sedikit. "Betul ke Mia dah mati?".
Mia mengangguk sayu. "Roh Mia tak aman. Sebab asyik terfikir keselamatan Qay dan yang lain. Bila tahu yang akak pun terlibat sama, Mia cuba menghubungi akak secepat mungkin. Tetapi segalanya terlambat."
Aku senyum dan menangis. Kemudian menggeleng. Kedua tangan aku mengusap kedua belah pipi Mia. "Terima kasih sayang. Akak dapat lepaskan rindu pada Mia."
YOU ARE READING
Magik Cinta
FantasySiti Raisha sering dikeji hina oleh masyarakat kerana sifat semula jadinya. Satu kelebihan baginya yang dikurniaan oleh Tuhan. Namun, kuasanya itu membuatkan Siti Raisha tidak selesa. Dia lebih rela menjadi manusia biasa. Kehadiran Qayyim Hamzah men...