"You are failed."
Imran berdecit geram. Suasana jadi sejuk seketika. "Aku pergi kejap je bukan lama pun. Damn." Imran bersandar geram pada dinding. Serasa ini dibekukan Qay dihadapannya kini. Dia terleka di kafe kerana menemui sahabat lamanya semasa di zaman sekolah. Sehingga terlupa yang Raisha berada di bawah jagaannya.
Qay menggeleng kesal. Menyesal memberikan tugas menjaga Raisha kepada Imran. Lelaki yang tidak boleh diharap.
"Relaks, Sha okay aje. Dia cuma terlebih guna tenaga aje. Sleep is the only cure for her now," Hakim senyum manis kepada mereka. Dhia sudah menceritakan apa yang sudah berlaku. Ini mungkin disebabkan kuasa Sha. Something is happened here, getus hati kecilnya. Hakim mengemaskan peralatannya dan meminta diri untuk beredar. Sudah terbiasa dengan isterinya yang juga paranormal, Hakim tidak kekok untuk melayan mereka.
Irah mengusap kepala Sha. Dia senyum kecil. Sungguh gadis yang terbaring lesu ini sangat bermakna kepada mereka semua.
Noh memandang Qay. Baru sekejap tadi Qay mengadu yang kepalanya berasa amat sakit. "Kepala kau dah okay?".
Angguk. "Aku tak tahu apa sebab dia tapi aku ada feeling yang sakit ni datang dari Sha."
Jazz menyampuk. Rasa geram sedikit bermukim di jiwa. "Apa? Macam mana?".
Qay angkat bahu. Dia sendiri tidak tahu tetapi dia ada perasaan yang kuat dengan teorinya.
Imran mendengus lagi. Panas barannya tidak akan hilang daripada dirinya.
"We just have to wait till she is awake."
"Korang, kena- kenapa- ini- bukan salah-".
Mereka saling berpandangan. Mereka meluru mendekati katil yang menempatkan Raisha. Sudah seminggu dan Raisha menjadi semakin tidak sihat berada di sini. Baru sekejap tadi mereka mahu melawat Raisha walau Qay mengadu yang kepalanya berasa amat sakit. Terserempak dengan Imran yang baru keluar daripada kafe, mereka beriringan ke wad Raisha. Terkejut mereka apabila beberapa jururawat bersama Hakim berada di dalam bersama Raisha yang sudah tidak sedarkan dirinya.
"Tolong- tolonglah dengar cakap aku- ini bukan salah-" dia meracau lagi dalam tidurnya. Wajahnya yang ayu berkerut sedikit menyebabkan masing-masing kerisauan. Apa yang Sha bebelkan? Qay sudah tidak sedap hati. Berdebar dadanya apabila perkataan salah kerap diulangi di bibir Sha.
"Ini- ini semua dirancang-".
Irah mengelap peluh yang berada di sekitar dahi Sha. Dia jatuh kasihan. Kepalanya memandang seorang demi seorang dengan wajah cuaknya. "Tak boleh ke kita kejut je dia? She looks like she is suffering for something."
Jazz mengangguk memberi persetujuan. Namun, suara keras Noh melarang. Dia sendiri berdebar dengan ungkapan demi ungkapan yang diseru oleh Raisha. "Biar kejap. Aku rasa tak sedap hati."
Qay awalnya setuju dengan Irah mahu mengejutkan Raisha, namun dia tidak sangka yang Noh mempunyai perasaan yang sama dengan dirinya. Debar di dada semakin laju.
"Qay- Imran- Noh- Irah- Jazz-".
Satu-satu nama mereka disebut Raisha.
"Mia- ini bukan salah korang-".
Bagaikan renjatan elektrik, rahsia yang mereka simpan antara mereka selama ini sudah diketahui oleh Raisha. Walau bukan dalam keadaan sedar, itu telah membuktikan yang Raisha sudah mengetahuinya.
"Ma- macam mana Sha boleh tahu?" menggigil, Jazz sangat takut sekarang.
Irah menggeleng laju. "She's just talking in her sleep. Mungkin dia tak sedar," menyedapkan rasa di hati padahal jantungnya rasa mahu melompat keluar daripada badannya.
Imran terkelu. Adakah Raisha akan pergi meninggalkan mereka seperti mana Mia mengambil keputusan untuk meninggalkan dunia daripada mereka? Imran tidak sanggup. Dia sangat sayangkan Raisha. Dia tidak mahu kehilangan Raisha.
"Apa yang patut kita buat?" Jazz masih dalam keadaan risau. Dirinya menggigil sehingga Qay berdiri di sebelah sambil memeluk dirinya. Teresak Jazz dalam pelukannya.
"Jangan risau, ini masalah aku. Salah aku, aku yang akan bertanggungjawab. Korang semua duduk diam-diam aje."
Noh berang. "Dah setahun Qay! Setahun! Kau tahu tak benda tu bukan salah kau sorang!".
Qay mengeluh perlahan. "Aku yang reject Mia sampai dia rasa takde guna untuk hidup. Yes, this is all my fault. Jazz, don't cry. I'll settle this thing okay?".
"Qay! Stop blaming yourself!" Imran menahan cungapannya. Debar dan marah bersatu dalam jiwa. "Just- stop blaming yourself."
Seketika mereka terdiam. Jazz sudah tenang, dia menolak sedikit tubuh Qay, malu dan seronok. Bukan dia tidak tahu, Qay sukakan Raisha, walaupun begitu, rahsia hatinya masih berada kemas dalam genggaman. Dia tidak mahu Qay tahu yang selama ini-
"Aku akan bertanggungjawab."
"QAY!!" naik tiga oktaf suara Noh. Rasa bengang masih merajai hatinya. Perkara ini sudah dibincangkan setahun lepas yang mereka akan bekerjasama memulihkan keadaan. Bukan seratus peratus salah Qay sorang. Noh tahu rasa penyesalan itu sudah berada di dalam diri Qay selama ini.
"Shut up, guys. Sha is trying to getting better. Suara korang bising," Irah tenang. Selagi Raisha tidak sedarkan diri, selagi itu dia tidak mahu membuat apa-apa kesimpulan.
Terkebil. Mereka sangat terkejut apabila Irah bertindak matang seperti itu. Jarang Irah bersikap sebegitu. Mereka memandang Irah yang masih merenung Raisha dengan rasa kasih dan sayang.
"Irah-".
"Hey, korang perasan tak?" panggil Irah.
Imran memampir lagi dekat. "Apa dia?" turut sama merenung Raisha yang kembali nyenyak dalam tidurnya.
"Raisha- wajahnya sama seperti Mia."
Diam. Tiada sahutan daripada mereka. Baru mereka perasan. Ketika Raisha tidur, wajahnya lebih menyerupai gadis yang bertindak membunuh diri setahun lepas.
"Bila kau cakap macam tu, baru aku perasan," Noh memberikan persetujuan. Mia- moga kau tenang di alam sana.
Irah mengangguk senang. "Aku sayang Mia. Dan aku sayang Sha. Aku taknak pisang berbuah dua kali. Janganlah Raisha pula yang akan meninggalkan kita. Aku taknak kehilangan sahabat baik aku sendiri, lagi. Bukan sahaja Sha, korang pun, sangat bermakna dalam hidup aku."
Masing-masing terkelu melihat air mata yang mengalir di pipi Irah. Namun segaris senyuman terukir di wajah itu.
"Aku sayang korang. Betul tak tipu."
Noh mendekat dan mengusap lembut kepala Irah. Irah mendongak dan melemparkan senyuman manis kepada Noh. Membuakkan lagi rasa sayang Noh pada gadis itu. "Kau ni, macam budak kecil je."
Irah masih senyum. Rasa debar di hati sudah hilang.
Qay dan Imran sudah tersandar lemah dekat kerusi. Penat. Jazz pula bergerak berada di katil sebelah kiri Raisha memandangkan kanan sudah ada Irah dan Noh. Jazz senyum melihat wajah polos Raisha ketika gadis itu masih lena. Digamit tangan kiri Raisha dan diletakkan di pipi. "Mia- kenapa kau pergi?".
Jazz kembali menangis. Tetapi tangisannya kini lebih teratur daripada tadi. Dia mengucup lembut tapak belakang tangan Raisha. "Mia- kau mesti datang dalam diri Raisha untuk melihat kamikan? Jangan bimbang Mia, kami sentiasa ingat kat kau." Jazz mengesat cecair di pipi sebelum menyambung senyuman dan tangisannya. "Kau, dah macam adik aku. Aku tak pernah lupakan kau, Mia."
Irah merenung wajah cantik Jazz. Sayu.
"Aku sayang kau. Jangan pernah lupa tu, Mia."
YOU ARE READING
Magik Cinta
FantasySiti Raisha sering dikeji hina oleh masyarakat kerana sifat semula jadinya. Satu kelebihan baginya yang dikurniaan oleh Tuhan. Namun, kuasanya itu membuatkan Siti Raisha tidak selesa. Dia lebih rela menjadi manusia biasa. Kehadiran Qayyim Hamzah men...