Irah.

211 11 6
                                    

Hai guys dan assalamualaikum. Maaf kerana sudah lama tidak menghapdate Magik Cinta. Sangkakan Magik Cinta tidak akan mendapat sambutan daripada korang x'D by the way thanks guys. Appreciate sangat effort korang tunggu dan setia dengan Magik Cinta. By the way again, your comment really inspired me to write on Magik Cinta again. Terima kasih sekali lagi. Here goes for you all. 

Love, Diy.

Irah hanya merenung kosong cawan yang berisi kopi panas yang sebentar tadi baru siap dibuat. Hatinya gelisah dan serba-salah. Tangannya mengusap perlahan badan cawan panas itu. Siap dengan keluhan lagi. Apa yang telah aku lakukan?

Jazz dan Imran saling berpandangan. Mereka amat bimbang dengan Irah yang tiba-tiba diam dan lebih banyak mengeluh. Jazz menyiku Qay yang khusyuk menaip tugasan baru mereka. Lelaki itu hanya membuat bahasa isyarat bertanya kenapa. Dia tidak kuasa untuk memandang Jazz, automatik dia akan terpandang juga Imran. Rasa marahnya masih ada.

Jazz berdecit. Memang memberitahu Qay memang bukan idea yang bagus. Jazz menarik perhatian Imran pula. "Im, you should talk to her."

Imran mengangguk akur. Perlahan dia mendekat pada Irah. Selalunya, Irah pasti aku teruja apabila dirinya dekat dengan gadis itu tetapi kini Irah hanya mendiamkan diri sahaja. Benar-benar pelik dengan perangai tiba-tiba Irah ini. "Oi."

Irah tersentak. Terkejut apabila melihat Imran yang duduk berdepan dengannya. Sejak bila Imran ada di sini? Irah menoleh pada Jazz dan Qay. Jazz tersenyum hambar kepadanya manakala Qay hanya memandang dirinya sekilas. "Y- Ya."

Berkerut kening Imran. "Kau okay?".

Telan liur. Kesat terasa di kerongkong. "A- aku okay. Janganlah risau."

Masih tidak terjawab persoalannya. Imran melihat ke dalam cawan di tangan Irah. Nampak wap panas yang masih terawang-awang di udara. Sejak bila Irah suka minum minuman panas? Makin hairan Imran dengan sikap pelik Irah. Tangannya memegang badan cawan itu, serta-merta tersentuh jari-jemari mulus Irah.

Irah masih diam. Jika dulu, pasti dirinya sudah teruja dan tergedik semacam apabila dirinya tersentuh tubuh milik Imran. Tetapi setelah satu jam berlalu, rasa sayang dan cinta selama ini kepada Imran sudah mati dan terkubur jauh daripada dirinya. Irah sendiri keliru.

Dengan kuasa yang Tuhan berikan, Imran mengeluarkan haba sejuk dan serta-merta air kopi di tangan Irah menjadi sejuk seperti dibekukan di dalam peti sejuk. Irah senyum tipis. "Terima kasih."

Imran menggeleng perlahan. "Kau bukanlah suka air panas."

Irah masih sepi. Kalaulah dulu kau cakap macam ni dekat aku, pasti aku akan jadi orang yang gembira sekali. Tetapi aku silap, Imran. Aku salah langkah dan salah tafsir.

Jazz memerhatikan dari jauh dengan seribu rasa di dalam dada melihat perubahan Irah. Walau jarak kedudukan mereka jauh beberapa meter, namun telinga Jazz masih dapat mendengarnya. Kerana telinga haiwan sangat sensitif. Tetapi kuasa Jazz tidaklah sekuat kuasa Raisha untuk membaca minda orang. Dia hanya mampu dengar perbualan orang sahaja.

Qay mengeluh. Dia memerlukan bantuan Noh untuk tugasan mereka ini. Malangnya Noh sedang menemani Raisha. Menjadikan Qay sangat cemburu.

Inilah masanya Irah. "Em, Imran. Aku nak tanya kau sesuatu."

Imran sandar. Dia mahu menyelesakan dirinya. Tetapi dia tetap tak selesa. Kerana ruang itu sangat panas, maka Imran membekukan kerusi yang diduduknya. Barulah selesa.

Jazz berdecit geram. Itulah kerusi kelima dalam minggu ini yang sudah menjadi mangsa beku Imran. Jazz menepuk dahinya, marah tapi ditahan. Dia tidak mahu merosakkan mod Irah dan Imran yang sedang bermula untuk berbual.

Magik CintaWhere stories live. Discover now