Berkali kali matanya memandang jam dinding yang sudah menunjukkan lagi 15 minit sebelum pukul 2 pagi. Banduan-banduan lain semua sudah melelapkan mata mereka.
Jantungnya berdegup laju sambil memikirkan rancangan Hayder petang tadi. Ace perlu bertindak secepat yang mungkin tepat pukul 2 pagi. Dia sudah hafal semua selok belok penjara ni berkat pertolongan kertas peta yang diberikan oleh Hayder.
Dia hafal semuanya dan setelah itu dia koyakkan sehingga menjadi cebisan kecil lalu dikunyah dan ditelan supaya tidak terkantoi dengan pengawal-pengawal.
"Hapuskan secepat yang mungkin selepas kau hafal selok belok dalam tu" pesan Hayder. Laju-laju Hayder memberi kertas yang sudah dilipat kecil kepada tangan Ace. Cepat-cepat Ace menyambut pemberian Hayder.
"Ingat! Malam ni. Jaga kandungan kau elok-elok." pesannya dengan suara lembut pada Ace.
Ace mengangguk tanda faham.
"Dan lagi satu, ambil ni" katanya sambil memberi sesuatu kepada Ace.
Berkerut dahi Ace.
"Aku dengar kau pandai guna benda ni." bibirnya terjungkit mengukir senyuman
" So, kali ni aku nak kau gunakan benda ni sekali lagi." kata Hayder sambil menyerahkan beberapa chopstick yang telah di asah tajam. Ace menyambut pemberian Hayder itu.
Apa yang telah berlaku pada Ace sudah menjadi bualan pengawal-pengawal di situ. Ada mangsa Ace yang masih koma dan ada yang cacat kekal dan ada juga sudah mati.
'They deserve it.'
"Tapi CCTV berada di setiap sudut. Macam mana aku nak keluar dari penjara tu?. Bilik rehat ada 26, bilik air ada 17, tempat makan ada 13, setiap laluan ada 5, bilik pengawal ada 3 dan bilik tahanan ada 2." jelas Ace
"I guess i already brought my Ace back" kata Hayder sambil mengukir senyuman bangga. Jadi selama Ace berada di sana, dia banyak memerhati walaupun pelbagai dugaan yang dia perlu tempuh namun semangatnya yang ingin keluar amatlah perlu dikagumi.
"Itu kau tak perlu risau. Karl dan Ray akan uruskan. Sekarang kau perlu bunuh setiap orang yang halang kau dari keluar dari situ. Kau tak perlu risau. Aku, Karl dan Ray akan perhatikan gerak geri kau. Kau akan jumpa aku ditempat yang aku suruh" jelas Hayder.
Ace angguk kepalanya tanda faham. Dia perlu memberi sepenuh kepercayaan kepada mereka bertiga. Ini peluang yang dia ada.
Jarum Jam sudah menunjukkan tepat pukul 2 pagi. Rambutnya sudah diikat rapi. Dia mengatur langkah keluar dari bilik penjara itu dengan berhati-hati.
Setelah itu, Ace memandang ke arah CCTV yang berada di satu sudut sambil mengukir senyuman kepada Karl dan Ray. Kepalanya jatuh sedikit memberi signal kepada mereka.
Manakala, Ray dan Karl membalas senyuman dan anggukan itu. Ace tahu yang mereka sedang perhatikannya. Bilik CCTV sudah di kawal sepenuhnya oleh Karl dan Ray. Pengawal yang bertugas di bilik itu semuanya telah ditidurkan oleh mereka. Jadi tiada masalah kalau mereka yang kawal.
Laluan 1 sehingga laluan 6 sangat mudah dilalui oleh Ace. Tiada pengawal yang bertugas di kawasan tersebut. Hanya tinggal 2 laluan sahaja lagi untuk dia berjaya keluar dari penjara itu. Gerak geri Ace sangat pantas dan cekap. Dia sudah dilatih sejak remaja. Matanya sentiasa memerhati setiap sudut.
Saat Ace tiba di laluan yang ke 7, tiba-tiba siren berbunyi sangat kuat sehingga semua pintu dan laluan ditutup secara automatik. Degupan jantung mula memainkan irama kuat.
ANDA SEDANG MEMBACA
The Poison Blood: ACE [COMPLETE]
Mystère / Thriller[TAKE THE RISK OR LOSE THE CHANCE] Satu demi satu kematian yang di hadapi oleh Ace akan menemukan Ace dengan Bunga Red Spider Lily. 'Atau lebih dikenali sebagai Bunga Kematian' Apakah kaitan bunga itu dengan dirinya. Adakah diri dia di perhatikan o...
![The Poison Blood: ACE [COMPLETE]](https://img.wattpad.com/cover/342533151-64-k663365.jpg)