"Aunty, Hareez buli Mimi," jeritku sambil cuba melarikan diri dari Hareez dengan bersembunyi di belakang mamanya. Hareez langsung sedikitpun tidak gentar.
"Aunty," rengekku manja cuba meraih perlindungan.
"Anak manja," perli Hareez dengan senyuman sinisnya. Sambil itu tangannya cuba untuk menarik tocang rambutku.
"Hareez, Cukup-cukuplah tu menyakat."
Aku menjelirkan lidah puas melihat dia dimarahi.
"Sudah-sudah. Korang berdua ini macam kucing dengan anjing. Kalau berjumpa tak pernah tak bergaduh. Mari duduk sini," Aunty Azizah mempelawa. Tangannya ligat menghiris buah mangga masak. "Nah rasa ni." Malu-malu aku menyambut buah yang telah tersedia dipotong itu.
"Manisnya aunty. Ada lagi tak dekat dapur?"
"Macam ni kau kata manis? Masamnya mama," kata Hareez sambil mengenyitkan matanya. Tahulah mata dia tu cantik. Tak payah nak tunjuk sangatlah kan.
Tidak semena-mena kepalaku terdongak ke belakang. Dia buat lagi. "Aunty! Tengok Hareez ni." Air mataku sudah mula bergenang. Tak suka! Tak suka.
"Hareez!" panggil Aunty Azizah. "Hareez, nakal kamu ya."
"Mimi tak nak kawan dengan Hareez, aunty. Hareez jahat."
"Hareez jahat? Mana ada dia jahat... tapi dia comel kan." Aunty Azizah cuba menyerkap jarang aku. Time tu umur aku baru enam tahun. Memang senanglah nak dikelentong. Suruh makan batu pun aku boleh makan kot.
"A'ah. Dia comel sikitlah," kataku selamba. Aik bukan baru tadi ke aku isytiharkan perang. Kok bisa boleh puji musuh sendiri. Keluar sudah ayat indon aku.
"Nah makan lagi mangga ni. Nanti aunty kupas yang lain."
Sambil makan aku membaca buku cerita Cinderella yang terdapat di atas pangkin itu. Mamaku datang duduk di pangkin bersama dan bersembang dengan mama Hareez. Zaman budak-budak lagi aku dan Hareez sudah menjadi teman sepermainan. Dari kecil biarpun dia suka menyakat aku, dalam masa yang sama dia tetap berada di sisiku menjagaku sentiasa.
Kami tinggal sebumbung. Family aku memang sudah sedia tinggal dengan nenek tapi keluarga Hareez baru sahaja tinggal dengan kami dua tahun lepas. Itupun sebab papanya nak bekerja di sini.
"Mama, Cinderella ini wujudkah?" tanyaku tiba-tiba.
Walaupun aku belum masuk sekolah tadika tapi aku sudah pandai membaca. Hareez pun sama. Mama kami yang ajarkan. Mamaku cakap aku cepat pick up. Apa yang diajar senang je masuk dalam kepala otak aku ni. Huhuhu.... rasa bangga sekejap. Aku dan Hareez sebaya cuma tua beberapa bulan sahaja dan dalam ramai-ramai sepupu yang aku ada, aku paling rapat dengan Hareez seorang. Sepupu-sepupuku yang lain semuanya aku tak layan. Tak tahu kenapa, no reason for that. Mereka semua yang berada di situ ketawa mendengar pertanyaan spontan yang keluar dari mulutku.
"Mimi rasa?" tanya mamaku.
Nenek sedang berjalan ke rumah jiranlah petang-petang macam ni. Memang sudah menjadi kebiasaan nenek. Dengan cara berjalan beginilah dia dapat mengeratkan hubungan silaturrahim antara teman-temannya. Kadang-kadang aku juga turut ikut sama tawaf satu kampung dengan nenek.
"Kalau Mimi ada kasut kaca, Mimilah Cinderella tu kan mama. Tapi kat mana Mimi nak cari putera raja?"
"Pergi tanya Hareez," suruh Aunty Azizah.
"Tak naklah. Mimi masih marahkan Hareez lagi. Kan tadi Mimi dah bagitahu aunty yang Mimi tak nak kawan dengan Hareez lagi," kataku bersemangat.
KAMU SEDANG MEMBACA
DIA DIHATIKU...
RomanceI’m going to find my soul partner.I wish she still remind of me and our promise….. thirteen years ago.