Mama dan papanya menyuruhnya menyesuaikan diri dengan persekitaran baru. Apa sangatlah yang dapat difahaminya saat usianya baru mahu mencecah usia enam tahun. Sekuat mana pun dia merengek untuk kembali ke rumah lama dulu, jeritannya tetap tidak diendahkan. Namun hati kanak-kanak mudah sekali dibolak balik. Baru sahaja diumpan dengan aiskrim mereka sudah boleh menerimanya. Senangnya menjadi kanak-kanak.
Foto-foto lama banyak melakarkan kenangan manis dan betapa bahagianya mereka suatu masa dahulu. Bila dilihat kembali gambar-gambar lama segera ingatan mengenai kenangan dia dan teman sepermainannya menjengah kembali. Teman sepermainan merangkap sepupunya yang paling rapat dan kamcing. Sudah terlalu lama mereka tidak berjumpa dan semenjak dari hari itu papa masih belum lagi menunaikan janjinya. Bukan tidak menunaikan janji tapi keadaan tidak membenarkan.
Bila dikira-kira kembali sudah lebih dari sepuluh tahun mereka tidak pulang ke kampung semenjak kali terakhir mereka pulang ke kampung sewaktu dia di tingkatan tiga. Papa benar-benar bekerja keras demi kami sekeluarga. Pasti budak perempuan di dalam gambar ini juga telah menjadi seorang gadis yang cantik dan mungkin juga ada peminat yang sedang menunggunya. 'Awak tunggu saya tau!'
Aku sekarang pun sudah berusia sembilan belas tahun begitu juga dengannya. Semenjak aku bersekolah asrama, jadi hanya mama dan papa sahaja yang pulang berjumpa dengan nenek. Cuti papa tak sama dengan aku yang masih menuntut. Aku dapat khabar yang Mimi sambung belajar di Matrikulasi Labuan sedangkan aku di Matrikulasi Perak. Jarak juga menghalang kepada pertemuan kami. Apa-apapun kami sama-sama berjaya. That's was great.
Oh ya, mak ngah aku sekarang sudah beranak tiga beerti dia punya adik tak macam aku. Masih lagi menjadi anak tunggal kepada pasangan bahagia Puan Azizah dan Encik Othman.
Semenjak masing-masing menginjak usia remaja, jurang diantara mereka semakin besar tanpa mereka sendiri sedari. Kalau setakat selisih bahu masa di rumah nenek, mereka lebih selesa bertukar-tukar senyuman. Tiada siapa yang mengetahui rahsia di hati ini. Tapi kini zaman-zaman remaja itu kian jauh meninggalkan mereka. Pastinya banyak yang telah berubah dan banyak juga yang dia tidak mengetahui. Mereka sedang menginjak menjadi seorang dewasa. Tiada siapa yang perasan betapa cepatnya masa berlalu.
'Kenapalah aku tiada adik?' Gumam hatinya. 'Kalau ada adik pasti tiap-tiap hari aku tak perlu bergaduh dengan mama dan mama juga pasti tidak akan melayan aku layak anak-anak kecil.'
"Hareez, kamu tengah buat apa? Tolong mama angkatkan pakaian di jemuran,"panggil Puan Azizah. Dia sedang membuat puding roti untuk juadah minum petang nanti.
Panggilannya tiada balasan daripada anak terunanya. "Hareez, mama minta tolong dengan kamu ini." Puan Azizah meninggikan sedikit suaranya agar anak lelakinya itu bertindak cepat sikit. Kalaulah dia ada seorang anak gadis pasti ada yang sudi membantunya. Apa sangatlah yang anak teruna boleh buat. Hendak minta tolong sedikit pun liat bukan main.
"Iyalah, orang buatlah ini. Mama tu tengah buat apa," rungut Hareez. Muncungnya sudah panjang sedepa. Tidak puas hati sebab masa rehatnya diganggu. Lima hari dia bersekolah, sabtu dan ahad lah masa yang dia ada untuk bermalas-malasan. Tapi sekarang tak ada sabtu dan ahad lagi dah. Dia sedang bercuti menunggu panggilan ke university pula bagi menyambung degree.
"Berani beraninya kamu berbicara begitu dengan mama, Hareez. Mama bukannya suruh kamu telan cili atau terjun bangunan pun, cuma angkat kain di jemuran sahaja itupun kamu sudah merungut." Puan Azizah keluar melihat anaknya yang sedang mengangkat pakaian. Dalam tak mahunya buat juga. Puan Azizah tersenyum sendirian.
"Kalaulah anak mama ramai, pasti mama...." Puan Azizah sudah mula merangka-rangka ayat-ayat sedih untuk menarik minat Hareez. Dia tahu anaknya itu bukan berniat hendak melanggar suruhannya. Malah dia tidak berkecil hati sedikit pun sebab sayangnya pada anak itu bukan sedikit. Sayangnya seperti dia menyayangi nyawanya sendiri.
KAMU SEDANG MEMBACA
DIA DIHATIKU...
RomanceI’m going to find my soul partner.I wish she still remind of me and our promise….. thirteen years ago.