Pagi ini untuk yang pertama kalinya semenjak aku tinggal bersama-sama dengannya aku membuatkan dia sarapan. Kebiasaannya dia sahaja yang masakkan untuk aku. Aku membuatkan nasi goreng kampung untuknya dan aku decorate lagi nasi goreng itu dalam bentuk love. Dua hirisan tomato aku jadikan sebagai mata dan aku gunakan sos cili sebagai senyuman. Aku harap Hareez menyedari perasaanku padanya. Tak mungkin aku dulu yang meluahkan.
"Awalnya bangun," sapa Hareez dari belakang. Terperanjat aku dari lamunan sebentar tadi.
"Bila masa awak turun?" tanyaku gelabah. Kus semangat. Nasib baik tiada lemah jantung. Tangan Hareez yang mendarat di bahuku itu aku tarik dan membawanya ke meja makan.
"Hari ini saya masak special. Awak tak boleh kata tak sedap tau," kataku mengugut. Hareez mengambil sudu dan garfu yang memang sudah tersedia di atas meja itu. Aku menanti dia menyuapkan makanan yang aku masak itu tapi dia sekadar merenung ke arahku.
"Kenapa tak dijamahnya makanan itu?" tanyaku kurang sabar.
"Rumah kita ada ubat sakit perut tak? Berapa lama ek masa yang perlu diambil untuk ke klinik yang berdekatan?" tanya Hareez.
Dahiku sudah berkerut-kerut memikirkan segala soalannya yang bertubi-tubi bagaikan peluru berpandu itu. Apa kenanya dengan makanan yang aku masak. Nak suruh makan pun susah ke? "Awak ni kenapa? Banyak songeh betullah. Makan sahajalah," kataku geram.
Hareez menarik kerusinya menjauhi sedikit dariku. " Sebab saya takut nanti saya sakit perut lepas makan masakan awak ni," katanya.
"Muhammad Hareez Hakim!," aku menjerit. Tak habis-habis nak kenakan aku sahaja. Aku dah bangun dari kerusi mahu mengejarnya tapi dia lebih pantas berlari naik ke atas. Pagi itu adegan kejar mengejar berlaku lagi seperti kebiasaannya. Rasanya kami ni dah macam Tom and Jerry. Itulah kitaran hidup kami, bermula dengan kejar mengejar dan saling berperang mulut. Pantang berjumpa, ada sahaja yang digaduhkan.
"Hareez, baik kau turun ke sini," panggilku bila melihat Hareez sudah melompat-lompat di atas katil. Senyuman sinisnya itu benar-benar menyakitkan hatiku. Mahu tak mahu aku ikut naik ke atas katil dan berlakulah pula perang bantal untuk kali yang ke berapa tak pula aku kira. Buang masa, bukannya masuk dalam catatan sejarah dunia pun.
"Awak masak saya makan tak kata apa pun. Tapi bila saya masak awak memperlekehkan saya," kataku mula meluahkan perasaan. Siapa yang tak terkilan. Penat aku berjaga semalam, stay up semata-mata untuk google resipi nasi goreng kampung dan bagaimana nak masak.
Aku menjerit bila kepalaku terasa bagai diketuk dengan bantal peluk panjang. "Awak ni comellah."
"Awak cakap apa Hareez? Saya kurang dengar."
"Tiada apa-apa."
"Tipu. Jangan nak berdalih-dalih lagi. Saya dengar awak ada cakap sesuatu tadi," desakku.
"Yeah, I got you."
Aku menggeletek puas Hareez. Dari dulu lelaki itu memang akan tewas bila sampai part ni. Haha.....I spot your weakness.
"Stop Mimi. I surrender," Hareez mengangkat kedua-dua belah tangannya dan aku tersenyum puas mengenangkan kemenanganku. Kami berdua terbaring kelelahan di atas katil itu. Alangkah bahagia jika kita sentiasa bersama dengan orang yang kita sayangi dan akan lebih bahagia jika bukan kasih sayang itu hanya dirasai oleh sebelah pihak sahaja. Ya Allah, aku inginkan seorang lelaki yang aku cintai dan mencintaiku sebagai pendamping hidupku.
"Awak, jom kita keluar nak."
"Ke mana?" tanyaku. Gulp.... Aku menelan air liur. Kenapalah mata engkau terlalu bersinar Hareez. Terasa bagaikan ada arus yang mengalir dari mata itu. Segera aku mengalihkan pandangan ke arah syiling bilik, memerhati bilah-bilah kipas itu berpusing.
KAMU SEDANG MEMBACA
DIA DIHATIKU...
RomanceI’m going to find my soul partner.I wish she still remind of me and our promise….. thirteen years ago.