BAB 10

22 0 0
                                    

Aku akhirnya selamat kembali ke tanah airku. Sayangnya, pemergianku dahulu berdua tapi kini aku sendirian yang pulang ke mari. Siapa yang tak terkilan. Berat mata memandang, berat lagi bahu ini yang terpaksa memikul. Hidup ini tetap perlu diteruskan juga kerana sememangnya itulah tujuan manusia dijadikan, menjadi seorang khalifah dan sekaligus melaksanakan amar makruf nahi munkar. Bukankah itu janji yang telah kita buat dahulu. Janji yang telah kita pateri sebelum dihantar ke alam dunia.

Aku menyorong troli sendirian menuju ke balai ketibaan. Kelihatan ramai yang sedang menunggu orang yang disayangi. Mataku turut sama melilau mencari kelibat mama dan papaku. Sememangnya kepulanganku telah dimaklumkan terlebih awal.

"Mama!" panggilku. Tubuh wanita itu aku peluk erat-erat. Rindunya aku hanya Allah sahaja yang tahu.

"Maafkan mama Mimi. Mama sangkakan kau orang berdua saling mencintai," kata mama.

Air mataku terlalu kering untuk mengalir lagi. Aku sekarang mahu belajar untuk menjadi lebih tabah. "It's okay mama. Maybe we are not made to each other."

"Papa."

"Be strong, sayang."

"Sayang, maafkan mama," tubuhku diterpa oleh mama Hareez.

"Hareez kirim salam, mama," sampaiku. Sebenarnya Hakim tidak menyatakan apa-apapun sewaktu menghantarku ke lapangan terbang lewat malam semalam. Aku tahu dia terkilan dengan tindakan aku. 'Awak tunggu saya tau.'

"Maafkan mama, nak."

"Mama, yang dah lepas itu, biarlah berlalu. Mungkin Hareez dan Mimi bukan dijadikan untuk bersama. Biarlah kami kejar cita-cita kami dulu mama."

"Sudah, sudah. Jom kita pulang ke rumah dahulu. Nenek masak special untuk cucu kesayangannya."

"Really? Patutlah perut ini berbunyi sakan."

"Abang tolong tolakkan troli Mimi ni," mama meminta bantuan daripada papa.

Sebenarnya aku juga turut terkejut dengan kedatangan mama Hareez. Tak ku duga. Nampaknya hubungan kami mesti sudah tersebar di kalangan ahli keluarga. Janganlah mereka bertanya lebih-lebih, aku tak sanggup nak menjawabnya. Mujurlah hari itu majlis diadakan antara ahli keluarga sahaja, kalau tidak kesian mama dan ahli keluarga yang lain hendak menghadapinya.

Dua bulan aku meninggalkan bumi Malaysia ini, rasa rindu pula nak menjelajah. Kan bagus kalau ada Hani. Nantilah aku nak hubunginya. Untung dia tengah bercuti sekarang ini bolehlah aku ikut serta.

"Nenek dan datuk sihatkah,papa?"

"Alhamdulillah sihat. Baru dua tiga hari lepas dia orang bercakap pasal Mimi, alih-alih semalam Mimi cakap Mimi nak pulang ke mari."

"A'ah Mimi. Tapi sebenarnya apa yang berlaku Mimi?"

"Aida!"

"Okaylah Mimi. Take your time. Mama and papa always be by your side. You can share anything with us."

"Thanks mama, papa."

Aku melepaskan pandangan ke luar. Perjalanan yang sepatutnya memakan masa yang lama terasa begitu sekejap sangat. Kalau boleh aku nak ambil masa yang lebih lama lagi sebelum berhadapan dengan mereka-mereka yang menyayangi diri ini.

Dari jauh aku sudah nampak adik-adik sepupuku sedang bermain berkejar-kejaran sekaligus mengingatkan kembali zaman kanak-kanakku bersama dengan Hakim. Kami dahulu juga begitu. Bergelak ketawa, bersenda gurau, suka duka, pendek kata banyak kenangan manis kami bersama.

"Nenek, apa khabar?" tanyaku sambil menyalami tangannya.

"Baik. Mimi sihat? Hareez tak ikut balik?"

Kamu telah mencapai bab terakhir yang dipublikasikan.

⏰ Terakhir diperbarui: Aug 06, 2015 ⏰

Tambahkan cerita ini ke Perpustakaan untuk mendapatkan notifikasi saat ada bab baru!

DIA DIHATIKU...Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang