Hari ini hari pertama aku akan memulakan kelas setelah beberapa bulan duduk di rumah berehat. Cadangnya dia mahu pergi bersama-sama dengan gadis itu. Sudah beberapa hari mereka menyepi semenjak kejadian itu. Salah dia kerana lambat bertindak. Dia mahu meminta maaf dan meluahkan perasaannya pada gadis itu tapi ada sahaja halangan yang datang menjelma.
Mula-mula Abang Juhar dan sekarang Lisa pula menjadi batu penghalang dalam hubungan mereka. Mimi tak mahu rapat dengannya sebab salah faham. Bagi Mimi, Lisa dan dia punya hubungan istimewa sedangkan hakikatnya tidak sama sekali. Bukan mudah dia mahu memikat hati gadis itu. Saat dia menyedari yang mereka berkongsi perasaan yang sama bukan main lagi gembira hatinya. Dia menyukai gadis itu dari awal lagi sebelum dia mengetahui yang gadis itu sebenarnya sudah menjadi milik orang lain.
Hadirnya Lisa dalam kamus hidupnya hanya bagaikan angin lalu. Sejujurnya dia tidak pernah menjanjikan sesuatu untuk gadis itu. Dia sudah merasai betapa peritnya merasa mencintai sebelah pihak bagaikan bertepuk sebelah tangan. Hatinya juga menjerit dan terluka saat melihat gadis itu berduka. Apa lagi yang dia boleh lakukan untuk memperbaiki hubungan mereka.
'Kalaulah aku cuci gambar hari itu awal-awal lagi pasti kejadian sebegini tidak akan terjadi,' rungut hatinya. Tapi apa lagi yang tinggal. Nasi sudah menjadi bubur.
Sedikit sebanyak dia merasa terkilan kerana bingkai gambar itu adalah hadiah pertama dari seorang gadis yang pernah diterimanya tapi sekarang kini sudah tiada. Dia langsung tidak berharap perkara ini terjadi.
Ding dong! Bunyi loceng pintu.
Terdengar pintu bilik Mimi terbuka. Segera aku memakai pakaian. Aku tak mahu terlambat. Sedikit minyak wangi aku semburkan pada tubuhku. Sewaktu aku bernekad untuk mengambil kursus ini, impian aku hanyalah satu. Bagaikan takdir kami berkongsi minat yang sama. Sebenarnya aku merasakan semakin menjauh hubungan kami, namun akan ada sesuatu yang akan mendekatkan kami kembali. Terasa bagaikan kami berdua memang ditakdirkan untuk sentiasa bersama.
"Mimi, siapa yang datang tadi?" tanyaku.
Aku pergi ke dapur cuba mencari kelibatnya namun tiada. Ke biliknya juga tiada. 'Sudah pergikah dia?' tanyaku didalam hati.
Aku mengunci pintu rumah dan berjalan kaki menuju ke kampus. Terasa lemah dan tak bermaya. Sebaik sahaja sampai di sana aku sudah nampak kelibat Mimi dan Abang Juhar. Tahulah aku apa sebenarnya yang berlaku. Mahu tak mahu aku gagahkan juga langkah kakiku untuk menegur mereka. Terasa sangat-sangatlah janggal.
"Assalamualaikum Abang Juhar, awak," sapaku.
"Morning. Hari pertama pun boleh lambat?" tanya Abang Juhar. Sinis sekali pertanyaanya. Terasa tembus terus ke dasar hatiku yang paling dalam. Mimi yang berada di sebelah Abang Juhar mengalihkan pandangannya ke arah lain.
'Jijikkah dia sehingga tidak sanggup untuk memandang wajahku?'
"Jom abang tunjukkan tempat pendaftaran," pelawa Abang Juhar.
"Eh, tak apalah Mimi boleh temankan Hareez kan. Kamikan sama kursus, tak perlulah nak menyusahkan Abang Juhar." Segera aku menolak pelawaan Abang Juhar. "Mimi, jom!"
Bagaikan terpaksa Mimi hanya menuruti sahaja. "Kami pergi dahulu," pamitku.
Biarpun masih terasa kedinginan akibat pergaduhan, sekurang-kurangnya aku cuba mempertahankan hak aku. Aku tak mungkin terus berdiam diri dan melihatnya jatuh ke tangan orang lain.
"Awak kenapa tak tunggu saya tadi?" tanyaku mahu memulakan perbualan. "Nasib baik saya tak tersesat tau tadi. Kalau tak saya sudah dikira ponteng kelas pada hari pertama," tambahku lagi sekadar mahu berlawak.
"Awak pergi daftar kat sana. Saya tunggu disini," kata Mimi.
"Awak tak nak teman sayakah?"
Mimi membesarkan matanya. Tahulah aku yang jawapannya pastilah tidak. Tak sangka aku jatuh cinta dengan singa betina rupanya. "Betul tak nak temankan saya masuk ke dalam?" aku masih lagi berharap.

KAMU SEDANG MEMBACA
DIA DIHATIKU...
RomanceI’m going to find my soul partner.I wish she still remind of me and our promise….. thirteen years ago.