BAB 4

23 0 0
                                    

Sudah sebulan lebih berlalu sejak peristiwa hari itu. Rasa rindu ini membuak-buak. Betul ke rasa rindu tapi rindu pada siapa? Sejak dari semalam dia menunggu mana tahu kalau-kalau telefonnya akan berbunyi. Kalau dia tidak sudi hendak menelefon sekalipun, cukuplah sekadar menghantar mesej ringkas. Sekurang-kurangnya dia tahu bagaimana keadaan lelaki itu. Dia sengaja menghubungi mak ciknya setelah menghubungi lelaki itu. Bukan dia tidak tahu Hareez ada di rumah tidak ke mana-mana. Mak ciknya tidak akan semudah itu untuk membenarkan anak lelaki tunggalnya itu keluar sembarangan.

Sudah terlalu lama dia melihat lelaki itu dari jauh. Biarpun bukan dengan matanya sendiri, kecanggihan teknologi membantunya menunaikan hasrat hatinya. Setiap malam dia melihat lelaki itu online di facebook namun dia masih tiada kekuatan untuk bertegur sapa. Setiap malamlah bermula daripada dia pulang dari rumah nenek. Macam manalah dia tidak pernah menyedari yang lelaki itu sudah lama friend dengan dia.

Berkali-kali juga dia update status di wallnya namun lelaki itu bagaikan kayu agaknya. Biar beribu-ribu hint yang dia beri lelaki itu masih tidak menyedari. E-mel yang dihantar juga hanya dibalas sekali sekala. Satu yang ditanya satu juga yang dibalasnya.

'Sakitnya hati. Dia tak rasa apa yang aku rasakah?' detik hatinya.

Akibat sudah tidak sanggup menanggung rasa sendiri dia mengambil langkah yang lebih drastik. Dengan alasan untuk bertanyakan khabar keluarga mak ciknya dia menggagahkan diri untuk menghubungi lelaki itu. Nombor lelaki itu sudah terlalu lama tersimpan dalam memori telefon bimbitnya, malah memori akalnya juga sudah jelas dengan nombor itu. Perbualan semalam pun tiada apa yang istimewa. Bosan sebab terasa macam bercakap dengan tunggul.

'Siapalah dirinya. Nampaknya hubungan mereka telah berbaik dan mungkin telah pergi lebih jauh dari sekadar kawan biasa,' kata hatinya.

Sejak dia menjadi stalker lelaki itu, hatinya bagaikan dicarik-carik. Sakit hati melihat mereka saling mengpost-post gambar ke wall masing-masing. Kalau dia geram sangat dia tinggal komen 'x like pown.' Kalau bertepuk sebelah tangan memang tak akan berbunyi. Tapi dia sendiri tidak tahu rasa hatinya yang sebenar-benarnya.

"Begini rasanya one sided love. Ternyata luka di hati Hareez lebih teruk keadaannya." Ucapnya perlahan.

Hari itu bukan main yakin lagi yang dia paling kecewa. Tapi kini bila kena kena batang hidung dia sendiri, baru dia sedar betapa tinggi langgit itu.

" Aku yakin Hareez tak akan pernah melupai 'dia'. Aku yang tak pernah dilayannya pun sudah terasa begitu sakit. Lagi sakit jika nak dibandingkan sewaktu aku kena dump dengan Adam dahulu. Hareez, beginikah rasa sakitnya." Tangannya ditekapkan kedadanya. Rasa bagaikan hatinya dipaku-paku.

Apa yang dia tahu, sejak saat itu tidurnya langsung tidak pernah lena. Makannya juga sekadar untuk melapik perut. Mandinya juga basah tapi semuanya berubah. Tidak lagi seperti kebiasaannya. Jiwaku kacau tatkala mata kita bertembung, hatiku berdebar-debar tatkala mendengar suaramu. Jantungku bagaikan gugur dari tangkainya tatkala aku melihat senyumanmu. Aku mengharapkan saat-saat itu berulang lagi. Aku benar-benar bermaksudkannya.

Perasaan yang aku tak pernah rasa bila aku bersama dengan Adam. Dengan Adam aku macam boneka, aku tak bebas untuk jadi diri aku sendiri. Adam jenis yang suka mengongkong. Itu tak boleh, ini tak boleh. Bila aku dengan Adam aku menjadi orang lain. Kenapa baru sekarang aku perasan, dan kenapa aku tak menyedari yang Adam sedang mengubah aku menjadi orang lain. Bukannya Mimi Zahira Aisya lagi.

Dia hanya memerhati kemesraan merpati dua sejoli itu. Apalah nasibnya. Rasa tak sabar hendak menunggu kedatangan syawal. Pasti waktu itu sahaja dia dapat bertemu lagi dengan lelaki itu.

DIA DIHATIKU...Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang