BAB 6

22 0 0
                                    

Puan Azizah tidak tahu sejak bila dia terlelap tetapi sebaik sahaja bangun pagi tadi dia terus masuk ke dapur menyediakan sarapan pagi buat keluarganya. Suaminya sampai tertidur di sofa panjang yang ada dalam bilik tidur mereka. Pasti semalam suaminya tidak dapat lena. Pagi ini dia telah berjanji akan menganggap segalanya tidak pernah berlaku. Peristiwa semalam adalah mimpi ngeri sewaktu dia tidur.

Dia menjerang air di dalam cerek sebelum bergerak ke bilik tidurnya. Mujurlah semalam dia sempat menggosokkan pakaian untuk dipakai suaminya.

Pintu bilik tidur di tolak perlahan. " Abang! Bangun." Namun sebaik sahaja kepalanya menjenguk ke dalam bilik dilihat suaminya sudah tiada di atas katil. Terdengar curahan air di dalam bilik mandi. Puan Azizah menutup kembali pintu kamarnya dan bergerak pula ke bilik Hareez yang terletak bersebelahan dengan biliknya.

"Hareez, bangun sayang," kejut Puan Azizah dengan perlahan-lahan. Melihatkan anak lelakinya itu masih tidak bergerak, dia menolak-nolak sedikit tubuh anaknya itu sehinggalah Hareez bangun dan duduk tercatuk memandangnya.

Dengan keadaan yang masih terpisat-pisat baru sedar dari mamai, Hareez menutup mulutnya dari kuapan yang tak henti-henti. "Kesian anak mama, ngantuk ya?" Tanya Puan Azizah sambil mengusap kepala anaknya itu perlahan. Sama macam suaminya juga, liat nak bangun pagi. Apa gunalah jam loceng sampai dua tiga tapi akhirnya dia juga yang terpaksa mengetuk pintu bilik. Dah nak jadi suami orang anak lelakinya ini.

Hareez mengerling jam loceng yang terletak di tepi katilnya. Berkerut-kerut dahinya. Puan Azizah yang memerhati tertanya-tanya kenapa. "Awalnya mama kejut Hareez. Kenapa?"

Sambil tersenyum Puan Azizah menggeleng-gelengkan kepalanya perlahan.

"Hareez lupa ya. Mama kan nak ikut papa pergi outstation hari ini. Jom breakfast bersama."

Hareez menggaru-garu kepalanya yang tidak gatal. A'ah, mama ada beritahunya semalam. Dia terpaksa duduk di rumah memandangkan syarikat papa hanya menaja untuk tiket mama dan papanya sahaja. Malah dia sendiri telah menyetujui untuk tidak ikut bersama.

Dia yakin dia mampu untuk berdikari. Dia boleh duduk sendirian. Segera dia bingkas turun dari katil dan mencapai tuala yang tersangkut lalu masuk ke bilik air. Puan Azizah hanya memandang telatah anak lelakinya itu.

Sebelum keluar, Puan Azizah lihat ada sesuatu yang tertampal di soft board Hareez yang menarik perhatiannya. Nota berbentuk hati. Since when? Kenapa sebelum ini dia tak perasankan nota itu. 'Someone that heve been heartbroken?' Puan Azizah cuba memikirkan tentang sesuatu tapi dia tidak jumpa dengan apa yang dia cari. Hareez tak pernah memberitahu apa-apa pun padanya. Ternyata dalam diam-diam anak lelakinya itu sudah pandai bermain api cinta. Sudah pandai belajar rindu-rinduan. Lisakah, gadis itu?

'Ah, tak mungkinlah. Hareez sendiri yang mengatakan dia tiada apa-apa hubungan special melainkan sekadar kawan biasa. Sebab itulah dia berani melamar anak saudaranya itu untuk menjadi suri dalam hati anak lelakinya.' Perasaan tidak enak itu dibuang jauh-jauh. Dia yakin keputusan untuk menyatukan Hareez dan Mimi adalah keputusan yang tepat.

Hanya nama gadis itu yang muncul di benaknya sekarang ini. Namun dia cuba mengusir jauh-jauh nama itu. Dia tak pernah kenal siapa Lisa. Tapi dia kenal siapa Mimi Zahira Aisya.

"Zah! Zah!," panggil suaminya. Tergesa-gesa Puan Azizah keluar dari bilik itu dan mendapatkan suaminya yang berada di bilik sebelah.

"Ada apa bang?"

"Barang-barang dah siap packing? Tiket flight mana?" tanya Encik Othman.

" Dah. Jom turun breakfast," kata Puan Azizah sambil itu tangannya ligat memakaikan suaminya tali leher.

DIA DIHATIKU...Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang