BAB 7

18 0 0
                                    

Akhirnya apa yang aku cuba kejar kini sudah berada di hadapan mata. Aku sudah nampak anak-anak tangga yang akan membawa aku menuju ke puncak kejayaan. Aku tidak hanya akan memandangnya sebaliknya aku sudah merangka-rangka untuk mendakinya demi mengejar cita-citaku sedari kecil. Aku kini berada di negara orang jauh di perantauan. Jarak telah memisahkan aku dengan ahli-ahli keluargaku yang tercinta dan amatlah aku kasihi.

Saat kaki ini menjejak ke lapangan terbang terasa sebak menusuk ke kalbu. Air mata yang ditahan sedari tadi jatuh juga membasahi pipiku. Aku datang dengan niat untuk mengubah masa hadapanku. Bersamaku seorang kekasih hati yang aku dambakan akan menjadi pemilik tulang rusukku. Bakal imam yang akan memimpin aku ke jalan yang diredhai oleh Ilahi. Apa yang lebih menarik tentangnya adalah dia kini bergelar suamiku.

Kisah kami mungkin hampir sama sahaja dengan kisah-kisah cinta dalam novel yang aku baca sehari-harian. Tapi bezanya aku jatuh cinta dengan sepupuku sendiri. Selama ini aku pendam sahaja perasaan di hati ini. Aku malu kerana jatuh hati pada saudara sedarah dan sedaging biarpun agama menghalalkan hubungan kami. Tapi aturan Allah tiada siapa yang mengetahui. Kami disatukan juga dengan ikatan perkahwinan. Dia kini merupakan penjaga aku. Saat kedua keluarga kami memutuskan keputusan ini aku melakukan sujud syukur diatas ketentuan ilahi. Aku terima dengan hati yang terbuka. Mungkin inilah balasan kepada doa-doaku yang tak henti-henti aku minta daripadaNya siang dan malam. Berkat kesabaranku selama ini.

"Stop crying Mimi. Everyone is looking at us," pujuk Hareez sambil tangannya yang sedikit kasar itu mengesat air mataku.

Muhammad Hareez Hakim, suamiku kini. Baru seminggu kami diijabkabulkan dalam satu majlis kecil yang hanya dihadiri oleh kaum keluarga terdekat. Tiada paluan kompang apatah lagi hadiah-hadiah perkahwinan. Malah teman baikku juga tidak dijemput ke hari bahagiaku. Pihak keluarga telah bersetuju untuk melakukan majlis tertutup, cukup buat apa yang wajib sahaja. Biarpun majlis perkahwinan kami bukanlah wedding of the year tapi dapat disatukan dengan orang yang dicintai sudah cukup bermakna buatku. Tiada apa yang lebih penting dari hidup bersama dengan orang yang aku dambakan siang dan malam.

Aku sangkakan pertemuan tak dirancang sewaktu bercuti ke rumah Hani dahulu telah memusnahkan hatiku. Aku mengutuk cinta sebelah pihak akhirnya aku yang terkena sendiri. Tak sangka pula seminggu selepas itu mama khabarkan Hareez telah bersetuju dengan perkahwinan ini. Gembira hatiku bukan kepalang walaupun perasaan aku berbelah bahagi.

" Mimi,you nak makan dulu atau kita terus pergi ke apartmen yang telah diberikan papa?" tanya Hareez apabila melihat aku yang masih berdiam diri. Sedu sedan gara-gara menangis tadi masih lagi bersisa.

"It's up to you," jawabku pendek.

"Okay. Kalau macam itu kita makan dahulu. Beri sini beg awak tu."

Aku menghulurkan dua luggage besarku padanya untuk dia letakkan ke dalam trolley. Kami berjalan beriringan menuju ke arah restoran yang terletak di lapangan terbang itu. Sekali sekala aku curi-curi menjeling pandang ke arahnya.

Handsome orangnya. Kulitnya yang kuning langsat itu diserikan lagi dengan bibir yang merah bak delima. Bukan fizikalnya yang menambat hatiku tapi perilakunya itu membuatkan aku kagum. Dia telah memukau aku dengan peribadinya yang baik. Dari kecil kami menjadi teman sepermainan dia tidak pernah melukakan hatiku. Segala tindakannya menyenangkan hatiku. Aku amat yakin yang aku telah membuat keputusan yang tepat.

Bagi Hareez Hakim, sepuluh tahun dia memendam rasa dan kini gadis pujaannya berada dalam gengaman tanganku. Siapa sangka cinta one sided love dia terlaksana dengan rancangan mama dan papanya walaupun orang tuanya itu langsung tidak pernah mengetahui. Ini semua kerana jodoh yang ditentukan Allah. Akan ku cuba sedaya upaya untuk mempertahankan ikatan perkahwinan ini. Namun satu sahaja masalahnya sekarang. Aku tak tahu apa perasaannya padaku. Sampai sekarang aku masih lagi tertanya-tanya adakah dia ikhlas menikahiku? Adakah dia menerima aku kerana semata-mata untuk memenuhi permintaan keluarga atau sebenarnya dia juga berkongsi apa yang aku rasa. Alangkah bertuahnya kalau kami sama-sama saling mencintai.

DIA DIHATIKU...Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang