BAB 3

31 0 0
                                    

Perjalanan dari Perak ke Terengganu yang memakan masa hampir empat jam benar-benar memenatkan. Hareez dari tadi lagi sudah beberapa kali melelapkan mata sebab dia memang tidak berapa berminat untuk menghayati perjalanan. Lagipun apalah yang mampu menarik minat anak muda itu. Yang ada hanyalah lebuh raya dan pokok kelapa sawit yang terus-terusan menghiasi panorama sepanjang perjalanan kami.

"Biar Zah pula yang drive," pinta Puan Azizah. Sedari tadi hanya suaminya yang memandu kereta Proton Perdana hitam itu tanpa berhenti. Mereka hanya berhenti sekali dua di R&R untuk makan tengah hari dan menunaikan panggilan natural call.

Puan Azizah bukannya apa. Kesian pula. Disebabkan Hareez tinggal di asrama, rumahnya hanya tinggal dia berdua dengan suaminya. Sempatlah dia mengambil lesen kereta. Sekadar memenuhi masa senggang. Suaminya juga menggalakkan. Mudah nak bergerak kemana-mana katanya.

Radio Hot FM menjadi pilihan untuk mengurangkan rasa sunyi yang menjengah. Memandu di jalan raya bukanlah sesuatu yang boleh dibuat main-main. Nyawa penumpang sebagai taruhan.

"Tak apa. Ni dah nak sampai dah. Zah telefon mak bagi tahu yang lagi setengah jam kita akan sampai."

Puan Azizah memandang wajah suaminya. " Ingatkan nak buat surprise tadi?"

"Tukar rancangan. Mak dengan abah kan tak berapa sihat. Nanti terlebih gembira susah pula," kata Encik Othman. Pandangannya masih lagi terarah ke depan. Biarpun jalan tidak sibuk namun dia masih mengutamakan keselamatan. Dia bukannya membawa batang kayu. Ada nyawa lain bersamanya.

Puan Azizah mengangguk tanda mengerti apa yang dimaksudkan oleh suaminya itu. Kedua orang mertuanya itu sudah berusia. Jadi di usia sebegini masalah kesihatan selalu sahaja menjengah mereka. Tapi mujurlah kakak iparnya tinggal berdekatan. Sekali sekala ada jugalah mereka menjenguk kedua orang tua itu.

"Mesti mak bising lagi. Dua tahun kita tak balik kampung. Jangan katakan raya, hujung minggu lagilah tak kan."

"Bukannya abang sengaja. Kerja-kerja dekat pejabat tu tak boleh nak ditinggalkan. Lebih-lebih lagi dengan waktu sekarang ni. Projek mega tengah berlambak-lambak," rungut Encik Othman. Dia sendiri sampai tak menang tangan dibuatnya. Kadang-kadang hujung minggu pun dikacau sedangkan masa itu sudah dikhaskan hanya untuk keluarga.

Pandangan matanya masih lagi terarah ke hadapan. "Tapi tak apa kali ini kita bawa penyelamat kita. Confirm senyap punya mulut dia nanti," tambah papa. Aku perasan papa tengah usha aku melalui cermin pandang belakang kereta.

"Siapa? Hareez! Hurmmm.... Pandainya abang."

"Oiii ... jadi inilah rancangannya. Amboi mama dengan papa pakai serampang dua matalah ni," kataku dengan nada menyindir. "What so ever."

"Alah Hareez, sekali sekala tolong selamatkan nyawa mama dan papa ni," kata papa yang masih lagi khusyuk memandu.

"Iyalah Hareez," mama pula mencucuk jarum.

Risau juga. Tapi mama kan selalu juga telefon nenek di kampung. Dengar suara dan jumpa face to face mana nak sama. Pandai-pandailah. Jadi aku Muhammad Hareez Hakim kalau nak cari kerja nanti cari kerja yang dekat dengan rumah mama. Senang nak berulang alik. Kalau tak aku juga akan merasa apa yang mama rasa bila kena bebel dengan nenek.

My beloved future wife, please remember me to call my parents everyday. Bisik hati kecilku. Gatalnya. Baru habis matrikulasi dah fikir soal kahwin. Maju sungguh fikiran anak muda sekarang ni. Dah tu nanti nak bagi anak orang makan apa?

"Abang tu macam taklah kan nak bersara awal. Abang ingat lagi tak Hareez dengan Mimi, anak Aida waktu kita mula-mula dahulu nak berpindah ke Perak?" tanya Puan Azizah kepada suaminya. Entah kenapa dia rasa kasihan pula dengan mereka. Tak pasal-pasal jarak dan masa memisahkan mereka.

DIA DIHATIKU...Tempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang