Malam ini Mimi bukan main gembira lagi memandangkan kawan baiknya, Hani Mardhiah akan bermalam di rumahnya. Ini kali pertama Hani menjejakkan kaki ke rumah barunya di Terengganu. Memang sudah menjadi kebiasaan setiap kali hujung minggu tiba kawannya itu akan bermalam dirumahnya. Tapi itu dahululah sewaktu mereka masih lagi berjiran. Berjiran atau tidak persahabatan yang terjalin tak akan putus dengan semudahnya. Mereka akan bergilir-gilir bermalam di rumah masing-masing. Encik Halim dan Puan Aida sendiri tidak kisah kerana mereka tahu siapakah Hani. Rumah mereka sebelah menyebelah sahaja. Kalau buka pintu pagar nampaklah rumah si Hani ni. Budak-budak itu seringkali keluar masuk begitu sahaja sehinggakan tiada apa yang nak disegankan lagi.
Selesai sahaja makan malam, Hani sudah terjengul di muka pintu dengan pakaian tidurnya. Puan Aida malas nak melarang. Mereka pun berkawan baik sejak dari sekolah rendah lagi.
"Lambatnya kau datang, kata semalam lepas asar," rungut Mimi kepada kawan karibnya itu. Bagi Mimi, Hani itu bukan sahaja sudah dianggap sebagai kawan malah lebih dari itu. Dia tiada saudara perempuan yang lain, hanya dua orang adik lelakinya itu sahaja. Mimi sudah menganggap Hani seperti kakaknya sendiri kerana Hani lahir empat bulan awal daripadanya.
Malah jika kita perhatikan tigkah laku Hani, Hani ini kelihatan lebih matang sedikit tidak macam Mimi yang manja dan kuat merajuk. Kalau berlaku sebarang perebutan, Hani yang sering mengalah. Itulah keistimewaan sahabat baiknya itu.
"Apa khabar aunty, uncle," sapa Hani. Tangan Aunty Aida diciumnya.
"Cantik fashion kau? Fashion K-pop mana kau ciplak ni?" tanyaku sebak sahaja Hani melangkah masuk ke rumahnya.
"Choii. Kawan apa sambut kawan dia macam ni. Budaya apa kau pakai?"
"Sihat. Korang berdua ini tak ubah macam belangkas. Malam ini nak bergosip tentang apa pula?" tanya Aunty Aida. Uncle Halim yang duduk di sofa bersebelahan dengan Aunty Aida berdehem kuat. Terkulat-kulat Aunty Aida apabila pahanya dicubit.
"Ada pula cakap macam itu, kesian dekat Hani kan," bela Uncle Halim. "Minumlah air itu," pelawanya lagi sebelum kembali mengalihkan perhatiannya pada berita TV3 yang sedang ditayangkan.
Dia juga sudah malas hendak bersembang lagi apabila setiap kali dia bertanya suaminya pasti akan menjegilkan mata padanya. Ada sahaja benda yang tak kena pada suaminya itu. Akhirnya dia bergerak ke dapur untuk membasuh pinggan mangkuk yang digunakan sewaktu makan malam sebentar tadi. Ditinggalkan sahaja Hani dengan suaminya di ruang tamu itu sendirian. Lepas makan terasa malas pula hendak mengemas. Perut pun sudah kenyang, hati lagi senanglah jadinya.
Kedua-dua anak lelakinya itu pulang ke rumah mertuanya. Budak-budak itu memang rapat dengan nenek mereka, tambah pula ada juga anak iparnya yang sebaya dengan budak-budak itu. Hampir setiap minggu mereka akan ke sana dan kadang-kadang ada juga mereka bermalam disana. Rumah mertuanya tidak jauh dari rumahnya, mereka berjiran taman sahaja.
Lagipula kalau budak-budak itu ada di rumah jadi mangsa Mimi sahaja. Sekejap-sekejap boleh sakit dengan kakanya itu. Biasalah budak-budakkan nak bermanja dengan kakak mereka tapi Mimi itu garang tak bertempat. Hatinya pernah terdetik yang Mimi ini jenis tak sukakan budak-budakkah. Minta simpang malaikat empat puluh empat.
Sudahlah dia itu sahaja anak perempuan yang dia ada, tapi apa yang dilihatnya anak dara itu keras sekali hatinya. Siapalah lelaki yang bertuah yang akan memiliki anaknya itu? Siapakah lelaki itu sudah terjawab. Dia tahu anak perempuannya itu sedang kusut. Sebab itulah dia tak ragu-ragu membenarkan Hani sahabat anaknya itu bermalam di rumahnya dan mengikut keluarga kawannya itu pulang ke Ipoh keesokan harinya.
Gelas yang dipegangnya hampir sahaja terjatuh apabila terasa ada seseorang yang sedang memeluknya dari belakang. Mujurlah pegangan tangannya kuat, kalau tak melayang sebiji lagi gelasnya.
KAMU SEDANG MEMBACA
DIA DIHATIKU...
RomanceI’m going to find my soul partner.I wish she still remind of me and our promise….. thirteen years ago.