Apa yang difikirkan; perjalanan hidup ada masanya terhenti seketika untuk melihat apa yang hadir keluar masuk untuk ke destinasi seterusnya.
Memandang tempat yang telah dilewati; sisa yang pernah ditinggalkan dahulu, apa boleh dinikmatinya lagi? Atau hanya menjadi sejarah buta semata.
Mengejar waktu perjalanan semasa; gelisah terlewat ke percabangan halatuju destinasi yang lain, laluan yang berbeza bersaing dalam pelarian waktunya.
Tenang; rutin yang sama setiap hari, percaturan masa tepat mengikut direncanakan.
Riuh pelanting kerikil-kerikil kecil; lingkungan hidup tidak semudah disangkakan, perjalanan perlu diteruskan meskipun ditusuk duri ranjau kehidupan harian.
-Di dalam gerabak, 9:30 pm