Panas, kering dan jerebu
Di belenggu masalah perasaan
yang masih nampak samar-samar
langit ibarat kosong
awan lari menangis di tempat paling damai
yang tinggal hanyalah debu-debu kepiluan
ditambah resah tentang kehilangan
jika masih ada yang bertanya
jawablah tunggu dan lihatSesetengah perkara yang terbuku
biarlah disimpan sahaja
bila dapat kepastian
terlerai sudah keinginan