Setabah Bumi

180 7 0
                                    

Setabah bumi
berputar mengikut paksi
kerap memerhati bulan dan bintang yang sering dipuja

Setabah bumi
sering didengar ketawa sang jahil yang sering mencemar kecantikannya dan masih mampu memberi harapan untuk hidup

Setabah bumi
kejayaan yang dikecapi bakal membinasakan biarpun fikiran moden
namun seusianya ku lihat hijau yang rapuh sendiri

Setabah bumi
segala isi dalaman digunakan kepentingan,
biarkan saja ketandusan dan kekeringan,
malang semuanya tiada yang berkekalan

Kumpulan PuisiWhere stories live. Discover now