Lelaki Loser

104 9 0
                                    

Lelaki itu sering kelihatan di bar, mempunyai kawan-kawan bar yang ramai. Lelaki itu sering membuat jenaka tentang perkahwinannya; kenangan manis dan pahit mahupun aksi di ranjang. Setiap malam meriah dengan ketawa lelaki-lelaki yang kesepian. Mengharapkan dapat menutup kelemahan dan melupakan kesunyian setiap kali pulang ke rumah.

Di rumahnya cuma ada potret-potret penyesalan yang tergantung di setiap dinding. Sebuah peninggalan yang amat pedih dan pilu.

Kumpulan PuisiWhere stories live. Discover now