Kau biarkan diriku menanggung sepi
bersama malam yang temaram
tiada lagi lagu riang yang merawat derita kerinduan
cuma sunyi yang menemaniLagu-lagu riang dulu
kini larut di dalam kepekatan malam
mengambul-ngambul irama suram
hingga kepincangan
sumbang dan hambarIngin lagi didakap lenganmu
melepas resah dan lelah masyhadat rindu yang berebut dibelai mesrasudah kutemui cahaya
selepas mati bergelimpangan
aku dan bayangku berpalingan