Chap 1 ♚

2.8K 129 8
                                    

My Boss Mr Perfect [Krissica]
Chap 1 ♚

Jessica melangkah ke dalam pejabatnya dengan senyuman yang tak lekang di bibir. Sambil tu dia menyapa dan mengucapkan selamat pagi pada kawan kawan sepejabat dia yang dah mula membuat kerja masing masing.

"Hai you!" sapa satu suara namja yang sengaja dilunakkan.

Jessica pantas menoleh pada suara tersebut. Yap siapalah tak kenal dengan 'namja cantik' ni. Dia kawan gossip jessica. Nama dia Luhan tapi orang selalu panggil dia Lulu je disebabkan perangai dia yang ala ala gegirl tu XD *sorry Luhan*

"Hai LuLu!" balas Jessica seraya berlaga pipi dengan Luhan.

"Sica, harini boss ada pergi mana-mana tak?" tanya Luhan dengan gediknya.

"Sorry you tapi harini boss ada dekat office je tak pergi mana mana," kata Jessica. Jessica ni Personal Assistant a.k.a PA kepada boss mereka semua, iaitu Wu Yifan a.k.a Kris.

"Alaa tak best la dia ada dekat office je. Hm okay la nanti you bagi file ni dekat dia okey. I malas lah nak mengadap muka dia," kata Luhan menghulurkan file berwarna kuning emas kepada Jessica.

Jessica mengambil file itu dengan senyuman manis. "Okey you. I nak buat kerja I dulu. Byebye ~"

Selesai bertegur sapa dan bergossip dengan Lulu, Jessica meneruskan pekerjaannya. Dia harus merapikan bilik bossnya terlebih dahulu dan menyediakan kopi serta pancake blueberry kegemaran bossnya di atas meja. Sambil tu dia tersenyum sendirian bila terpandangkan potret gambar Kris yang berada di dinding bilik pejabat tu.

'Lalalalalalalala ~' lagu ice cream cake - red velvet kedengaran dari telefon bimbitnya yang menandakan ada mesej yang baru masuk. Jessica membuka laman sosial LINE, dia membuka ruangan chat group yang dibuat oleh Lulu untuk pekerja Wu Entertainment bergossip tentang boss mereka. *jahat tak diorg ni xD*

'Guyssss bos is coming!'
'Halamakk dia datang dah!'

Jessica terkejut lalu dengan segera dia berlari ke tempatnya. Kebetulan juga masa tu Kris baru tiba di situ.

"Eh boss! awalnya boss datang harini." kata Jessica menyapa Kris. Kris hanya mengendahkan Jessica lalu melangkah ke bilik pejabatnya.

Jessica mengikut Kris dari belakang. "Good Morning boss. As you wish, coffee dan pancake saya dah sediakan atas meja. Semua yang boss suruh saya buat semua dah complete."

"Alright. So, saya ada apa harini?" tanya Kris melabuhkan duduk di kerusi pejabatnya. Dia mencapai cawan coffee yang berada di atas meja.

"Nothing boss cuma nanti pukul 2 boss ada meeting. Nanti saya akan inform boss," kata Jessica.

Kris mengangguk selepas meneguk sedikit coffee yang masih panas itu. "Okey. Lagi?"

"Semalam ada seorang perempuan call. Banyak kali juga lah.." kata Jessica.

Kris yang ingin mencapai bekas pancake terbantut apabila mendengar perkataan perempuan a.k.a yeoja.

"Bape kali saya dah pesan kalau perempuan yang tak mendatangkan faedah jangan layan jangan angkat. Saya ada pesan kan?!" Kris mula berdiri dan memandang tepat muka Jessica.

Jessica menelan air liur kesat. "Ma-mana ada boss pesan. Boss jangan lah marah saya.."

Kris mengeluh perlahan. "Ergh siapa telefon?"

"Bomi."

Kris membulatkan matanya terkejut. Nafasnya tersekat apabila mendengar sebaris nama tu.

"Boss? Boss kenapa ni?" tanya Jessica pelik.

"Kenapa dia call?"

"Dia nak bagi kad ni. Kad kahwin," kata Jessica menghulurkan sekeping kad bewarna biru laut pada Kris.

Kris mengambil kad tersebut lalu membuang pandangan ke arah lain. "Oklah awak bole pergi,"

Tanpa berkata apa apa Jessica keluar dari bilik Kris. Jessica pelik kenapa Kris tiba tiba jadi macam tu.

Kris merenung kad tersebut lama. Sebaris nama meniti di bibirnya. Yoon Bomi.....

- To Be Continue -

My Boss Mr Perfect ❀ Krissica ✔Where stories live. Discover now