Jessica memimpin tangan halmeoni menuju ke biliknya. dalam diam Jessica kagum dengan halmeoni. Walaupun umurnya hampir 65 tahun tapi halmeoni masih gagah berjalan tanpa perlu menggunakan tongkat sekalipun. Muka halmeoni pun tak nampak tua sangat. Awet muda gituu ~ XD
Jessica membantu halmeoni baring di atas katil walaupun hakikatnya halmeoni boleh lakukannya sendiri. Entah kenapa Jessica jatuh sayang pada wajah keibuan halmeoni. bukan setakat halmeoni sahaja, malah omma pun sama.
"Sica.." panggil haelmoni sambil memegang tangan Jessica.
"Ne halmeoni?"
"Kumawo..." kata halmeoni sebak.
"Kenapa nak terima kasih ni, halmeoni?" hairan Jessica dengan kata kata halmeoni.
"Kumawo sebab dah bawak balik cucu halmeoni. Rumah ni dah rasa lengkap semula dengan kepulangan Kris. 3 tahun Kris bawa rajuk hati dia akhirnya dia balik juga pada kami," kata halmeoni. ditubir mata halmeoni dah berkumpul airmatanya, tunggu masa sahaja untuk gugur di pipi.
Jessica senyum tipis..Walaupun dia tak tahu menahu apa yang dah jadi tapi Jessica dapat rasa betapa dalamnya kasih sayang halmeoni pada Kris. Kris beruntung masih mempunyai keluarga yang sempurna.
"Gwenchana, halmeoni.. Kris oppa pun selalu juga cakap yang dia rindu dekat halmeoni, rindu dekat omma." kata Jessica.
"Kumawo. Jaga Kris baik baik eoh. Walaupun Kris tu dari luaran nampak kasar tapi sejujurnya hati dia lembut. Dia seorang yang penyayang dan mengambil berat. Halmeoni suka sangat tengok Jessica dengan Kris." kata halmeoni.
' sayangnya halmeoni.. semua tu lakonan jee. kehidupan sebenar kami tak macam ni ︶︿︶ ' - kata hati Jessica.
"Ne halmeoni.." kata Jessica tersenyum manis.
"Halmeoni.." panggil Jessica perlahan.
"Ne, Sica? ada apa apa yang nak bagitahu dekat halmeoni ke?" tanya halmeoni.
"Ani. cuma Sica nak minta satu permintaan boleh?" tanya Jessica perlahan. Sebak didadanya ditahan selagi mampu.
"Apa dia, sayang?" tanya Halmeoni membelai rambut blonde Jessica.
"Bole tak Sica nak anggap family ni macam family Sica sendiri? Sica dah tak ada keluarga sejak Sica umur 7 tahun.." kata Jessica sebak.
"Mestilah bole sayang.. Lagipun keluarga ni kan memang keluarga Sica juga. Sica dengan Kris kan nak kahwin nanti," kata halmeoni tersenyum manis.
"Kumawo halmeoni. halmeoni rehat laa ye. Goodnight halmeoni," kata Jessica seraya mengucup pipi halmeoni tanda kasih.
"Goodnight jessica.." kata halmeoni memandang Jessica dengan senyuman manisnya yang tak lekang di bibir.
▒█▓█▓█▓█▓█▓█▓█▓█▓█▒
Kris dan Yishan awal awal lagi dah pergi ke kandang kuda untuk melawat dan memberi makan pada kuda mereka.
"Annyeong Rourou. Bogopa ~" kata Kris pada kuda jantannya yang bewarna coklat keperangan.
"Rourou ni rindu gila dekat hyung. Hyung takde aku yang jaga dia tauu," kata Yishan membelai kuda putih miliknya, Xixuan.
"Haa ye la tu. By the way thanks la sebab jagakan rourou ni untuk aku." kata Kris.
"Takde hal la, hyung." kata Yishan tersenyum. Jujur dia rindu sangat memori lama dia dengan Kris sewaktu kecil dahulu.
"Anyway sorry sebab masa kau kahwin, aku tak balik. Hmm," kata Kris.
"Gwenchana. aku faham keadaan kau masa tu macam mana." kata Yishan tersenyum sedikit pada abangnya.
Kereta demi kereta memasuki perkarangan Teratak Angle. Kris naik pelik. Ada apa sampai ramai sangat yang datang ni?
"Weh ada apa apa ke harini sampai ramai yang datang?" tanya Kris pelik.
"Laa hyung tak tahu ke? Halmeoni nak buat majlis sikit. Nak sambut kepulangan hyung dengan Jessica." kata Yishan.
"Mwo?! Kenapa tak bagitahu awal awal? Ramai gila yang datang ni." kata Kris terkejut.
"Manalah aku tahu. Halmeoni tu dengar je hyung nak balik sini, terus dia telefon saudara mara kita yang lain nak buat majlis." kata Yishan.
"Aigoo. Jessica ni ntah dah bangun ke belum ni? Dia pun dah la tak tahu apa apa." kata Kris.
"Alaa rileklah. Majlis tu start pukul 2 nanti." kata Yishan.
"Pape je la." Kris mendail nombor telefon Jessica namun tak berangkat. Berkali kali juga dia cuba namun masih sama tak ada jawapan.
▒█▓█▓█▓█▓█▓█▓█▓█▓█▒
Jessica membuka pintu biliknya dengan malas. Dia masih mamai lagi akibat baru bangun tidur. Yeri yang tersenyum riang di hadapan pintu dipandang pelik.
"Ada apa ni, Yeri?" tanya Jessica.
"Palli siap. Semua orang dah tunggu dekat bawah." kata Yeri.
"Semua orang? Ada apa harini?" tanya Jessica pelik.
"Ohh lupa nak bagitahu semalam. Halmeoni ada buat majlis untuk sambut kepulangan Kris oppa. Sambil tu halmeoni nak kenalkan jessica pada saudara mara kita." kata Yeri.
Jessica mencerna satu per satu perkataan yang keluar dari mulut Yeri. Kemudian matanya membulat memandang muka Yeri.
"Mwo?! Semua dah ada lah ni?" tanya Jessica.
Yeri hanya mengangguk. Jessica terus menutup pintu. Omaigad!! Dia dah lambat! Mana pula lah boss ni pegi kenapa dia tak kejut aku T_T
Kedengaran pintu diketuk Yeri lagi. "Sica, you need my help?"
"Ani. Sica siap sendiri." kata Jessica tanpa membuka pintu.
"Okelah Yeri turun dulu. Cepat siap eoh semua dah tunggu tu." kata Yeri.
Jessica hanya mendengar tak membalas. Jessica terus meluru ke bilik air membersihkan diri.
- To Be Continue -
YOU ARE READING
My Boss Mr Perfect ❀ Krissica ✔
FanfictionKris berubah dan membawa rajuk hatinya selepas hubungannya dengan Bomi putus di tengah jalan. Ayahnya pula menganggap semua yang berlaku berpunca daripada Kris. Kris menguruskan syarikat peninggalan datuknya di Seoul seorang diri memandangkan syarik...