Dah selesai membeli pakaian, kasut dan keperluan Jessica, Kris membawa Jessica ke sebuah saloon kecantikan. Kris menyuruh pengurus saloon tersebut membuat perubahan pada Jessica. Lama Kris menunggu Jessica. Hampir hampir je Kris nak terlelap.
"Kris! Meet your new Jessica," kata Baekhyun mempersembahkan Jessica di hadapan cermin tinggi dan besar.
Tak berkelip mata Kris merenung setiap inci perubahan yang berlaku pada Jessica. Rambut Jessica blonde dan bewarna keperangan, kemudian Jessica disolek sedikit dengan make-up yang nipis. Walaupun hanya mengenakan make-up yang nipis, Jessica tetap nampak cantik sebab sememangnya Jessica yang neutral dah cukup cantik pada pandangan Kris. Kuku Jessica juga diwarna dengan warna merah jambu. Sungguh, perubahan yang dibuat oleh Baekhyun pada Jessica menyerlahkan lagi kejelitaan Jessica yang selama ini tersembunyi oleh kaca mata besar Jessica...
"Kris?" panggil Baekhyun beberapa kali sambil melambai di hadapan muka Kris.
"Huh?" Kris tersedar dan cepat cepat pandang muka Baekhyun yang tersengih-sengih tu. "Waegure?"
"Kalau ye pun janganlah teruja sangat. Naik merah muka Jessica kau tu," kata Baekhyun berbisik sedikit pada Kris.
Kris tersenyum simpul. "Thanks baekhyun. She's so beautiful"
"Ne cheonma. Semoga korang dua kekal sampai ke alam perkahwinan," kata Baekhyun teruja walaupun sebenarnya Baekhyun tahu apa yang berlaku antara Kris dengan Jessica.
"Merepeklah kau. Tak ada maknanya," kata Kris membuang pandangan ke arah lain, malas nak layan kata-kata baekhyun.
Selesai membuat pembayaran, Kris dan Jessica menuju ke kedai makan sebelum Kris menghantar Jessica pulang.
■■■■■■■■■■■■■
"Gumawo boss sebab belanja saya macam macam," kata Jessica teruja.
"Siapa kata saya belanja? Ni semua ni saya akan potong gaji bulanan awak." kata Kris.
"Huh? Boss! Gaji yang boss bagi sekarang pun tak seberapa nanti nak potong lagi." Jessica mem'pout'
"Saya boss ke awak boss?" kata Kris selamba.
"Fine. Boss la boss," kata Jessica meneruskan suapan.
Kris tersenyum sinis. Matanya sesekali mencuri pandang Jessica.
■■■■■■■■■■■■■
"Ingat esok pagi pukul 8 saya sampai. Awak lambat, siap awak!" pesan Kris setibanya dia di hadapan rumah Jessica.
"Ne.. by the way thanks boss." kata Jessica.
Kris hanya menganggukkan kepalanya.
"Jaljayo. Good Night, Boss!" kata Jessica lalu keluar dari kereta.
Jessica ralit membuka pintu rumahnya sampai tak perasan ada orang di sebelahnya. Tiba tiba orang tu memegang bahu Jessica.
"MAKKKK!!" Jerit Jessica menekup mukanya dengan tapak tangan.
"Oi kau ni dah kenapa?" kata Kris kasar.
"Boss? kenapa boss tak balik lagi ni?" tanya Jessica setelah terkejutnya hilang.
"Aku nak bagi beg beg ni. Kau lah main keluar je kereta langsung tak ingat barang barang kau ni," bebel Kris.
"Err okey thanks Boss," kata Jessica mengangkat beg beg kertas yang berisi pakaian dan kasut yang dibeli Kris tadi masuk ke dalam rumah.
Tiba tiba Kris menarik lengan Jessica. Jessica menoleh. Pelik dia dengan Kris ni.
"Boss ni nak apa lagi?" tanya Jessica.
Kris senyum sinis. Kris mendekati muka Jessica. Bulat mata Jessica merenung muka Kris. Jessica tak sanggup nak bayang apa yang Kris nak buat cepat cepat Jessica menutup matanya.
"Night.." bisik Kris di tepi telinga Jessica lalu melepaskan lengan Jessica sambil ketawa.
"What!? Dia kenakan aku?" kata Jessica perlahan.
"Tu baru acah acah jee. Kalau kau lambat esok, tahulah apa aku nak buat pada kau," kata Kris sebelum masuk ke dalam kereta. Jessica hanya memandang Kris dengan pandangan kosong. Entah kenapa jantung Jessica berdegup laju.
'Kenapa ni wahai hati? Apa yang kau rasa ni?' - kata Jessica dalam hati.
- To Be Continue -
~~ Boring ke cerita ni? Hmm.
YOU ARE READING
My Boss Mr Perfect ❀ Krissica ✔
FanfictionKris berubah dan membawa rajuk hatinya selepas hubungannya dengan Bomi putus di tengah jalan. Ayahnya pula menganggap semua yang berlaku berpunca daripada Kris. Kris menguruskan syarikat peninggalan datuknya di Seoul seorang diri memandangkan syarik...