× SKIP
Masuk harini dah tiga hari Jessica duduk dengan Mark, Yoora dan si comel Ken. Entah kenapa hari ni dia rasa macam nak habiskan masa dekat pantai. Dia nak tenangkan fikiran dekat sana. Dia nak cari jawapan untuk semuanya. Mark pernah menawarkan dia kerja di syarikatnya tapi Jessica belum beri keputusan lagi sama ada mahu meneruskan kerjanya di Seoul atau menerima tawaran kerja dari Mark.
"Sica, nak pergi mana tu?" Tanya Yoora yang duduk di sofa ruang tamu bersama Ken.
"Sica nak keluar pergi pantai jap tau unnie." Kata Jessica.
Yoora mengangguk. "Jangan balik lambat sangat."
"Oke unnie. Jalgayo" Jessica keluar dari rumah lalu berjalan kaki ke pantai memandangkan rumah Mark dengan pantai Jeju tak jauh pun.
█████████████████████████
Kris membaca sign board yang tertera Jeju Island. Entah kenapa hatinya tergerak nak pergi situ. Sambil tu boleh lah dia merehatkan fikiran, menikmati suasana pantai.
Kris memakirkan keretanya. Enjin dimatikan. Kemudian Kris keluar dari keretanya dan melangkah masuk ke pintu gerbang pantai Jeju. Dari jauh dia dah dengar deruan pukulan ombak. Kris menarik nafasnya dalam dalam kemudian menghelanya lega. Hatinya tenang di situ. Kris berjalan di tepian pantai. Sambil tu dia memandang pelancong pelancong yang ada di situ.
Namun entah kenapa matanya tertarik nak memandang perempuan yang duduk bersandar di bawah pokok kelapa. Rupanya seperti Jessica.
Kris cepat cepat berjalan ke arah perempuan tu. Perempuan tu tengah khusyuk memandang ke arah tengah laut.
█████████████████████████
"Kan best kalau hari hari boleh duduk ambil angin pantai." Kata Jessica tersenyum tipis. Dia duduk di bawah pokok kelapa lalu menyandarkan badannya ke batang pokok tersebut. Matanya merenung ke tengah laut. Tenangnya..
Namun ketenangan tu terganggu apabila Jessica ternampak kelibat Kris. Jessica menggelengkan kepalanya. Pipinya ditepuk perlahan.
"Imaginasi je tuu. Rindu sangat dekat dia ke pun sampai boleh nampak dia dekat sini," bebel Jessica pada diri sendiri. Matanya merenung ke tengah laut semula.
Tapi sekali lagi matanya terpandangkan kelibat Kris. Kali ini bayangan Kris tu berjalan mendekatinya. Jessica mengedipkan matanya beberapa kali. Bukan bayangan...
Ini memang Kris....
"Jessica!" Panggil Kris sambil berjalan mendekati Jessica.
Jessica bingkas bangun, ingin melarikan diri dari Kris tapi Kris lagi pantas. Tangannya menarik tangan Jessica membuatkan Jessica berpaling dan hampir hampir mahu memeluk badannya.
"Jebal jangan pergi.." kata Kris.
"Lepaslah. Boss nak apa ni. Lepaskan saya!" Kata Jessica, meronta ronta minta tangannya dilepaskan dari pegangan Kris.
"Shhh. Hajima.. Selagi awak tak dengar cakap saya selagi tu saya takkan lepaskan awak," kata Kris.
Jessica mengeluh. "Boss nak cakap apa?"
Kris diam sekejap. Mengatur ayat yang sesuai untuk memulakan bicaranya.
"Sica, mana awak menghilang selama ni? Puas saya cari awak. Saya call tak pernahnya dapat. Awak marahkan saya ke?" Tanya Kris.
Jessica hanya diam. Mendengar tidak membalas apa apa.
"Sica saya tanya ni, awak marah saya ke?" Tanya Kris lagi. Jessica hanya menggeleng.
"Mianhae.." kata Kris perlahan.
"Kenapa?" Tanya Jessica.
"Mianhae sebab suruh awak ikut rancangan saya haritu. Saya tahu tak sepatutnya saya buat macam tu.." kata Kris.
"Mianhe atas apa yang cakap masa dekat Busan haritu. Saya tak maksudkan pun.." sambung Kris lagi.
"Kenapa boss cari saya?" Tanya Jessica.
"Halmeoni sakit lepas awak pergi. Halmeoni tak nak awak pergi. Tu yang saya cari awak," kata Kris.
Jessica mengangguk lemah. Hatinya sedikit kecewa kerana sangkaannya salah. Mungkin dia terlalu berharap yang Kris akan katakan yang Kris merinduinya juga.
"saya rindukan awak." Kata Kris membuatkan Jessica tersentak.
"Awak takde, dah takde siapa saya nak buli. Saya rindu nak dengar suara awak membebel." Kata Kris tersenyum tipis.
Jessica mengetap bibir. Jantungnya berdegup laju. Betul ke Kris rindukannya?
"Lagipun saya.. saya dah mula sayangkan awak, Jessica." Luah Kris merenung ke dalam ank mata Jessica.
Pipi Jessica terasa membahang. Betul ke apa yang dia dengar? Betul ke ni?
"Boss..?" Jessica tak mampu nak meneruskan kata katanya.
Kris senyum. "Saya dah mula sayangkan awak. Saya sendiri pun tak tahu bila perasaan tu hadir. Tapi bila awak takde di sisi saya, saya rasa kehilangan sangat."
"Jessica, awak pun sayangkan saya? Awak sudi tak balik ke Busan bersama saya sebagai kekasih saya yang sebenar?" Kata Kris di tepi telinga Jessica.
Jessica menekup mulutnya terharu. Matanya dah mula berkaca.
"B-boss? Saya.. saya pun dah lama sayangkan boss." Kata Jessica serentak dengan itu airmatanya menitis. Dia menangis bukan kerana sedih tapi kerana terlalu bahagia.
Kris menarik tubuh ramping Jessica ke pelukannya. Mata Kris juga berkaca. Lama tubuh Jessica berada dalam pelukannya.
"So awak sudi?" Tanya Kris bila pelukannya dilepaskan.
Jessica mengangguk dengan senyuman simpul.
"Gumawo jagiya. Saranghae.." kata Kris menggenggam erat tangan Jessica.
"Nado." Jessica membalas genggaman tangan Kris. Mereka saling bertatapan kemudian mereka ketawa perlahan.
Sungguh Jessica tak sangka, kris juga menyayanginya seperti mana dia menyayangi Kris sejak dahulu lagi.
█████████████████████████
"So, chagi duduk kat mana sekarang ni?" Tanya Kris.
Kris dan Jessica berjalan di tepian pantai sambil berpegangan tangan. Panggilan diorang pun dah tukar macam dekat Busan haritu.
"Chagi stay dekat rumah Mark oppa dengan Yoora unnie." Kata Jessica.
Kris berhenti berjalan. "Siapa Mark?"
"Oppa ni. Dia tu anak kawan baik eomma. Dulu masa kecil chagi duduk dengan family diorang." Kata Jessica.
Kris mengangguk dan membuat mulut tanda 'O'. Jessica tersenyum bahagia. Kris dan Jessica meneruskan berjalan di tepian pantai. Sambil tu diorang bercerita macam macam.
- To be Continue -
Mian pendek..
Hoho Kris dah jumpa Jessica. Siap luahkan perasaan lagi tu. By the way comment la wahai readers sekalian. Nak tahu juga pendapat korang tentang fanfic ni. Bosan ke, merepek ke. Hmm ok la byee. Wait for next chap eoh :)
YOU ARE READING
My Boss Mr Perfect ❀ Krissica ✔
Hayran KurguKris berubah dan membawa rajuk hatinya selepas hubungannya dengan Bomi putus di tengah jalan. Ayahnya pula menganggap semua yang berlaku berpunca daripada Kris. Kris menguruskan syarikat peninggalan datuknya di Seoul seorang diri memandangkan syarik...